Malaysia Today - Your Source of Independent News |
- Pas tetap lawan Najib di Pekan
- Salahuddin sedia tentang MB Johor
- Bawa saya ke mahkamah, Nazri cabar Rafizi
- BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
- Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan
Pas tetap lawan Najib di Pekan Posted: 03 Nov 2012 05:55 PM PDT Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan berkata, hasrat tersebut membuktikan Pas akan menentang Barisan Nasional (BN) habis-habisan pada PRU13 tanpa mengira siapa calonnya. Bagaimanapun, keputusan sama ada meletakkan Abdul Hadi mahupun sesiapa untuk berdepan dengan calon parti lawan di Parlimen Pekan terletak pada penentuan mutakhir Majlis Syura Ulama.
|
Salahuddin sedia tentang MB Johor Posted: 03 Nov 2012 05:53 PM PDT Menurutnya, beliau kini bersedia untuk menentang pemimpin nombor satu di negeri ini sekiranya pucuk pimpinan parti mengarahkannya untuk bertanding di Dun berkenaan. "Siapa pun di dalam parti tidak kira memegang jawatan Presiden atau sebagainya perlu ikut arahan diberikan. "Sebab itu bila parti mengarahkan saya untuk pulang ke Johor dan bertanding di sini, saya patuh dan meninggalkan Kelantan. "Jika parti arah saya untuk lawan Menteri Besar di Dun Serom, saya akan patuh," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan dan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13, yang kini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin. Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesediaannya untuk bertanding di Dun Serom itu selari dengan nada yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi). "Saya akan patuh seperti mana Presiden Pas sendiri. Ia akan berlaku sekiranya parti memutuskan ia kelak," katanya. Ditanya persiapan jentera parti sekiranya beliau bertanding di Dun Serom, beliau berkata, semua jentera Pas di negeri ini sudah bersedia untuk memastikan kemenangan Pas dan calon-calon pakatan pembangkang di setiap kerusi yang ditandingi. "Jentera tidak mempunyai masalah. Jika pemimpin (calon) sendiri sudah bersedia untuk berkorban, jentera Pas juga akan berjuang seperti mana dilakukan sebelum ini. "Mereka (jentera) sentiasa taat dan patuh kepada parti serta kepimpinan," katanya. Selain itu, Salahuddin berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini sudah 95 peratus selesai sekali gus tidak timbul dakwaan berlakunya masalah berhubung perkara berkenaan.
|
Bawa saya ke mahkamah, Nazri cabar Rafizi Posted: 03 Nov 2012 05:51 PM PDT Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia. "Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh."Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah. Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu. Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau. Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota. Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.
|
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar Posted: 03 Nov 2012 12:50 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik. "BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini. "Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya.
|
Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan Posted: 03 Nov 2012 11:14 AM PDT Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau' kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam."Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam. Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan. "Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri," katanya. Tanpa menunjukkan kebimbangan terhadap kerusi Parlimen Marang sekiranya dilepaskan Abdul Hadi nanti dengan penghijrahannya ke Pekan, Nik Aziz mengharapkan perjuangan tersebut disokong penuh. Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil. "Saya minta ketika pilihan raya nanti tidak ada pengundi- pengundi hantu yang mempengaruhi keputusannya," katanya. Dalam masa sama, Nik Aziz juga turut memuji keberanian Abdul Hadi itu untuk melawan mana-mana calon yang dilihat menolak kepada perjuangan Islam.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan