Ahad, 3 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Baju BERSIH - 17 Ahli PAS Jasin Ditangkap Di Kompleks PAS Jasin

Posted: 02 Jul 2011 08:39 PM PDT

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

Sehingga kini dilaporkan pihak polis belum menyatakan secara khusus di atas kesalahan apa yang dikenakan terhadap mereka yang ditahan.

 

Lucutkan kerakyatan Ambiga, desak Pesaka

Posted: 02 Jul 2011 04:27 PM PDT

Presidennya Datuk Seri Ali Rustam berkata perkara ini diputuskan sebulat suara ahlinya kerana bimbang hasrat Ambiga yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai depan akan menyebabkan tercetusnya kembali 'peristiwa 13 Mei'.

"Tak siapa yang untung dalam hal ini. Sebelum terlambat, Ambiga perlu hentikan.

"Biar hilang sorang, jangan hilang ramai orang," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama guru-guru silat Pesaka seluruh negara di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata Ambiga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Kalau berminat nak ikut cara negara lain, jadilah rakyat negara lain," katanya.

Tindakan tegas

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ambiga dan penganjur yang katanya jelas akan menggugat kestabilan negara.

"Kerajaan serba salah, nak tengok dulu orang bertempur. Apalah gunanya kalau dah huru-hara baru nak ambil tindakan," katanya sinis.

READ MORE HERE

 

4 juta ahli silat jadi 'perisai negara'

Posted: 02 Jul 2011 08:49 AM PDT

Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai sebuah gerakan yang berpaksi dan mendaulatkan perlembagaan negara, PESAKA akan sentiasa memastikan Malaysia aman dan makmur.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba atau berniat menghina dan menafikan lima prinsip Rukun Negara yang terkandung dalam perlembagaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

"Pada masa sama, kami makin tidak berpuas hati serta tercabar dengan kebiadapan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang sejak dulu berterusan menghina Melayu dan Islam sehingga berani merancang perhimpunan haram.

"Justeru, PESAKA memberi amaran keras kepada Ambiga supaya menghentikan rancangan menganjurkan perhimpunan haram, Sabtu ini atau berdepan kemungkinan berlakunya kekacauan melampau seperti 13 Mei 1969," katanya selepas menghadiri perjumpaan dan mesyuarat bersama guru-guru silat Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Perguruan PESAKA yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju dan 211 guru silat lincah seluruh negara.

Omardin pula berkata, jika Ambiga berdegil ingin meneruskan perhimpunan haram itu, PESAKA berjanji akan bertindak dan melakukan apa saja untuk memastikan kestabilan negara terpelihara.

"Ambiga perlu bertanggungjawab 100 peratus atas segala implikasi atau kejadian buruk yang bakal berlaku kepada rakyat dan negara akibat perhimpunan haram itu," katanya.

Sementara itu, Persatuan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membantah perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Persatuan yang menaungi lebih 2,000 peniaga di sekitar Jalan TAR sebulat suara menolak perhimpunan itu diteruskan kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusinya, Che Kamarudin Ibrahim berkata, demonstrasi jalanan bukan saja melumpuhkan kerancakan ekonomi malah merugikan golongan penjaja, peniaga dan negara.

Sebelum penyerahan memorandum itu, kira-kira 1,000 tandatangan peniaga dan orang awam berjaya dihimpunkan bagi menyatakan bantahan perhimpunan haram di kawasan terbabit.

Satu laporan polis turut dibuat di IPD sama bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak polis jika perhimpunan itu diteruskan, Sabtu ini.

 

‘Ambiga jangan fikir kuat’

Posted: 02 Jul 2011 08:40 AM PDT

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

"Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

"Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

"Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

"Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas," soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved