Ahad, 21 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kerjaya politik Ong Tee Keat berakhir?

Posted: 20 Apr 2013 01:37 PM PDT

Terkejut dan tidak disangka-sangka!

Demikian reaksi pertama penulis selepas mendapati perkhabaran bahawa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sememangnya, keputusan di saat-saat akhir oleh Tee Keat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Pandan sesuatu yang mengejutkan.

Lebih-lebih lagi, tidak ada pun petanda-petanda bahawa Tee Keat akan memilih untuk tidak bertanding. Sedia maklum, perwatakan Tee Keat yang keras dan tidak mudah menyerah meyakinkan ramai bahawa beliau akan terus bertanding sebagai calon di Pandan.

Perkhabaran ini sudah pasti mengecewakan ramai pengikut setianya yang telah menyokong beliau selama ini. Malah beberapa hari sebelum penamaan calon, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat setempat mengadakan protes bagi membantah tindakan MCA tidak mencalonkan Tee Keat.

Bagi kumpulan pengundi tersebut, mereka hanya mengenali Tee Keat dan tidak akan mengundi mana-mana calon selain Tee Keat. Bagi mereka nama Tee Keat merupakan satu institusi di Pandan.  Tee Keat adalah Pandan dan Pandan adalah Tee Keat.

Malah mereka juga mengancam untuk memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/kerjaya-politik-ong-tee-keat-berakhir/ 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved