Isnin, 18 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Isu Karpal: Ujian besar bagi Mat Sabu

Posted: 17 Nov 2013 02:13 PM PST

SURAT FMT: Dari Ismail Qawi, melalui e-mel

Isu Karpal Singh bertindak biadap pada PAS atas cadangan membatalkan semua parti berasaskan agama kini menjadi ujian dan pemerhatian bagi perwakilan PAS untuk menentukan siapa Timbalan Presiden yang baru.

Sebaliknya, sekiranya PAS yang mencadangkan agar parti berbentuk sekular dimansuhkan, apakah reaksi DAP, dan siapakah yang bakal memohon maaf?

Jika itu berlaku, sudah pasti Karpal dan segelintir pemimpin DAP sudahpun membuat kenyataan bertubi-tubi menyerang PAS dan mendesak PAS untuk membuat permohonan maaf terbuka.

Berbalik kepada kontroversi Karpal ini, perwakilan kini melihat dalam kontroversi yang melibatkan DAP-PAS, siapa yang lebih boleh diharapkan untuk berlawan dan bertegas dengan DAP untuk mempertahankan prinsip masing-masing?

Apakah Mat Sabu ataupun Mohd Amar?

Saya masih ingat bagaimana DAP menyerang PAS dari semua sudut ketika hudud menjadi hangat dan Kelantan tidak membenarkan judi di negerinya.

Sekiranya keadaan ini berlaku lagi, perwakilan lebih yakin pada siapa untuk membela PAS, Mat Sabu ataupun Mohd Amar?

Perwakilan PAS harus ingat PAS hanya tinggal Kelantan sekarang. PAS akan menggunakan Kelantan untuk melaksanakan model pemerintahan Islamnya untuk menjadi daya tarikan kepada pengundi Melayu yang lain untuk bersama PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Ada perkara yang PAS Kelantan ingin laksanakan seperti hudud, banteras judi sepenuhnya yang bakal mendapat bantahan DAP. Jika isu sekecil salon yang mengasingkan lelaki perempuan pun menjadi isu nasional bagi DAP dan MCA, model pemerintahan Islam di Kelantan mungkin susah dilaksanakan.

Jika berlaku pertengkaran dalam isu-isu prinsip, apakah Mat Sabu ataupun Nik Amar yang perwakilan rasa boleh diharapkan untuk mempertahankan PAS?

Isu hudud kembali hangat sekarang. Karpal belum membuka mulutnya. Jika Karpal membuka mulutnya, siapa yang perwakilan rasa akan lebih ke depan untuk mempertahankan PAS – Mat Sabu ataupun Nik Amar?

Ada yang berhujah Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negeri dan tidak sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mereka yang berhujah ini sudah tentu tidak akan mempertikaikan kemampunan Lim Guan Eng menjawat tiga jawatan penting – Setiausaha Agong DAP, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka merasakan Nik Amar tak mampu meskipun beliau belum diberi peluang mencuba. Apakah bukan tindakan ini merendah-rendahkan kemampuan pemimpin sendiri berbanding pemimpin DAP?

Dalam sudut berlawan dengan Umno, ada yang menuduh berkata golongan yang sekutu dengan Nik Amar tidak akan berlawan dengan Umno malah akan berkawan dengan mereka. Di dalam PAS, hanya Mat Sabu sahaja paling lantang memerangi Umno.

Dalam PAS, yang memerangi Umno bukan Mat Sabu seorang. Ramai lagi. Husam, Mahfuz, Salahuddin, Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik, Khalid Samad, Dzulkefly, Hanipa, Nasrudin, Raja Kamarul dan ramai lagi yang mampu berlawan dengan Umno, malah dengan jawatan.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved