Isnin, 25 Mac 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


500 ahli NGO desak Guan Eng tunai janji manifesto

Posted: 21 Mar 2013 09:43 PM PDT

Kira-kira 300 anggota Malaysian Youth Rights Movements, 1Malaysia Brothers dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang berkumpul pada 1.30 tengah hari di Jalan Macalister di sini dan berarak sejauh dua kilometer ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang turut menempatkan pejabat Ketua Menteri.

Mereka memakai baju berwarna biru muda bertulis "Don't Take Away Our Freedom" dan membawa sepanduk serta kain rentang turut melaungkan "kami tak nak ubah", "mana rumah kos rendah", "di mana peruntukan untuk kaum India" dan "sudah lima tahun tol berjalan bila mansuh" sepanjang perarakan itu.

Presiden Malaysian Youth Rights Movement, Shen Yee Aun kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Shum Jian Wei.

Shen berkata memorandum itu mengandungi 10 perkara, antaranya bantahan terhadap projek terowong dasar laut, menuntut janji penghapusan tol, memperbaiki akses Penang Free Wifi, peruntukan kebajikan untuk kaum India dan isu kos rumah rendah.

"Kami minta ketua menteri beri jawapan dalam tempoh seminggu jika tidak kami akan mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana isu-isu yang dikemukakan itu berkaitan hak rakyat," katanya kepada pemberita.

Shen turut menggesa Lim menyiasat ugutan membunuh dan merogol di laman-laman sosial oleh 'cybertroopers' propembangkang yang didakwanya semakin berleluasa terhadap individu tertentu yang dianggap tidak menyokong perjuangan mereka.

Sementara itu, kira-kira 200 anggota lima NGO dan anggota akar umbi PAS mengadakan perhimpunan dan berarak ke Komtar selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister.

NGO berkenaan ialah Warisan Anak Merdeka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Pulau Pinang dan Suara Anak-anak Malaysia.

Wakil NGO itu, Abdul Ghani Harun menyerahkan surat untuk ditandatangani oleh Lim sebagai tanda persetujuan untuk menarik semula kenyataannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Surat itu diterima Penolong Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli.

Perhimpunan yang berakhir kira-kira 3 petang itu turut dikawal ketat pasukan keselamatan termasuk Unit Tindakan Ringan (LSF) yang diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

 

Kerajaan Negeri Sembilan haram selepas 26 Mac - Dr Aziz Bari

Posted: 21 Mar 2013 12:58 PM PDT

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada  pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

"Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.

"Dalam sistem demokrasi berparlimen - atau Westminster - hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.

"Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara," katanya kepada Keadilan Daily.

Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 26 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.

Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal,

"Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat," katanya.

Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.

Ia katanya, termasuk tidak  membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

"Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan," ujarnya.

Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat 'simpanan petrol' dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa  parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.

"Tarikh 26 Mac itu - atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat - ibarat petrol reserve.

"Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat," kata Aziz.

 

Lagi skandal video ‘Anwar’ didedah (VIDEO INSIDE)

Posted: 20 Mar 2013 07:34 PM PDT

Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi.

Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?

Lelaki: Ada apa kat Segambut?

Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)

Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?

Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk

Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.

Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.

'Saman RM100 juta'

"Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas PKR Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, Datuk S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS," katanya dalam blog beliau.

READ MORE HERE

XC1TYCbnuzM&sns=tw 

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=XC1TYCbnuzM&sns=tw

 

Mereka yang menipu tentang Anwar akan disaman hingga bankrap, kata peguam

Posted: 20 Mar 2013 03:41 PM PDT

"Kita akan ambil tindakan undang-undang, kita akan bankrapkan mereka jika mereka berterusan melakukan penipuan ini," kata peguam Anwar N. Surendran memberitahu wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, beliau berkata akan memfailkan lebih banyak saman ke atas "Papa Gomo" atau Wan Muhammad Azri Wan Deris jika beliau terus membuat material fitnah di dalam blognya www.papagomo.com.

"Setiap kali Papa Gomo membuat tuduhan fitnah, gambar lucah, video fitnah, kita akan saman beliau sehingga bankrap," kata Surendran.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved