Khamis, 24 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan

Posted: 23 Nov 2011 04:11 PM PST

(HARAKAH) - Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.

Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.

Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus),  Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.

Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.

"Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.

"Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.

"Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini.

Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.

"Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.

"Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.

"Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.

"Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.

Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB.

 

Komen yang hina rakyat Kelantan

Posted: 23 Nov 2011 03:43 PM PST

Aduhai Berita Harian, hampir saya tidak terkata apa-apa apabila terbaca sahaja komen yang bersifat penghinaan yang bukan sahaja terhadap rakyat Indonesia malah lebih teruk lagi ditujukan sesama sendiri iaitu warga Malaysia dari Kelantan.

Apabila terbaca komen seperti ini, cuma tiga perkara yang secara automatik terlintas dalam fikiran saya iaitu komen bodoh, komen bodoh dan komen bodoh.

Selepas itu barulah saya terfikir lagi, kalau komen ini adalah komen bodoh dari seorang pembaca akhbar itu, bagaimana pula dengan editor yang melepaskan tulisan-tulisan seperti ini?

Saya tidaklah mahu mengatakan yang editornya lebih bodoh berbanding orang yang mendapat ilham menulis komen ini, tetapi tidakkah tuan editor ini dapat berfikir dengan jelas kesannya nanti.

Sudahlah kredibiliti akhbar ini yang dianggap sebagai sebuah akhbar dari aliran media arus perdana semakin diragui, ditambah lagi dengan menyiarkan komen seperti ini hanya menyebabkan bilangan yang meragui kredibiliti akhbar ini semakin bertambah.

Penghinaan

Ini menyebabkan saya tertanya-tanya lagi kepada ketua editor akhbar itu pula, tiada apa-apakah yang mampu dibuatnya berhubung komen berbentuk penghinaan yang dilepaskan oleh editornya itu?

Selain itu, adakah penulis komen yang menggunakan nama samaran Lamputoslet dan editor akhbar ini tidak menyedari ada di antara wira muda yang menjulang nama negara dalam acara bola sepak Sukan SEA itu berasal dari Kelantan.

Tidak sedarkah yang Khairul Fahmi Che Mat, Syahrul Azwari dan Wan Zaharul Nizam adalah anak-anak Kelantan yang bermain untuk negara yang mereka cintai?

Cuba tanya Khairul Fahmi, setiap kali dia menyarung jersi kebangsaan adakah dia merasakan dia bermain untuk negeri Kelantan atau Malaysia.

Begitulah bertubi-tubi persoalan yang timbul dalam fikiran saya selepas membaca komen Lamputoslet itu.

Sekali lagi, aduh mak, gara-gara komen bodoh seperti ini, tidak pasal-pasal ada yang sudah mula berbalas maki-hamun sesama sendiri di laman sosial face book.

Mentaliti rendah

Yalah, siapa yang tidak panas hati apabila diri kita dikatakan memiliki mentaliti yang rendah, lebih-lebih lagi komen seperti itu dibuat di akhbar dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Kalau pembaca yang lemah mindanya seperti si pemberi komen itu, mudah untuk menganggap komen itu adalah benar-benar berlaku.

Saya bukanlah berasal dari Kelantan, tetapi seorang warganegara Malaysia yang memegang mykad dengan kod ditengah-tengahnya '01′.

Meskipun saya bukan anak Kelantan, saya memang bersetuju sangat kalau ada di kalangan rakan-rakan di Kelantan yang berhajat membuat laporan polis.

Kenapa tidak, bukankah membuat laporan polis memang sudah menjadi satu trend terbaharu dalam masyarakat negara ini dan tidak lagi suatu yang membosankan seperti orang dahulu-dahulu mengembala sekawan lembu contohnya.

Apa yang penting, seperti yang selalu dilakukan, selepas sahaja membuat laporan polis jangan lupa berdiri di depan lip-lap pancaran dari flash kamera media sambil memegang satu salinan laporan polis!

READ MORE HERE

 

Sultan Selangor tegur Aziz Bari

Posted: 23 Nov 2011 03:40 PM PST

Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.

Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.

Titahnya, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.

"Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS  telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.

Integriti MAIS

"Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS  sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul," titah baginda.

Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.

Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor  semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.

Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved