Khamis, 29 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Nurul Izzah nafi surat beracun

Posted: 28 Dec 2011 06:16 PM PST

"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula.

Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

"Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka," kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.

 

Perkasa lapor polis kempen bebas Anwar, paderi Eu

Posted: 28 Dec 2011 05:45 PM PST

Laporan pertama berhubung kempen 'Bebas Anwar 901′ yang dijadual di adakan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan

Duta di sini pada 9 Januari ini dan laporan kedua, berhubung tindakan paderi Dr Eu Hong Seng mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi dijangka akan membuat penghakiman pada hari itu berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu polis menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang merancang kempen tersebut.

Ujarnya, "perbuatan mereka dengan mengajak rakyat untuk turun itu sengaja akan mencetuskan huru-hara. Biarkan kes berjalan tanpa gangguan. Sebagai rakyat yang waras mereka sudah matang untuk membaca keputusan yang akan diberikan.

"Sebagai ahli dewan rakyat, saya membuat laporan untuk mendesak polis menyiasat siapa perancang kepada cadangan mengadakan perhimpunan 9 Januari seperti risalah yang ditaburkan. Polis hendaklah mengambil tindakan dan guna kuasa mereka untuk menyiasat siapa perancang kempen agar Malaysia selamat," katanya.

Kenyataan Eu tidak bertanggungjawab

Sementara itu Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, pula mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas paderi Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempertikai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ini berhubung kenyataan Eu yang juga Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.

READ MORE HERE

 

Simpati Siti Mariah pada Shahrizat boleh kelirukan rakyat

Posted: 28 Dec 2011 05:34 PM PST

Menurut beliau kenyataan Siti Mariah bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah 'kambing hitam' kerana pihak bertanggungjawab tidak disabitkan kesalahan dalam isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) merupakan satu kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah Shahrizat langsung tidak ada kena mengena dalam isu NFC.

"Kenyataan Siti Mariah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja merupakan satu kenyataan bersifat peribadi kerana setahu saya Muslimat PAS tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Secara peribadi Siti Mariah berhak untuk bersimpati terhadap Shahrizat. Tetapi sifat demikian seharusnya simpan di dalam hati beliau, bukannya menghebahkan kepada umum di dalam akhbar yang boleh mengelirukan rakyat, ahli PAS dan Muslimat PAS.

"Kenyataan Siti Mariah memberi "advantage" kepada Shahrizat dan Umno apabila momentum Pakatan Rakyat menyerang Umno dan Shahrizat tiba-tiba disejukkan oleh kenyataan Siti Mariah.

"Apabila pemimpin nasional PAS (Siti Mariah) sendiri memberikan kenyataan bersifat mempertahankan seorang pemimpin Umno dan

Menteri Umno yang pernah mencemar budaya Melayu Islam apabila menyentuh bab singsing lengan dan selak kain, ini sudah tentu akan mengelirukan orang ramai, ahli PAS dan ahli Muslimat sendiri", kata pemimpin tersebut dengan nada tegas.

AJK Muslimat PAS Pusat itu berkata walaupun ada ramai lagi pihak yang harus dipersalahkan dalam isu NFC ini, adalah tidak sukar untuk menjawab kenapa fokus serangan itu lebih terarah kepada Shahrizat.

"Duit RM250 juta itu adalah duit rakyat dan seharusnya projek itu untuk rakyat tetapi kini projek itu sudah menjadi projek keluarga Shahrizat.

"Bolehkah saya menjadi Menteri dan syarikat milik suami dan keluarga saya mendapat dana RM250 juta dari kerajaan untuk mengusahakan ternakan kambing atas matlamat membekalkan permintaan kambing dalam negara dan mengurangkan import daging kambing.

"Seterusnya projek itu gagal dan saya gunakan duit itu untuk membeli kondominium, kereta mewah dan sebagainya. Apakah saya boleh cuci tangan dengan mengatakan projek/pusat ternakan kambing itu atas nama suami saya dan saya tidak ada kena mengena.

"Secara teknikal mungkin saya tidak kena mengena kerana nama saya bukan pemenang saham. Tetapi secara moralnya saya harus bertanggungjwab kerana saya merupakan seorang menteri kepada rakyat, dana tersebut adalah milik rakyat dan saya isteri kepada pengerusi pusat ternakan kambing tersebut," jelas beliau.

Beliau turut menambah ada banyak lagi isu nasional yang boleh diulas oleh Siti Mariah atau kenapa tidak sahaja menyerang terus pihak yang meluluskan projek tersebut. Tetapi dengan memberikan kenyataan simpati pada Shahrizat ini secara tidak langsung memberikan satu talian hayat kepada Shahrizat.

"Jika Siti Mariah bersimpati dengan Shahrizat elok juga beliau menasihatkan Shahrizat agar tidak memalukan budaya Melayu dan Islam pada masa akan datang; merujuk kepada ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno berhubung kenyataan Shahrizat yang nak singsing lengan dan selak kain.

"Isu singsing lengan dan selak kain ini juga mengundang serangan kepada Shahrizat", kata beliau lagi.

READ MORE HERE

 

Felda bergolak menunggu pecah?

Posted: 28 Dec 2011 09:08 AM PST

Bersamanya dua orang pegawai penting ibu pejabat Felda. Kedua-duanya teman seperjuangan orang Umno, belum lekang rasa sayangnya pada Umno.

Mereka tidak berkongsi tuntutan dengan ANAK, sebuah NGO peneroka pro-PAS pimpinan Mazlan. Tetapi mengira ada kegiatan ANAK dapat membantu Felda mengatasi kelemahannya.

Saya tidak mengikut sangat masalah Felda tetapi dari keduanya saya difahamkan Felda sedang bergolak dan menunggu masa pecah saja, sejak Tan Sri Isa Samad masuk ke Felda sebagai pengerusi.

Mereka tidak mempersoal perlantikan Isa sebagai orang kuat baru Felda kerana dia adalah proksi kepada Perdana Menteri Najib. Keupayaan Najib menjadikan duit Felda seperti duitnya adalah perkembangan lama sebelum Isa datang ke situ.

Tetapi Isa dikatakan menjadi masalah besar kepada peneroka apabila dia merampas jawatan pengerusi koperasi warga Felda — peneroka dan sekalian pegawai dan kakitangan.

Tiada pengerusi-pengerusi yang lalu, baik terdiri dari orang politik atau pegawai tabdir yang dipinjmakan ke situ, mengusik koperasi itu.

Tetapi Isa merampas jawatan itu ketika pengerusinya, pemimpin utama pentadbiran Felda, bernama Datuk Zulkifli menunaikan ibadat di Mekah. Dia juga diberi cuti dari jawatannya di Felda, dan beberapa pegawai penting di bawah Datuk Zulkifli dipulangkan semula ke PTD.

Walaupun warga Felda ada hak atas Felda tetapi hak kerajaan lebih besar dari hak setiap individu di Felda. Tetapi koperasi adalah hak warga yang menjadi ahlinya dan ia bukan hak Najib dan Isa yang diamanatkan oleh kerajaan untuk menjaga Felda.

Hak untuk menjadi pengerusi koperasi ditentukan oleh lembaga pengarah. Lembaga pengarah pula dipilih mesyuarat ahli-ahlinya. Pengerusi koperasi hanya boleh dilucutkan oleh lembaga pengarah dengan pengesahan suruhanjaya koperasi.

Isa dikatakan menjadi pengerusi yang tidak sah. Sejak dia mengambil alih jawatan itu, dia belum dapat mempengerusikan mesyuaratnya. Suruhanjaya koperasi tidak dapat menyetujui kejadian seperti itu.

Nasib Isa dalam koperasi itu akan ditentukan dalam mesyuarat agung koperasi yang diwakili oleh wakil koperasi Felda dari seluruh negara pada 5 Januari ini. Malah ada perkembangan dalam keluarga Felda untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

Maklumat yang saya faham dari mereka, Felda seolah-olah tidak lagi menjadi simpanan tetap Umno dalam pilihan raya yang akan datang. Selama ini ia adalah simpanan tetap Umno, tetapi politik Isa Samad bukan saja memburukkan politik Umno bahkan ia menambah burukkan politik Najib di Felda.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved