Selasa, 6 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Wanita Umno desak Anwar perjelas isu Melayu bebas beragama

Posted: 05 Nov 2012 06:16 PM PST

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata maklumat itu juga mendakwa agama bayi tidak akan ditulis pada sijil kelahiran, sebaliknya mereka boleh memilih agama masing-masing apabila berumur 18 tahun.

"Jadi saya nak tanya Anwar selaku Ketua Pembangkang, adakah ini benar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil, di sini.

Beliau berkata perkara itu antara yang didakwa dirancang pakatan pembangkang untuk dilaksana jika mereka menguasai kerajaan pusat pada pilihan raya umum nanti.

Shahrizat berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Kata Shahrizat beliau tidak terperanjat dengan kenyataan Nurul Izzah itu kerana Wanita Umno telah lama mendengar desas-desus perancangan pembangkang berhubung isu tersebut.

Shahrizat berkata sebagai seorang Melayu beragama Islam, beliau amat terguris dan bimbang dengan perancangan itu.

"Mungkin ini usaha untuk tambat hati kaum-kaum lain dan saya percaya kaum-kaum lain juga tidak setuju dengan cara ini kerana ia akan membawa kepada perpecahan orang Melayu dan penghakisan pengaruh Islam di negara ini," katanya.

Shahrizat turut meminta umat Islam di negara ini agar menimbang sebaik-baiknya perkara itu.

 

Jais boleh bertindak terhadap Nurul Izzah

Posted: 05 Nov 2012 02:39 PM PST

Pengarahnya Datuk Marzuki Husin menyifatkan kenyataan Nurul Izzah bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuklah orang Melayu adalah salah.

"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebak-baik agama.

"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat sudah cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya pada sidang media di pejabat Jais di sini semalam.

Kelmarin media melaporkan Nurul Izzah ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjawab: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Badrulamin langgar fatwa

Sementara itu, Marzuki menjelaskan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Bahron ditahan kerana disyaki membantu,  menyokong dan menghadirkan diri dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, pada Rabu lalu.

Beliau berkata, kehadiran Badrulamin dalam majlis itu sekaligus melanggar Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu melanggar fatwa mufti.

"Bila dia (Badrulamin) hadir dia sudah terikat dengan enakmen," katanya.

Jais juga tidak menolak kemungkinan pengikut ajaran Al-Arqam berselindung di sebalik nama syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Global Ikhwan pula diasaskan pada 2009 selepas pihak berkuasa mengenakan tekanan ke atas Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh kumpulan sama pada 2006.

 

Nurul Izzah mahu saman

Posted: 05 Nov 2012 12:10 PM PST

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.

Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.

Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya. 

Kase dedah bukti baru

Posted: 05 Nov 2012 12:08 PM PST

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) sekali lagi mendesak kerajaan menarik balik saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan, terutama di Kilometer 6.6, Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa bukti menunjukkan ada kelemahan perlaksanaan AES ini.

Menurutnya, sebelum ini Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamad memberitahu AES mempunyai kelonggaran (buffer speed limit) sebanyak 10km/sejam.

Bagaimanapun, Kase mendapati pemandu yang didakwa menerima saman bawah had laju yang ditetapkan JPJ.

"Salah satu saman yang diterima adalah di Kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80km sejam.

"Sedangkan lokasi yang dimaklumkan dalam laman web JPJ, menunjukkan had laju kilometer 6.6 SKVE yang ditetapkan adalah 90km/sejam. Ini bukan buffer, tetapi pengurangan had laju, sepatutnya apabila ada yang memandu lebih 101km/sejam barulah disaman," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Menurutnya, saman AES lebih bercelaru apabila penerima saman terbabit diminta hadir ke Mahkamah Majistret Sepang, bukannya Kajang.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan dikeluarkan  Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon kelmarin membuktikan AES didakwa ada kelemahan.

Penentangan dalam BN meningkat terhadap keuntungan AES

Posted: 05 Nov 2012 08:27 AM PST

Pengiraan sedemikian telah menyebabkan kebimbangan ahli politik Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat tentang motif keuntungan dalam perjanjian konsesi telah ditandatangani.

"Penswastaan AES boleh dilihat sebagai percubaan untuk mengaut keuntungan kerana ada sesetengahnya ia diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya," kata Ahli Parlimen Umno Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kepada The Malaysian Insider.

Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 "lokasi hitam" di seluruh negara.

Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.

Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.

Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.

Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.

Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.

Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.

Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.

Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.

Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus. 

Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.

Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.

Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.

Walaupun pembela penguatkuasaan AES menyerang pengkritik kerana tidak bertanggungjawab ke atas isu-isu keselamatan jalan raya, beberapa ahli politik BN seperti Mohamad kekal bimbang tentang kemungkinan pengundi digunakan untuk membayar untuk keuntungan kedua-dua syarikat

"Kita perlu tangguhkan (pelaksanaan AES) agar rakyat tidak tertekan," katanya.

"Apabila sudah bincang dan diperhalusi barulah dilaksanakan."

 Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata beliau menerima bahawa sektor swasta akan membuat keuntungan dari mana-mana kontrak.

"Tetapi terma perlu berlaku adil kepada kerajaan dan pembayar cukai," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kebimbangan ahli politik BN tentang pengenalan AES boleh difahami oleh kerana pilihan raya akan berlangsung hanya beberapa bulan lagi.

Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) sudah mula menggunakan sistem kontroversi AES sebagai bahan kempen, dan pengumuman semalam bahawa perangkap kelajuan polis akan dikekalkan bersama-sama dengan kamera kelajuan boleh membuat perkara ini lebih sukar bagi BN kerana ia mahu mengekalkan kekuasaan di Putrajaya.

Negeri yang diperintah PR telah memberi notis bahawa mereka akan menghalang pemasangan kamera AES yang memerlukan permit daripada majlis tempatan, untuk mengambil kesempatan dalam usaha populis disasarkan daripada rasa tidak puas hati awam.

Ahli politik BN dan penyokongnya telah menuduh PR tidak bertanggungjawab dan mengatakan AES bertujuan untuk memastikan keselamatan jalan raya yang lebih baik.

Akan tetapi penentang sistem AES telah menegaskan bahawa penentangan terhadap kamera kelajuan baru adalah hasil daripada syak wasangka kerana penguatkuasaan telah diswastakan kepada sebuah syarikat yang mengambil keuntungan daripada saman dikeluarkan kepada pemandu.

Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.

Read more

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved