Ahad, 21 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Open letter to Nurul Izzah and Raja Nong Chik

Posted: 20 Apr 2013 02:56 PM PDT

Dear Nurul and Raja Nong Chik,

Firstly, congratulations on being chosen as the respective candidates for PR and BN. Both of you deserve the honour. I vote at Lembah Pantai. I am one of those non-partisans Malaysians, one without a party. I would like to believe I belong to a third block of Malaysian voters – The Third Force.

I hope to catch both of you before May 5th. I have not decided who to vote for, and I am likely to make my choice the night before May 5th. But you can help me hasten my decision by doing the following.

I would like to have a contract, albeit a halal one, with the two of you. I have a wish list that I would like you to look into before I make my decision. I do not expect both of you to agree to every item, but the one who agrees and promises to do more will get my vote. I would like to videotape your promise if chance permit.

Here are my wishes:

Read more at: http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/04/open-letter-to-nurul-izzah-and-raja.html 

Report card on Nong Chik

Posted: 20 Apr 2013 02:37 PM PDT

As FT Minister, Raja Nong Chik is responsible for attending to the relevant needs of the people within FT and has included under him Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to assist him in performing his duties.

Exactly how well has he performed in discharging his duties?

One would reasonably expect that with him living in TTDI and thus being present there regularly, if not daily, he would ensure that TTDI is well-managed by the authorities that answer to him, principally DBKL.

Seeing him always smiling one would think he is pleased with his performance.

I was however appalled during a recent visit to TTDI to visit an aunt, to find that TTDI is poorly managed.

There are illegal stalls operating everywhere and I understand from residents there that this has been going on for ages, with the authorities turning a 'blind eye' to them.

Rumour has it that some DBKL personnel are on a 'retainer basis' with these stall-holders and hence no action is taken against these stall-holders, despite many complaints by residents.

Read more at: http://harismibrahim.wordpress.com/2013/04/21/report-card-on-nong-chik/ 

 

Kepupusan Budaya Kritikal, Penularan 'Kaki Penipu' dan Revolusi Minda

Posted: 20 Apr 2013 01:06 PM PDT

Negara ini sedang mengalami sindrom kelesuan pemikiran yang kronik. Punca utama masalah ini adalah budaya kritikal yang semakin pupus. Hasilnya – sebuah masyarakat yang ketandusan idea dan wawasan. Lihat sahaja kualiti graduan, kualiti penerbitan bahan bacaan dan kualiti kajian serta rumusan ahli-ahli akademik; semuanya sederhana sahaja atau tidak berkualiti. Aktiviti seni dan kebudayaan begitu rendah nilainya hingga tepu dengan produksi-produksi yang bertunjangkan glamer dan populariti . Kualiti kehidupan dan pertumbuhan ekonomi dilihat merudum. Kesan yang paling parah adalah penguatkuasaan undang-undang dan kepimpinan negara yang semakin bobrok.

Punca

Asas kelesuan pemikiran ini adalah kelemahan sistem pendidikan. Budaya pendidikan kita hanya mementingkan fakta. Pelajar diasuh untuk menghafal fakta dan menghasilkan semula fakta-fakta tersebut diwaktu peperiksaan. Hasilnya – penghafal-penghafal cemerlang, tetapi lemah dari sudut aplikasi, analisa kritikal dan penyelesaian masalah (problem solving). Pemikiran mereka lesu apabila berhadapan dengan isu-isu mencabar. Pendidikan begini bukanlah pendidikan dalam erti kata sebenar. Ia hanyalah latihan yang menghasilkan manusia yang tumpul dan seragam, bukannya pemikir-pemikir yang kritikal dan bernas.

Di institusi-institusi pengajian tinggi, pemikiran kritikal dan kebebasan bersuara dikongkong. Pelajar yang mempunyai idea-idea segar dan melihat sesuatu masalah melalui perspektif berbeza dari pensyarahnya akan dilihat sebagai pemberontak atau 'rebel'. Mereka akan di 'mark' atau di'cop', dan kerana itu, pembelajaran mereka akan dirumitkan dengan peraturan-peraturan yang selalunya diada-adakan oleh pensyarah tersebut. Siswa-siswi lain akan melihat ini sebagai 'pengajaran' dan mengambil langkah-langkah selamat, iaitu menurut sahaja apa yang diajar dan segala arahan tanpa berfikir. Tidak hairanlah jika hasil kajian dan kertas kerja mereka seperti disalin bulat-bulat dari buku teks dan nota kuliah.

Pensyarah-pensyarah dan professor-professor di universiti-universiti tempatan pula adalah mereka yang malas dan tumpul, dan hanya mahu bergaya dan dihormati mengikut gelaran-gelaran mereka. Untuk meraih hormat pelajar-pelajar, mereka akan berlagak tegas dan menghukum dengan keras. Kebanyakkan mereka akan mengenakan pakaian berjenama dan bertutur bahasa Inggeris ber 'slang', walaupun tatabahasa mereka carca-merba. Semua ini bagi menutup kekurangan dari segi kebolehan dan pencapaian. Inilah definisi 'professor kangkung', yang pernah dipopularkan of Prof. Engku Aziz suatu ketika dahulu. Kelakuan begini bukan sahaja merencat penghasilan graduan yang berkualiti, malah ia menghasilkan 'produk-produk' yang menyerupai mereka. Kata pepatah, 'jika guru buang air kecil berdiri, anak murid buang air besar berlari!'.

Seterusnya, budaya penulisan di negara kita juga sudah hilang taringnya. Akhbar-akhbar bukan lagi pemacu pemikiran masyarakat seperti dahulu. Keutamaan berita bergantung kepada tahap ke-'sensasi'-annya. Berita perceraian, kes rogol, kes tangkap basah dan seumpamanya menjadi tajuk-tajuk utama akhbar. Selain dari itu, propaganda-propaganda politik mengisi hampir keseluruhan akhbar. Kolum-kolum pula dilihat tumpul dan tidak lagi menguja atau mencabar minda pembaca. Kolum-kolum akhbar bukan lagi wacana pemikir-pemikir negara seperti dahulu. Penulisan yang kritikal dan progresif akan ditapis, dan jika tidak disenangi kerajaan, penulis dan kemungkinan editornya sekali akan dikenakan tindakan undang-undang atau dibuang kerja.

Budaya penapisan (censorship) tersebut membuatkan penulis dan penerbit buku mengambil langkah-langkah 'berwaspada'. Mereka dengan sendiri menapis penulisan dan penerbitan (self-censorship). Budaya takut untuk bersuara ini akhirnya menjelmakan buku-buku yang lesu untuk bacaan masyarakat. Buku-buku sosio-politik sedia ada, majoritinya adalah sekadar himpunan penulisan dari kolum-kolum akhbar yang sudah dibincangkan kelesuannya. Penerbit-penerbit juga hanya berminat menerbitkan buku-buku asas agama dan novel-novel remaja. Bagi mereka, penerbitan buku-buku progresif dan kritikal akan merugikan disebabkan tindakan undang-undang yang mungkin dikenakan oleh pihak kerajaan.

Read more at: http://secebiswaras.wordpress.com/2013/04/11/kepupusan-budaya-kritikal-penularan-kaki-penipu-dan-revolusi-minda/ 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved