Selasa, 23 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pakatan sudah ada calon PM, kata Mahfuz

Posted: 22 Apr 2013 09:25 PM PDT

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sungguhpun begitu, ia masih tidak dapat diumumkan kepada orang ramai buat masa ini.

Beliau berkata, individu yang layak menyandang jawatan itu mestilah seorang yang berintegriti, amanah, kaum Melayu dan beragama Islam.

"Kalau soal menteri, tidak kiralah dia Islam atau tidak, masih boleh Jadi menteri. Tapi atas dasarnya perdana menteri mestilah daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Itu terpulang kepada PR untuk melantik siapa. Kita dalam PR sudah tetapkan siapa orangnya, tapi tidak boleh bagi tahu lagi," katanya pada sidang media di pejabat Pas kawasan Pokok Sena hari ini.

Menurutnya, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sering buat spekulasi bermacam-macam mengenai calon itu tetapi PR sudah ada keputusan sendiri.

Mahfuz berkata, pemimpin Umno dan BN semakin 'meroyan' dan serabut untuk berteka-teki siapa calon pilihan PR untuk menjadi perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebelum ini mereka kata DAP nak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, Pas pula yang tidak mahu Anwar. Sekarang ini dia kata DAP dan Pas sepakat untuk lantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri pula.

"Pada saya, kadang-kadang keserabutan pemimpin Umno dan BN dalam berhadapan dengan situasi kebangkitan rakyat ini semakin menjadi-jadi. Insya-ALLAH, kita akan melihat siapa yang jadi perdana menteri selepas PRU13," katanya.

Ditanya sama ada beliau adalah antara calon yang layak mengisi jawatan itu, Mahfuz mengiyakannya.

"Saya antara calonnya sebab tanding Parlimen. Sebelum ini orang kata saya nak jadi MB (Menteri Besar). Macam mana saya nak jadi MB, saya tanding Parlimen. Saya hanya layak untuk jadi calon PM. Saya juga layak untuk jadi calon menteri," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP membuat perjanjian sulit untuk mengangkat Hadi sebagai PM jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada PRU13.

Bagaimanapun, perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui Anwar yang sedang mengira hari untuk menjadi perdana menteri ketujuh jika PR menang PRU13.

 

Ahli PAS desak pertahan kerusi DUN Sg Acheh

Posted: 22 Apr 2013 08:41 PM PDT

Bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata kepimpinan tertinggi PAS perlu bertegas dalam mempertahankan kerusi itu dan tidak menjadikan parti itu mangsa kepada sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PAS hanya bertanding di enam kerusi DUN dan dua Parlimen di Pulau Pinang sedangkan PKR 16 kerusi DUN dan empat Parlimen.

"Memang inilah sikap tamak haloba yang ada pada PKR dan selalunya yang jadi mangsa PAS negeri Pulau Pinang, calon-calon PAS Pulau Pinang. Bayangkan dulu PAS ada 16 kerusi sekarang hanya tinggal enam dan masih nak diambil daripada PAS," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan calon PKR Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'CheguBard' bahawa PKR tetap bertanding di kerusi itu dan calon PAS telah diminta menarik diri.
DUN Sungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Pada PRU12, penyandang kerusi itu Datuk Mahmud Zakaria dari BN mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahamad dengan majoriti 250 undi.

Mohamed Hafiz berkata keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi pakatan itu bukanlah situasi 'menang-menang' kepada PAS sebaliknya ia menggambarkan seolah-olah PAS 'dibuli' oleh PKR.

"Sebelum ini apa juga yang dibuat oleh PKR terhadap PAS, Pemuda PAS tetap meneruskan gerak kerja terutama pada musim pilihan raya, tetapi kali ini ianya akan berlaku sebaliknya…kerana kalaulah PKR dan pemimpin PAS pusat mengatakan ini 'win-win situation' (situasi menang-menang) sebenarnya ahli akar umbi menganggap ia 'win-lose situation' (situasi menang-kalah)," katanya.

Ditanya sama ada PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Mohamed Hafiz berkata: "Itu yang kita minta (PAS keluar daripada pakatan)…hentikan berpakat dan tidak sepakat."

Sementara itu, Mohd Yusni berkata beliau terpaksa akur dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi laluan kepada PKR sebagai rakan dalam pakatan pembangkang.

Katanya, beliau tidak akan turun berkempen untuk CheguBard dan akan membantu calon tunggal Pemuda PAS negeri Afnan Hamimi Taib Azamuddin yang bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas.

"Fokus saya sekarang adalah turun berkempen bagi memastikan kemenangan calon tunggal Pemuda Pulau Pinang Ustaz Afnan di Kepala Batas," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved