|      Dr M: Melayu serah banyak hak atas nama perpaduan       Posted: 19 Jan 2013 06:53 PM PST    	Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu  ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk  negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu  kepada kaum lain.  	  	"Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk  di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.  	  	"Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.  	  	"Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama  Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang  ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya," katanya ketika  menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran  MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di  	sini, semalam.  	  	Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada  orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.  	  	"Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.  	  	"Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.  	  	"Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya.  	  	Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu  orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah," katanya.  	  	Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu  bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa  sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.  	  	Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih  belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang  selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.  	  	"Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,"  	katanya.  	  	Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu  kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk  memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang.        |   
  
    
0 ulasan:
Catat Ulasan