Jumaat, 22 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PAS perlu berhenti “menangis seperti bayi” jika mahu perintah Malaysia

Posted: 21 Nov 2013 03:11 PM PST

PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus "menangis seperti bayi" dan menjadi "penumpang" dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.

Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Raduan Ramli (gambar) semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus "membelasah" rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari  hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman."

Pergantungan kepada undi Melayu sahaja, keputusan terbaik yang boleh PAS perolehi adalah seperti pada 1999 iaitu 27 kerusi Parlimen dan menguasai dua negeri; Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya 1999 tidak akan memberikan kelebihan kepada PAS jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Pemecatan Anwar menyebabkan 55 peratus undi Melayu beralih kepada Barisan Alternatif (BA) yang pada ketika itu dianggotai PAS, DAP, PRM dan Parti Keadilan Nasional (PKN) berikutan kekuatan pengaruhnya di kalangan Umno.

Tetapi, tanpa sokongan bukan Melayu, BA gagal menawan Malaysia pada 1999 apabila hanya menguasai 42 kerusi Parlimen (PAS 27, DAP 10 dan PKN 5).

Pilihan Raya 2004 pula menyaksikan PAS hanya tinggal tujuh kerusi Parlimen, PKR satu sementara DAP pula sudah keluar dari BA dan mempunyai 12 kerusi Parlimen.

Jumlah kerusi Parlimen BA hanya lapan berbanding sebelumnya akibat peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bebasnya Anwar dari penjara selepas Pilihan Raya 2004 memberikan harapan baru kepada pakatan pembangkang di Malaysia.

READ MORE HERE

 

PAS maafkan Karpal sebab dia jahil

Posted: 21 Nov 2013 02:46 PM PST

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan Islam.

"Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

"Dia ingat parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang sebelum ini hidup berpuak-puak," katanya kepada pemberita selepas perasmian muktamar Dewan Ulama' di sini hari ini.

Katanya, tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangka polemik tersebut.

"Macam mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.

"Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan orang jahil rosak kita," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu."

READ MORE HERE

 

Kongres PKR Ahad ini beri kuasa kepada akar umbi?

Posted: 21 Nov 2013 02:42 PM PST

Para pemimpin akar umbi parti itu mahukan lebih banyak suara serta sokongan dalam proses membuat keputusan tetapi buat masa ini kuasa PKR berada di tangan  kepimpinan pusat yang diketuai ketua defacto parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua-ketua PKR negeri dilantik oleh kepimpinan pusat di Kuala Lumpur dan peranan mereka adalah terhad memandangkan setiap keputusan mengenai perlantikan biarpun di peringkat negeri perlu dirujuk kepada kepimpinan di Kuala Lumpur.

Inilah yang membuatkan pihak akar umbi di Sabah merasa kecewa kerana kepimpinan pusat parti tidak mendapatkan pandangan mereka ketika melantik Datuk Lajim Ukin sebagai ketua negeri PKR.

Oleh yang demikian, pindaan-pindaan yang dibuat akan memberi kuasa kepada ketua negeri dan cawangan dalam membuat keputusan mengenai perkara-perkara di peringkat negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

PKR pada masa ini menguasai Selangor sementara rakan sekutunya DAP dan PAS, masing-masing menguasai Pulau Pinang dan Kelantan dengan Anwar memastikan ketiga-tiga parti kekal bersama dalam pakatan pembangkang. Melangkah

"Kami mahu memberi lebih banyak kuasa kepada negeri, bahagian, sayap pemuda dan wanita terutamanya kuasa memutuskan calon untuk pelantikan politik di peringkat negeri dan bahagian," kata pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan Datuk Tan Yee Kew.

Selaras dengan pindaan yang bakal dibuat, salah satu jawatan naib presiden yang dilantik akan diperuntukkan kepada orang kuat PKR sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Dalam masa yang sama, pengerusi PKR dari kedua-dua negeri secara automatiknya juga memperolehi keahlian dalam biro politik parti.

Pada masa ini, PKR mempunyai empat naib presiden yang dipilih sementara kepimpinan tertinggi parti dibenarkan melantik tiga orang lagi.

Para pemerhati politik percaya perubahan itu akan menggalakkan komunikasi dua hala dan membantu mengelakkan pertelingkahan antara pemimpin di peringkat bahagian atau cawangan dengan kepimpinan pusat parti.

Menurut mereka, tanpa pindaan itu, pemimpin akar umbi tidak mempunyai banyak hak untuk bersuara mengenai keputusan-keputusan penting dan ini mungkin mendorong mereka yang tidak berpuas hati membawa rungutan mereka kepada Pendaftar Pertubuhan seperti yang berlaku dalam DAP.

Strategi

Sesetengah pihak percaya langkah membuat pindaan itu ada kaitannya dengan peralihan strategi yang didokong parti iaitu daripada parti yang bertumpu kepada Anwar kepada parti populis yang menyokong kepentingan orang awam.

Ini terutamanya untuk menjadikn PKR lebih menarik kepada penyokong-penyokong dari Sabah dan Sarawak.

"Berdasarkan hasil keputusan PRU13, satu-satunya cara untuk parti itu memperbaiki peluang dalam pilihan raya akan datang adalah dengan memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak.

"Ini mungkin menjelaskan mengapa mereka memutuskan untuk memberi lebih banyak suara kepada Sabah dan Sarawak," kata seorang pemerhati politik dari  Sabah.

Bagaimanapun, ada yang yang percaya bahawa banyak lagi yang tersirat dalam pindaaan perlembagaan parti terutamanya memandangkan pemilihan parti yang dijadual berlangsung awal tahun depan.

Pudar

Sesetengah penganalisis percaya pengaruh Anwar dalam parti semakin pudar, justeru Anwar sedang menyediakan parti itu untuk mengharungi era selepas beliau.

Juga terdapat desas-desus yang parti itu sedang mempersiapkan anak perempuannya Nurul Izzah yang juga naib presiden parti dan Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk memainkan peranan yang lebih besar.

"Bukan itu sahaja, ianya juga mungkin sebahagian daripada strategi kepimpinan tertinggi untuk memastikan mereka menerima sokongan peringkat akar umbi dengan memberi sedikit kuasa kepada peringkat bahagian dan cawangan."

Bagaimanapun, Tan menyangkal tanggapan itu sambil menjelaskan sejak beberapa tahun lepas, PKR telah membuat pelbagai perubahan secara berterusan dalam usaha pembaikan berdasarkan maklumat balas daripada akar umbi dan tidak ada kaitan dengan agenda peribadi.

"Parti ini telah melalui tiga pindaan dalam tempoh 14 tahun, masing-masing pada 1999, 2003 dan 2009.

"Sebagai contoh, pindaan kepada perlembagaan parti pada 2009 adalah untuk memperkenalkan pemilihan secara langsung bagi jawatan kepimpinan bahagian dan pusat selain mesti ada sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita dalam semua peringkat kepimpinan parti.

"Hakikatnya, jika diambil kira semua parti politik di Malaysia, parti kami adalah yang pertama memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung," jelas Tan.

Imej

Bagaimanapun, di sebalik usaha gigih parti untuk menonjolkan imej barunya, parti itu masih dikawal oleh Anwar dan keluarganya.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah adalah presiden parti, anak perempuannya Nurul Izzah adalah seorang daripada naib presiden parti sementara Anwar sendiri adalah ketua defacto parti di samping ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian yang juga seorang pemerhati politik menjelaskan adalah penting untuk PKR menunjukkan bahawa "parti itu bukan lagi tentang Anwar" dengan melakukan perubahan yang lebih ketara dan mantap.

Sehingga keadaan itu wujud, Anwar dan keluarganya akan dilihat sebagai pihak yang menentukan segala-galanya untuk parti itu.

"Sekiranya mereka memutuskan untuk membuat perubahan yang lebih mantap dan bertenaga, perkara seterusnya siapa yang akan memainkan peranan Anwar selepas itu?

Oleh itu, bolehkah para perwakilan yang hadir di kongres parti Ahad ini menetapkan rentak untuk membentuk PKR yang lebih dinamik dengan perubahan-perubahan yang melampaui pindaan perlembagaan ini?

 

Antara Ambiga, Anwar dan Maria

Posted: 21 Nov 2013 02:31 PM PST

Dikhabarkan bahawa Ambiga mahu berbuat demikian kerana sudah tidak lagi boleh bertolak ansur dengan campurtangan politik daripada Pakatan Rakyat yang beria-ia mahu menjadikan BERSIH sebagai anggota keempat pakatan tersebut.

Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa Ambiga adalah pilihan kedua Anwar dan Ambiga dipilih menjadi pengerusi setelah calon pilihan Anwar Ibrahim menolak untuk terlibat dengan pergerakan itu. Individu yang menjadi pilihan utama Anwar bagi jawatan tersebut menolak kerana merasa tidak senang dengan sumber pembiayaan BERSIH. Mungkin ada yang tahu individu tersebut cuma tidak manis rasanya untuk menyatakan nama beliau di sini.

Manakala Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam pula, yang dulunya adalah seorang pro-kerajaan menerima 'lamaran' Anwar dengan tangan terbuka kerana didorong rasa kecewa apabila kerajaan tidak menyokong permohonan beliau untuk satu kekosongan jawatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi, hakikat bahawa Ambiga tidak lagi mahu menjadi Pengerusi Bersih adalah sesuatu yang telah dijangkakan apabila menyatakan dia pasti akan bersara tetapi hanya akan berbuat demikian hanya selepas pilihan raya umum Mei 2013 bagi tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya berkenaan.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved