Rabu, 20 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pas terus jadi Pak Pandir selagi tunduk kepada DAP

Posted: 19 Nov 2013 08:58 PM PST


Katanya, Pas selama ini gagal menerajui gerakan massa untuk kepentingan dan masa depan orang Melayu.

"Pas sekadar medium mengatur kepimpinan masa depan parti itu dengan menonjolkan golongan liberal yang sealiran pemikirannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.

Beliau berpendapat, matlamat asal perjuangan Pas sudah jauh terpesong sebaik parti itu menyebelahi gerakan politik jalanan  Anwar.

Menurutnya, pemimpin tertinggi Pas tidak akan mendengar bantahan dan suara akar umbi.

Tambah beliau lagi, keupayaan Pas yang kononnya memperjuangkan kepentingan umat Islam sekadar menjadi pengucapan ilmiah tetapi pada sisi politik ternyata gagal.

Syed Ali mendakwa, Pas ternyata lebih berkiblat kepada DAP sebagai 'abang besar' dalam PR yang turut didominasikan oleh PKR pimpinan Anwar.

"Penyertaan Pas dalam PR dan sikapnya yang tergamak melutut kepada DAP menyebabkan orang Melayu khususnya umat Islam mula menjauhi parti itu," katanya.

Beliau menyebut betapa Pas telah mengecewakan pengikutnya sendiri apabila pemimpin mereka tidak berupaya untuk berdepan dengan cabaran politik semasa terutama onar DAP dan PKR.

Sebagai contohnya kata beliau, Pas menjadi 'tikus' apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh secara terbuka mahu parti politik termasuk Pas yang menggunakan agama dibatalkan pendaftarannya.

"Pemimpin mereka (Pas) tidak berani bersuara sedangkan ahli-ahlinya mahu parti itu keluar daripada PR kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan penghinaan DAP," katanya.

Justeru kata Syed Ali, muktamar tahunan Pas kali ini tidak menjanjikan lontaran idea yang bernilai untuk rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

"Cadangan pelaksanaan hukum hudud juga pada saya akan menjadi isu yang dipanaskan semula sebagai menutup kepincangan parti itu," tambanya.

Malah secara sinis beliau menjangkakan muktamar Pas itu juga tidak berupaya untuk 'mengajar' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini didakwa telah 'buat tahi' dalam PR.

Pas dakwa beliau lagi, akan berterusan menjadi 'Pak Pandir' selagi bertuankan DAP selaku 'abang besar' dalam PR.

 

Percaturan politik ala COMANGO

Posted: 19 Nov 2013 03:36 PM PST

Umum tahu bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan and tiada tolak ansur atau kompromi mengenai perkara ini. Begitu juga dengan Raja-Raja yang merupakan ketua agama di peringkat negeri juga persekutuan. Kedua-dua perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi bukan Melayu dan golongan Melayu liberal ini, mereka secara terbuka mahu supaya Perlembagaan Persekutuan ini dipinda kerana bagi mereka perlembagaan ini sudah lapuk dan ketinggalan.

Bagi meminda perlembagaan yang sedia ada, mereka hanya memerlukan majoriti dua per tiga di Parlimen walau dalam sesetengah kes hanya sedikit majoriti sudah mencukupi. Tetapi dalam kes yang menyentuh isu berkaitan Islam, Bahasa Melayu dan juga hak-hak keistimewaan Melayu, mereka terlebih dahulu memerlukan kelulusan dari Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan dibuat.

Di sinilah semuanya menjadi masalah kepada mereka. Ini kerana, sebagai ketua agama Islam, Majlis Raja-Raja tidak akan pernah berkompromi mengenai perkara yang membabitkan akidah dan Islam. Ia harus kekal sebagai status quo.

Walau Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara sekalipun, mereka tidak akan dapat merubah apa-apa klausa dalam Perlembagaan terutama sekali yang berkaitan dengan Islam.

Kerana itulah mereka kini menjalankan strategi baru bagi mencabar Islam.

Mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai hak orang Kristian bagi menggunakan nama Allah. Membawa isu hak asasi manusia di Malaysia (atau lebih kepada kekurangannya) bagi meraih perhatian dunia dengan melahirkan COMANGO.

COMANGO adalah gabungan 54 NGO Malaysia yang kebanyakkannya terdiri dari NGO bukan Islam dan mereka mahu masyarakat antarabangsa mengisytiharkan Malaysia sebuah rejim pariah kerana tidak membenarkan orang Islam untuk meninggalkan Islam dan untuk tidak membenarkan orang Islam untuk mengamalkan gaya hidup gay / transeksual.

Antara yang ada di dalam senarai tuntutannya, COMANGO menggesa kerajaan mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya LGBT dan juga International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang memberikan kebebasan beragama serta kebebasan untuk menukar agama yang dianuti.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved