Isnin, 18 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Saman RM200 Juta Felda Terhadap Wan Azizah Didengar 29 Jan

Posted: 17 Nov 2013 08:33 PM PST

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak selepas kes itu dipanggil untuk pengurusan kes.

Cheng Mai yang mewakili Felda memberitahu media kedua-dua pihak telah memfailkan kenyataan saksi bagi perbicaraan itu.

Pada 16 Ogos lepas Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu naib presiden PKR, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' menjejaskan imej mereka.

Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Sultan tiada hak tentukan agama bukan Islam, kata pakar perundangan

Posted: 17 Nov 2013 03:01 PM PST

Undang-undang telah jelas menyebut kuasa pemerintah negeri, kata Aziz Bari setelah beberapa hari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bukan Islam di negeri itu tidak menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan seperti diputuskan Mahkamah Rayuan kira-kira sebulan lalu.

"Kuasa pemerintah semestinya perlu berdasarkan konteks Perlembagaan Persekutuan. Sultan selaku ketua agama hanya terpakai kepada orang Islam dalam negeri itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Tetapi bukan Islam yang tinggal di negeri itu adalah di luar daripada arahan pemimpin berkenaan. Malah kepada orang Islam sendiri, titah yang dikeluarkan oleh pemimpin itu tidak bersifat mutlak kerana perlu berlandaskan undang-undang Islam," katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata seseorang pemerintah tidak boleh meminta penduduk negeri itu melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang Islam.

Meskipun Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas majlis agama tertakluk kepada kuasa pemerintah namun ia tidak berlaku sehingga menjadikan seseorang pemerintah itu boleh mengeluarkan undang-undangnya sendiri.

Abdul Aziz berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dirangka, ketua negeri atau sultan dibenarkan mengekalkan kuasa agama di peringkat negeri tanpa gangguan kerajaan persekutuan.

Tetapi Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak menggambarkan sultan menjangkaui apa yang telah digariskan dalam rukun Islam, katanya.

"Undang-undang Islam tidak menyatakan dengan jelas berhubung isu kalimah Allah. Pihak berkuasa agama di Timur Tengah yang lebih dahulu menerima Islam telah menyatakan pandangannnya bahawa larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam satu perbuatan tidak berasas," katanya.

Katanya, meskipun Mahkamah Rayuan memutuskan 14 Oktober lalu bagi membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap penerbitan Kristian, Herald bagi penggunaan kalimah Allah namun adalah lebih baik mahkamah yang lebih tinggi di Malaysia membuat keputusan akhir.

READ MORE HERE

 

Anwar Ibrahim dan episod drama Bernas

Posted: 17 Nov 2013 01:43 PM PST

Di kala rakyat rata-rata gusar mengenai isu GST, Anwar Ibrahim bangun dan dengan lantangnya mengenengahkan isu mengenai Bernas dan memberi tanggapan kepada umum yang isu ini lebih penting atau lebih mendatangkan kesan buruk daripada GST.

Anwar menjelaskan bahawa langkah menswastakan Lembaga Padi Negara (LPN) yang kemudiannya dikenali dengan nama Bernas adalah untuk memastikan keperluan beras negara yang semakin berkembang dapat dipenuhi melalui pengurusan simpanan stok negara dan Skim Subsidi Harga Padi. Beliau berkata penswastaan ini juga bertujuan untuk memastikan para petani bumiputera , pengedar beras dan pekerja di Bernas mendapat manfaat daripada pemilikan ekuiti.

Namun realiti di sebalik langkah ini tidak lebih daripada satu permainan politik Anwar Ibrahim.

Untuk lebih memahami mengapa ianya adalah satu percaturan politik yang didalangi Anwar Ibrahim, rentetan peristiwa yang berlaku pada awal 90-an perlu anda ketahui.

Pada 1991 , dengan sokongan daripada Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Pelantikan ini mengundang rasa kurang senang dikalangan rakan-rakannya di dalam ABIM kerana dengan 'sokongan' sebegitu umum akan melihat Anwar tidak lebih daripada proksi Tun Daim yang baru.

Anwar memang dikenali seorang individu yang bercita-cita tinggi waima di dalam ABIM. Bagi kelangsungan cita-citanya, Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan melihat keperluan baginya untuk berada di kedudukan lebih tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Anwar hanya punya satu pilihan,Timbalan Perdana Menteri.

Satu-satunya halangan pada ketika itu adalah jawatan itu dimiliki oleh Tun Ghafar Baba. Oleh yang demikian, Anwar memerlukan 'sokongan' dari nama-nama besar di dalam Umno bagi menggulingkan Tun Ghafar.

Untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang penting ini, Anwar telah 'memohon' bantuan Shahidan Kassim , Pengerusi Parlimen Back Benchers Club (BBC) ketika itu bagi mengetuai rancangannya untuk menggulingkan Tun Gafar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan Anwar menyingkirkan Tun Ghafar menyebabkan kebanyakan anggota ABIM melabel Anwar sebagai tidak sabar kerana mereka berpendapat bahawa lambat laun, Tun Ghafar yang lebih berusia daripada Mahathir ketika itu akan bersara. Jadi Anwar hanya perlu menunggu dan bukan mengambil tindakan yang sedemikian.

Pada 1993, Anwar telah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia di samping mengekalkan portfolio beliau sebagai Menteri Kewangan.

Sebagai timbal balik atas 'bantuan' yang telah diberikan oleh Shahidan untuk menggulingkan Tun Ghafar , pada 6 Julai 1994, dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar, Lembaga Padi Negara (LPN) telah ' dikorporatkan ' dan ditukar kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved