Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Orang Asli Perak 20 tahun tiada kemudahan asas
- AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan
- Sokongan untuk Anwar gugat perpaduan Abim
Orang Asli Perak 20 tahun tiada kemudahan asas Posted: 23 May 2011 01:25 PM PDT Tujuh kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 1,000 penduduk orang Asli di sini masih tidak mendapat kemudahanan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik walaupun sudah 20 tahun tinggal di kampung itu. DPPN Pk yang kesal dengan keadaan ini mendakwa ia berpunca daripada kerajaan negeri tidak mengikut lunas-lunas sistem demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sehingga menyebabkan rakyat terabai. "DPPN Pk juga merasa sangsi malah kesal terhadap masalah yang bertimpa-timpa datang kepada rakyat tanpa jalan penyelesaian yang cekap oleh pihak kerajaan lantas masalah mereka terpaksa ditanggung sendiri," kata Ketua DPPN Pk Zawawi Hassan dalam satu kenyataan hari ini. Kuasa rakyat Zawawi berkata, mengikut pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) Perak bukanlah pemegang tampuk pemerintahan yang sah. Namun peralihan kuasa pada tahun 2009 berlaku apabila pemerintahan Perak di bawah Pakatan Rakyat 'dirampas' BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijadikan sebagai Menteri Besar yang baru.
|
AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan Posted: 23 May 2011 12:56 PM PDT Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan. Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion. AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini. "Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95," kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi. Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga. "Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini," katanya. |
Sokongan untuk Anwar gugat perpaduan Abim Posted: 22 May 2011 06:19 PM PDT Sokongan untuk Anwar, pada masa kritikan yang semakin meningkat berhubung pendiriannya berhubung isu-isu Islam dan Melayu, dilihat telah menjadi punca beberapa bekas pemimpin kumpulan itu disisihkan. Semasa Anwar menjadi timbalan perdana menteri, menjelang tahun 1998, Sidek yang ketika itu merupakan orang Anwar yang berpengaruh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, melaksanakan agenda yang termasuk mengekang kumpulan pelajar yang dikaitkan dengan PAS.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan