Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Nurul Izzah & Chegubard backstabbed by PKR insider!
- Merdeka sudah, tapi jiwa masih terjajah
- Tiada kebebasan untuk fitnah
- Di antara 'amal makruf nahi mungkar' dengan 'amal mungkar nahi makruf'
- Welcome to DAP and PAS circus!
- Azmin Ali – serang Nurul Izzah?
Nurul Izzah & Chegubard backstabbed by PKR insider! Posted: 28 Dec 2011 09:35 PM PST Datuk Zaid Ibrahim today denied rumours that he would be rejoining PKR, saying that allegations of discussions between him and Nurul Izzah Anwar on the matter were untrue.
|
Merdeka sudah, tapi jiwa masih terjajah Posted: 28 Dec 2011 09:32 PM PST Sekarang ini kepimpinan negara sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling getir dalam sejarah kemerdekaan negara. Krisis ini sudah lama menular tetapi kerajaan dan parti yang memerintah masih boleh menyangkutkan kesinambungan kuasa yang dipegangnya melalui saki-baki sokongan dan kuasa yang masih berada di tangan mereka.
|
Posted: 28 Dec 2011 09:24 PM PST Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar milik Umno itu bersalah memfitnah Lim Guan Eng dalam sebuah berita yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Mahkamah memerintahkan Utusan untuk membayar RM 250,000 kepada Guan Eng dan RM 25,000 lagi sebagai bayaran kos. Kisah ahli politik dan saman mereka terhadap akhbar, blog atau ahli politik yang lain bukanlah sesuatu perkara baru di Malaysia. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyaman ramai pihak kerana mendakwa mereka memfitnah dirinya. Anwar pernah menyaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia. Anwar juga pernah menyaman ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi. Oleh kerana banyak saman dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kepada golongan yang memfitnah mereka, persoalan ditimbulkan oleh sesetengah pihak, apakah tindakan saman menyaman ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara? Buku Jingga
Laman Suara Pakatan Rakyat (www.suarapakatanrakyat.com) pada 19 Disember lalu menimbulkan persoalan ini terhadap Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini sedang menyaman pemilik blog Ruang Bicara Faisal dan Kickdefella kerana didakwa memfitnah dirinya dalam penulisan mereka. Naib presiden PAS itu menyaman sebanyak RM 500,000 kepada pemilik blog Ruang Bicara Faisal dan RM 5 juta kepada penggendali blog Kickdefella. Menurut laman web tersebut, tindakan Husam menyaman kedua-dua penulis blog tersebut bercanggah dengan prinsip Buku Jingga yang mengatakan: "Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat." Persoalan seperti ini pernah juga dibangkitkan oleh sesetengah pihak satu ketika dahulu apabila Anwar dan Lim menyaman akhbar. Kata mereka, kebebasan bersuara belum terjamin jika Pakatan memerintah. Penulis berkesempatan untuk menemuramah ringkas Husam melalui telefon untuk mendapatkan jawapan beliau mengenai kritikan laman web tersebut terhadapnya. Menurut exco kanan tersebut, beliau bukanlah antidemokrasi atau kebebasan bersuara apatah lagi untuk mengkhianati prinsip Buku Jingga yang dipersetujui bersama oleh parti gabungan dalam Pakatan. "Blogger atau penulis boleh menulis apa-apa sahaja kecuali fitnah. Jika berani memfitnah, mereka juga harus berani untuk berhadapan dengan tindakan yang bakal diambil," katanya. Menurut Husam lagi, beliau tidak mempunyai masalah untuk dikritik kerana beliau percaya kritikan itu baik bagi seseorang untuk memperbaiki dirinya. Yang beliau tentang adalah fitnah dan tohmahan.
Read more at: http://www.aminiskandar.net/2011/12/tiada-kebebasan-untuk-fitnah.html
|
Di antara 'amal makruf nahi mungkar' dengan 'amal mungkar nahi makruf' Posted: 28 Dec 2011 09:32 AM PST Yang terakhir selepas isu lembu NFC, timbul isu dua orang menteri yang berkelakuan tidak senonoh dalam kepimpinan. Yang menariknya seorang menteri yang berlatar belakangkan agama yang telah menyampaikan khutbah di tanah suci baru-baru ini telah menggemparkan orang Islam di negara kita ini. Beliau telah menggunakan wang zakat kepunyaan rakyat untuk membayar kos perundangan beliau dalam kes saman Anwar Ibrahim terhadap beliau dan dua orang yang lain dalam isu Qazaf baru-baru ini.
|
Welcome to DAP and PAS circus! Posted: 28 Dec 2011 09:29 AM PST While PAS spiritual leader Nik Aziz stood by his statement that Hasan Ali was in Kota Bharu to apologise to the party, the latter on the other hand refuted the claim. Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time. In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity. He clarified that he had been invited attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Dr Haron Din at Nik Aziz's home at JKR 10 Kota Bharu. Now, who spoke the truth here? Its unbecoming of Nik Aziz to lie if he did. And who are confused? Of course PAS members... and the media!Also in Pakatan Rakyat, DAP members are still uncertain of who are the fools and wise, between Karpal Singh and P Ramasamy. The party's chairman said he has left it to the party's disciplinary committee to take action in the recent war of words between him and Penang Deputy Chief Minister, and that he would abide by the gag order imposed by the three-man panel formed to resolve the issue.
|
Azmin Ali – serang Nurul Izzah? Posted: 28 Dec 2011 09:16 AM PST http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/28/pkr-will-collapse-under-azmin/ Dalam pada itu pula, Raja Petra Kamarudin dalam tulisan beliau di "Malaysia-today.net" mengulas pula isu sabotaj terhadap Nurul Izzah yang didakwa kemungkinan bertunjangkan Azmin Ali. Hujahnya adalah Nurul Izzah rapat dengan Presiden Parti Kita – Zaid Ibrahim. Ia boleh dibaca di sini: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/46138-poison-pen-letter-on-nurul-izzah-circulating Maka pergolakan dalam PKR semakin nampak dan peranan Azmin Ali semakin jelas dengan sokongan Anwar Ibrahim. Politik dalam PKR semakin rancak dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan menyokong atau menolak Azmin Ali. Namun Anwar Ibrahim masih berkeras di belakang Azmin Ali. Dalam laporan di www.malaysia-today.net Raja Petra turut memuatkan andaian seperti pertentangan Azmin Ali dengan Nurul Izzah dan ini sekali akan pasti memuatkan isu Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut menolak Azmin Ali. Pergeseran semakin meluar dan konflik ini dijangka akan melibatkan banyak pihak terutama mangsa-mangsa Azmin Ali.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan