Ahad, 9 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PM: `Pilihan raya dah dekat’

Posted: 08 Oct 2011 07:24 PM PDT

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai"

"Anda sendiri boleh mendengarnya."

Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan  yang ada.

Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah.

"BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat," katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN.
.
Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan.

Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur.

Jangan sabotaj

"Kuala Lumpur penting walaupun Kuala Lumpur bukan lagi deposit tetap (BN)," tambahnya.

Pengerusi BN itu mengingatkan semua komponen BN menyelesaikan masalah masing-masing selain tidak menimbulkan masalah baru.

 

Seterusnya di sini.

GSC henti tayang filem Namewee Nasi Lemak 2.0

Posted: 08 Oct 2011 02:26 PM PDT

Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First.

Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing.

"Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain," kata mesej Facebook itu.

Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

"Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya," katanya.

Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam.

"Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas," katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First.

GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan.

Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan.

Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.

Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee.

 

 

 

READ MORE HERE.


 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved