Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Posted: 15 Jun 2011 09:31 AM PDT Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati perhimpunan itu adalah agenda beberapa individu berkepentingan untuk mengadakan bantahan politik, yang dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan jika dibenarkan diteruskan. Sehingga semalam, 418 laporan polis dibuat oleh peniaga, pengusaha, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai membantah perhimpunan berkenaan. Khalid menegaskan, polis juga sedia menahan penganjur perhimpunan itu lebih awal sebagai langkah pencegahan, selain mengambil tindakan tangkapan ketika perhimpunan diadakan.
|
Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’ Posted: 15 Jun 2011 09:25 AM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai "perkara kecil." "Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun. "Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan," katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi. Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama. Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara. Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0. "Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi. "Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini," katanya. Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan "Walk For Democracy" akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan. Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas. "Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai. "Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan