Selasa, 26 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Zahid selar negara luar ceroboh kerahsiaan negara

Posted: 25 Nov 2013 07:57 PM PST

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

"Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam  sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu berhubung dakwaan pembabitan Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura hari ini untuk mendapat penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa ada unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampaian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata, pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah. 

PAS tak akan kembang tanpa PR – Kit Siang

Posted: 25 Nov 2013 01:16 PM PST

Secara tidak langsung Kit Siang mengatakan bahawa Pas tidak akan dapat menawan negeri lain tanpa bantuan daripada Pakatan.

Dalam laman blog rasmi beliau, Kit Siang turut menyokong kata-kata Mat Sabu, iaitu kalau PAS berjuang secara bersendirian, sudah tentu PAS tidak lebih menguasai hanya daripada Rantau Panjang (utara Kelantan) sehingga ke Kemaman (Terengganu), tetapi di bawah PR, kawasan yang ditaklukinya melebar sehingga ke Selangor dan mungkin sampai ke Johor.

Pada waktu yang sama, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada pimpinan dan perwakilan PAS di atas kejayaan melaksanakan Muktamar ke-59 peringkat kebangsaan dengan lancar sehingga menggagalkan usaha keras penyusun konspirasi UMNO menerusi media sosial di ruang siber untuk mewujudkan perseteruan dan perpecahan dalam PAS dan menghancurkan kerjasama dan matlamat Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, muktamar yang baru selesai dengan jayanya itu memberi harapan kepada majoriti rakyat Malaysia yang percaya bahawa politik dua pakatan di Malaysia masih hidup dan bertenaga.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dengan menganggotai PR, PAS berjaya melangkah melampaui empat negeri terasnya.

"Kegagalan PAS di Kedah pada 2013 tidak boleh dikaitkan dengan penyertaan PAS dalam PR, sebaliknya kerana faktor dalaman. Penjelasan yang sama boleh dikemukakan untuk memahami kemerosotan sokongan PAS di Kelantan.

"Jika sokongan terhadap PAS di negeri utama Melayu terjejas kerana keanggotaannya dalam PR, sudah tentu pencapaiannya di Terengganu tidak akan meningkat.

"Jelas bahawa pertambahan penduduk secara pesat di Semenanjung akan berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Di negeri inilah kita akan melihat adanya peningkatan jumlah kerusi (Parlimen dan DUN). Kebanyakan kerusi baru ini daripada segi kaum adalah kerusi 'campuran'," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, jika PAS mahu terus berkembang di luar empat negeri utara, ia perlu bekerjasama dalam konteks PR untuk meningkatkan sokongan Melayu dan juga bukan-Melayu. Di negeri utara, PAS perlu memperkukuhkan diri dan PR di peringkat dalaman.

Menurutnya, satu lagi cara untuk meneliti prestasi PAS berdasarkan negeri ialah dengan menganalisa peratusan undi yang diraih PAS di kerusi yang ditandinginya di setiap negeri.

Kit Siang berkata, keanggotaan PAS dalam PR jelas membantu parti itu memenangi dua kerusi Parlimen baru pada 2013, kerusi yang tidak mungkin dimenanginya tanpa sokongan PR.

Contohnya, katanya, di Temerloh, kerusi Parlimen yang mempunyai 63% pengundi Melayu, 26% Cina, dan 9% India, PAS telah menang dengan majoriti 1,070 undi berkat sokongan kuat daripada 35% pengundi bukan-Melayu dalam kawasan itu.

"Di Sepang, kerusi yang mempunyai 59% Melayu, 23% Cina, 18% India pula, PAS menang dengan majoriti 1,142 undi menentang seorang bekas menteri UMNO dengan sokongan kuat 41% pengundi bukan-Melayu dalam kawasan berkenaan.

"Jika PAS hendak merebut kembali kerusi Sungai Besar (34% bukan-Melayu), Kuala Selangor (36% bukan-Melayu) dan Titiwangsa (32% bukan-Melayu) yang dipegangnya dulu, ia mesti memanfaatkan kekuatan jenama dan kerjasama dalam PR.

"Bukan setakat PAS mendapat faedah daripada kerjasama dalam PR kerana perkara yang sama juga dialami DAP dan PKR.

"Tidak diragui lagi bahawa dengan membentuk pakatan, setiap satu daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS berjaya merebut lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri berbanding jika setiap parti itu bertanding secara bersendirian, dan dengan kerjasama itu juga mereka mampu meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi di seluruh negara," katanya.

Menurut Kit Siang, perkara terpenting bagi PR kini ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan merampas kerajaan Pusat dan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang, selain mencatat keputusan terbaik untuk PR di setiap negeri.

 

Kelangsungan ‘Anwaristas’ dalam PAS

Posted: 25 Nov 2013 12:34 PM PST

Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 17 Mac 1948 adalah parti yang ditubuhkan oleh golongan ulama yang mengambil keputusan meninggalkan Umno kerana merasakan bahawa Umno tidak cukup Islamik dan antara individu yang bertanggungjawab atas pembentukan Hizbul Muslimin adalah datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Syeikh Abdullah Fahim.

Sebelum pilihan raya umum 1955, dua tahun sebelum merdeka, Hizbul Muslimin telah didaftarkan semula di bawah nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Islam se-Malaysia atau PAS hanya wujud sekitar tahun 1970-an sewaktu era Mohamad Asri Muda.

Muhammad Asri Muda adalah seorang guru dan juga wartawan sebelum memasuki arena politik dan Asri juga adalah presiden parti yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1973. Asri adalah apa yang dipanggil sebagai golongan Erdogan dalam PAS ketika ini, iaitu pemimpin yang bukan dari golongan ustaz atau ulama.

Sekali lagi, kerana perbezaan pendapat dengan parti pemerintah mengenai Islam, PAS mengambil keputusan meninggalkan Barisan Nasional pada 1978.

Seterusnya pada 1982, Yusof Rawa, seorang ulama telah dipilih untuk memegang jawatan presiden parti selepas golongan ulama dalam PAS bertindak 'menggulingkan' Asri.

Asri bukanlah satu-satunya pemimpin bukan ulama yang ditolah oleh parti.  Mustafa Ali atau ' Cikgu Pa' , bekas guru sekolah seperti Asri , juga mendapati bahawa dia tidak boleh menjawat jawatan teratas dalam parti dan hanya boleh berpuas hati sebagai penasihat dan strategi politik kepada Tok Guru Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Walaupun Mustafa adalah pemikir dibelakang kedua-dua ulama tersebut, namun Mustafa tidak boleh menjadi lebih daripada seorang de facto atas alasan beliau bukanlah seorang ulama.

Ini sebenarnya adalah satu trend dalaman PAS. Ia akan melakukan apa yang di lihat sebagai satu proses pembersihan apabila golongan yang di label sebagai lebih liberal atau bukan daripada golongan ulama semakin berkuasa di dalam parti. Perkara yang sama berlaku pada pemimpin PAS Selangor, Khalid Samad.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved