Isnin, 20 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

Posted: 19 May 2013 02:38 PM PDT

Kekecewaan mantan Ketua Umum Partai Golkar itu, sebab Anwar menolak menerima kekalahan dan melakukan rekonsiliasi dengan Barisan Nasional di bawah kepemimpinan Najib Tun Razak yang kembali berjaya.

"Ya Tentu saja pak JK kecewa tapi saya berusaha untuk mencoba agar suasana seperti biasa kembali," seperti diungkapkan oleh Hamid Awaludin mantan Menteri Hukum dan HAM RI periode 2004-2007 di Jakarta, Sabtu (18/5).

Hamid mengakui Anwar pernah berjanji ke JK sebagai sahabat bahwa dia akan mengontrol koalisinya saat kalah dari Najib di pemilu Malaysia. Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mencurigai adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara hukum.

"Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya.

Sejak awal, sambung Hamid, Anwar sudah mempersepsikan dan meyakini akan menang. Hal itu didasarkan dari berbagai hasil survei sebelum pemilu dilaksanakan selalu diunggulkan. Bahkan setiap kali dia melakukan kampanye terbuka, massa selalu menyemut. Kian lengkap sudah kepercayaan dirinya sebagai pemenang.

Dengan kepercayaan diri itu, Anwar mendatangi JK, sahabatnya sejak puluhan tahun silam. Untuk menyampaikan kepada Datok Sri Najib, seterunya, agar siapa pun yang kelak menang dalam pemilihan harus merangkul pihak yang kalah. Lalu yang kalah menghargai yang menang. "Permintaan itu disambut baik oleh JK yang juga sahabat dekat Najib menjadi mediator," ucap Hamid.

Namun keyakinan Anwar hancur ketika Najib memenangi pertarungan politik di negara itu. Anwar mangkir dari janjinya kepada JK untuk mengontrol anggota koalisinya. Sedangkan Najib konsisten dengan ucapannya. Terbukti beberapa jam setelah dinyatakan menang, ia langsung berpidato dan mengajak dilakukan rekonsiliasi nasional demi kejayaan negara.

Menurut Hamid, sikap mangkir Anwar kepada JK ditanggapi biasa saja. "Tidak apa-apa, sikap JK sekarang biasa saja, mereka tetap bersahabat, saya tidak bisa menjelaskan lebih lanjut karena ini pandangan pribadi pak JK," jelasnya.

Sebagian orang Malaysia meyakini kemenangan Barisan Nasional dapat melanjutkan program transformasi yang konkret, semisal program "Satu Malaysia" untuk merekatkan kemajemukan Malaysia. Selain itu menghapus Internal Security Act yang menjadi momok secara politis di Malaysia. Dan bidang ekonomi, Malaysia mampu tumbuh 5 persen tiap tahun.

Sementara itu kelompok oposisi cenderung menawarkan program populis yang tidak logis dan realistis. Kaum oposisi berkutat hanya pada agenda pemerintahan yang bersih, tetapi rakyat Malaysia memilih hal yang konkret dan menyenangkan. Perbedaan mendasar ini membuat pemilih Malaysia lebih rasional yakni menikmati atau akan menikmati.

 

Anwar Raja Fitnah - SPR

Posted: 19 May 2013 02:25 PM PDT

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.

Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.

Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?

Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya pada Ahad.

Anwar pada ceramah di Padang Kota, Georgetown, malam kelmarin, dilaporkan mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan menuduh SPR terbabit dalam penipuan itu.

Anwar antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka.

Wan Ahmad berkata, keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.

Sambil mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.

Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan fitnah dilemparkan itu, beliau berkata:

SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.

 

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

Posted: 19 May 2013 02:18 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, berkata sebelum ini PAS telah mengemukakan dua set senarai exco, yang satu darinya meminta empat jawatan exco untuk perkenan Sultan.

"Jika bukan empat exco, kita senaraikan satu speaker (Dewan Undangan Negeri) dan tiga exco. Apapun, kita tunggu keputusan selepas menteri besar pulang ke tanah air, pagi Jumaat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau yang juga Adun Meru berkata, terpulang kepada DAP untuk membuat perbincangan semula dengan menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan senarai exco mereka.

"Pada mesyuarat sebelum ini, masing-masing parti komponen Pakatan Rakyat menyerahkan senarai nama bagi mengisi senarai exco itu. DAP bagi senarai dia, PKR bagi senarai dia. Terpulang kepada mereka jika mahu berbincang semula," kata beliau.

Semalam, menteri besar dalam Twitternya menegaskan agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Senarai nama-nama cadangan exco juga telah dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas.

Sebelum ini, DAP Selangor dikatakan akan mengadakan perbincangan semula berhubung jumlah komposisi barisan Exco Selangor yang diumumkan Abdul Khalid itu.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana PAS mendapat empat tempat di dalam exco Selangor.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, PAS juga tidak mengetahui apa yang dibincangkan di antara Sultan Selangor dan Abdul Khalid mengenai perkara tersebut.

"Itu semua keputusan yang dibuat melalui perbincangan menteri besar dengan baginda. Kita kena hormat keputusan itu, lagipun baginda ada kuasa sama ada untuk perkenan atau sebaliknya," katanya lagi.

 

Apa lagi Hindraf mahu?

Posted: 19 May 2013 02:12 PM PDT

Jika ada orang mengatakan plot (jalan cerita) filem-filem Tamil adalah tidak logik dan di luar pemikiran akal rasional, mereka patut mengikuti perkembangan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sejak 2007.

Pada 5 April 2013, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), saya turut menerima risalah yang diedarkan oleh Human Rights Party (HRP) dalam kempen "hantar calon Hindraf pertama ke Parlimen". Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) pula sudah diluluskan pendaftarannya pada 8 Mac 2013.

Pada perkembangan plot ini, harus dinyatakan bahawa "Hindraf" yang dinyatakan oleh HRP adalah berbeza dengan "Hindraf" yang sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Saya ada menghuraikan perkara ini menerusi makalah bertajuk "Politikus dalam selimut" (Free Malaysia Today, 19 April 2013).

Umum mengetahui bahawa Hindraf pimpinan P Waythamoorthy adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiba-tiba diluluskan dua hari sebelum dia memulakan mogok lapar selama 21 hari. Kemudian, berlaku pertemuan antara Waythamoorthy dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib Razak.

Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan selebihnya adalah sejarah. Memandangkan sejarah ditulis oleh pihak yang menang, jangan terkejut jika buku-buku teks Sejarah di sekolah seluruh Malaysia pada masa depan mengangkat Waythamoorthy setaraf Mahatma Gandhi.

"Berpuasa selama 21 hari – cara termurah menjual konsep dan perjuangan Mahatma Gandhi." Demikian komen Ravi Rathinam, seorang rakan perunding kewangan dari Bahau, Negeri Sembilan berhubung perkembangan plot Hindraf dalam politik Malaysia.

Mengimbau sejarah silam, Hindraf yang bermula sebagai sebuah gerakan pada tahun 2006 dan kemudian bertukar menjadi "tsunami" pada 25 November 2007, pernah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Kerajaan BN pada 15 Oktober 2008.

Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Syed Hamid Albar dalam kenyataan yang disiarkan di Utusan Malaysia (16 Oktober 2008) berkata, perintah pengharaman itu dibuat hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak Hindraf ditubuhkan.

"Pengisytiharan itu diwartakan setelah KDN berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak," katanya.

Kedudukan Hindraf sebagai pertubuhan haram masih kekal pada 2009, selepas Najib mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Hishammuddin Hussein dilaporkan dalam Utusan Malaysia (12 Mei 2009) sebagai berkata, permohonan Hindraf bagi mengkaji semula status pengharaman itu telah ditolak.

Kenyataan itu adalah berikutan pembebasan lima pemimpin Hindraf daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Waythamoorthy adalah "pemimpin keenam" yang berjaya melarikan diri ke India – dan kemudian ke United Kingdom – bagi mendapatkan suaka politik selepas penangkapan abangnya, P Uthayakumar pada hujung tahun 2007.

Pada Disember 2008, Ketua Polis Negara (waktu itu), Musa Hassan dilaporkan berkata, jika Waythamoorthy pulang, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya. Hishammuddin pula tidak mahu membuat sebarang spekulasi walaupun Waythamoorthy pada Mei 2009 sudah menyatakan cadangan untuk pulang.

Kemarahan Uthayakumar tidak berasas

"Waythamoorthy adalah seorang ahli perniagaan yang bijak," kata Jeevan Supramaniam, seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor berikutan 'durian runtuh' yang diterima oleh individu itu daripada Najib baru-baru ini.

Pada 26 Januari 2013, perintah pengharaman Hindraf mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 ditarik balik oleh KDN. Tindakan drastik itu secara terang-terangan dilihat sebagai usaha BN mahu memancing undi kaum India dalam PRU-13. Tiba-tiba, Hindraf bukan lagi "sebuah pertubuhan yang berbahaya".

Andaikan ini sebuah filem Tamil. Kita bergerak terus ke babak yang berlatar belakangkan tarikh 18 April 2013. Parlimen sudah dibubarkan pada 3 April 2013 dan penamaan calon PRU-13 akan berlangsung dalam masa dua hari lagi.

Pada masa sama, Najib dan sekutunya semakin terdesak untuk memancing undi kaum India; khususnya dua hari selepas Najib bertindak "terlebih bijak" meletakkan lelaki rasis, ultra kiasu, etnosentrik dan fanatik bernama Zulkifli Noordin bertanding sebagai "rakan BN" bagi merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

Pada tarikh 18 April itu, sebaik sahaja MoU ditandatangani antara BN dan Hindraf, Waythamoorthy menyeru kaum India supaya kembali menyokong BN agar gabungan parti-parti politik berasaskan kaum itu boleh menang majoriti dua pertiga dalam PRU-13.

Pada waktu yang sama – bayangkan seperti paparan pada skrin pawagam – Uthayakumar terasa amat kecewa dengan tindakan adiknya. Baginya, Waythamoorthy sudah "merampas" (hijack) Hindraf.

Bagi si adik, MoU yang digelar "pelan tindakan lima tahun Hindraf-BN untuk masyarakat India" adalah penting bagi meningkatkan taraf pekerja ladang, menyelesaikan isu tiada taraf kewarganegaraan (statelessness), peluang pendidikan dan peluang perniagaan.

Kamera kembali memaparkan wajah Uthayakumar. Tarikh: 19 April 2013; sehari sebelum tarikh penamaan calon PRU-13. HRP masih merayu-rayu kepada Anwar Ibrahim menerusi Facebook supaya diberikan peluang bertanding atas tiket PKR. Ternyata pegangan HRP untuk berjuang bagi "kaum India miskin" gagal menarik perhatian Anwar dan PKR.

Dua hari kemudian (21 April), penasihat Hindraf, N Ganesan mengaku bahawa pendaftaran Hindraf sudah diluluskan pada 8 Mac tetapi mereka sengaja "merahsiakan" supaya boleh diumumkan secara rasmi pada persidangan kebangsaan yang dijadualkan pada hari itu (21 April).

"Kes tuntutan terhadap kerajaan United Kingdom kerana kecuaian mereka ke atas kaum India di negara ini apabila mereka meninggalkan Tanah Melayu pada tahun 1957 masih dalam proses dan akan diteruskan walau apa pun perkembangan di sini sekarang. Gabungan BN-Hindraf tidak akan mengubah pendirian Hindraf dalam kes tuntutan itu," kata Ganesan kepada media.

Menurut laporan Free Malaysia Today (27 April 2013), Uthayakumar mengaku bahawa dialah pemimpin sebenar Hindraf dan adiknya, Waythamoorthy, sekadar memantau gerakan itu sementara dia (Uthayakumar) masih dalam tahanan ISA.

"Waythamoorthy adalah pengkhianat (traitor) dan sudah terkeluar daripada landasan perjuangan Hindraf. Maka, majlis tertinggi memutuskan untuk melucutkannya daripada Hindraf pada 25 April," kata individu itu yang bertanding sebagai calon bebas (dan hilang wang deposit) di Parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas dalam PRU-13.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa dalam suatu wawancara media (6 Disember 2007), Uthayakumar mengakui Waythamoorthy sebagai pengerusi Hindraf. Bagaimanapun, pada 20 April 2013, Uthayakumar mengaku bahawa dialah pemimpin sebenar Hindraf.

Apa yang nyata dan tidak boleh dipertikaikan oleh Uthayakumar, seperti dilaporkan Utusan Malaysia (16 Mei 2013), "Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy diletakkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri."

READ MORE HERE

 

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

Posted: 19 May 2013 01:41 PM PDT

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor pada Khamis lalu mengesyorkan dua pilihan mengenai senarai nama Exco untuk di hantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Salah satu pilihan itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada calon bukan Melayu, kata Khalid dipetik dari Sinar Harian Online hari ini.

Beliau menjelaskan pilihan yang menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana PAS mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor.

"Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Menurut Khalid, tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor dan diyakini bahawa senarai itu sudah pun sampai di istana.

"Apa yang lebih penting ialah kita tidak bergaduh dalam perkara ini.  Tidak berapa elok kerana ia memberi gambaran seolah-olah kita berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan," kata Khalid.

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah memutuskan dua pelan atau pilihan untuk pelantikan barisan Exco negeri itu.

Antaranya lima calon Melayu dan lima calon bukan Melayu; di mana tiga tempat calon Melayu adalah daripada PAS, dua tempat daripada calon Melayu PKR dan empat tempat untuk DAP bagi calon bukan Melayu serta satu tempat bukan Melayu dari PKR.

Manakala pelan yang kedua ialah nisbah enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu; di mana empat tempat calon Melayu dimiliki oleh PAS, dua daripada calon Melayu PKR manakala untuk bukan Melayu pula, tiga dari DAP dan satu dari PKR.

Semalam FMT melaporkan, DAP mempertikai kenyataan Menteri Besar bahawa parti itu akan diberi tiga kerusi exco dan satu kerusi Speaker dalam pentadbiran negeri.

Sambil merujuk kepada mesyuarat parti-parti komponen Pakatan Rakyat Khamis lalu, Pua berkata persetujuan yang dicapai ialah untuk DAP mendapat empat kerusi exco, PAS tiga dan kerusi Speaker manakala PKR diberi tiga kerusi exco dan jawatan Menteri Besar.

Ketika di Pelabuhan Klang malam semalam, Abdul Khalid mengumumkan barisan Exco akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved