Isnin, 18 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hukum Hudud: Pemimpin Pas atau pemimpin Umno yang tidak mahu?

Posted: 17 Nov 2013 01:57 PM PST

Menurut seorang pakar perundangan, Shamrahayu Abdul Azis, undang-undang berkenaan tidak dapat dilaksanakan tanpa dibahaskan dan diluluskan dalam parlimen.

Free Malaysia Today

Hukum Hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata  Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.

Mengulas kenyataan Daud, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kerajaan negeri Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud setelah Jawatankuasa Teknikalnya selesai menjalankan kajian mereka.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang telah diperintah oleh Pas selama lebih 20 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan yang menyokong kenyataan Daud berkata sudah tiba masanya Kelantan menerajui perubahan menjadi contoh dalam perlaksanaan hukum Islam ini sebagai penyelesaian terhadap krisis moral dan jenayah yang semakin membarah dalam negara kita.

Menurut ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, sebelum ini Sultan Brunei telah meluluskan perlaksanaan Hukum Hudud di Brunei.

"Kanun Jenayah Syariah ll yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1992 lagi sepatutnya sudah lama dapat dilaksanakan namun kerana tekanan dan amaran dari Kerajaan Persekutuan ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini," katanya dalam Facebook beliau.

Mengulas kenyataan Nik Amar, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
berkata  sikap berdolak-dalik yang ditunjukkan oleh kerajaan Pas di Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak bersedia berbuat demikian.

Alasan

"Dulu mereka bagi pelbagai alasan, sekarang berdolak-dalik pula. Ini jelas membuktikan mereka tidak bersedia melaksanakannya di Kelantan walaupun mahkamah syariah negeri sudah bersedia," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan," kata beliau dalam Facebooknya.

"Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor," katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

"Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam. Kita tak kacau demo (mereka) pun," katanya.

Kelantan memerlukan kerjasama dan persetujuan kerajaan Pusat dalam usaha meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, inisiatif pemimpin Pas untuk melaksanakan hukum hudud sentiasa berterusan, dan isu yang lebih utama ialah komitmen kerajaan Pusat.

Menurutnya, pihaknya memerlukan jaminan dari kerajaan Pusat jika benar ahli Parlimen BN ikhlas mahu bersama-sama melaksanakannya.

"Tiada masalah (bawa usul ke Parlimen) sebab pemimpin Pas tidak putus asa dan berhenti memperjuangkannya.

Pengkuatkuasaan

"Walaupun Akta Mahkamah Syariah dipinda, tetapi apa yang lebih penting ialah kerjasama daripada pihak penguatkuasaan. Maknanya Kelantan tidak boleh buat bersendirian," katanya.

Salahuddin berkata, kuasa negeri itu sangat terhad untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan ia membabitkan banyak pihak.

Beliau menegaskan, sekiranya ingin membantu, ahli Parlimen BN kena menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kesediaan membawa usul tersebut ke parlimen.

"Bagaimana dengan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Bagaimanapun pula dengan  penguatkuasaan dalam undang-undang tersebut?

"Itu semua memerlukan kerjasama dan persetujuan  jelas daripada kerajaan Pusat. Perlu ada satu jaminan," katanya.

Menurut seorang pakar perundangan, Shamrahayu Abdul Azis, undang-undang berkenaan tidak dapat dilaksanakan tanpa dibahaskan dan diluluskan dalam parlimen.

"Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihak kerajaan akan menerima usul perbahasan berhubung pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan sekiranya perkara itu dikemukakan ke Dewan Rakyat.

Shahidan menyebut keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada sokongan ahli Dewan.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved