Sabtu, 16 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hudud – Kelantan sedia RM1j untuk pelaksanaan

Posted: 15 Nov 2013 03:26 PM PST

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

"Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita 'free gear' tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.

"Sebenarnya sebelum pilihan raya umum (lalu), kita telah beberapa kali bincang tetapi tidak dedahkan, untuk tahun depan Menteri Besar telah masuk RM1 juta dalam bajet untuk persiapan prasarana bagi melaksanakan hudud.

"Kita tengok keperluan untuk laksana hudud tetapi nak buat, kena dapatkan pandangan pakar dahulu, termasuk pensyarah universiti dan pengamal undang-undang. Insya-ALLAH mereka akan bagi pendapat dan selepas itu kita akan laksanakan," katanya pada kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad, yang menyatakan kesediaan pihaknya kuat kuasa hudud selepas bangunan kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung beroperasi.

Semalam, seorang pendakwah dan pensyarah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman menyarankan kerajaan Kelantan menetapkan masa bagi merealisasikan hukuman itu dengan menjadikan Brunei sebagai contoh.

Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata pihaknya tidak mahu melaksanakan hukuman itu tergesa-gesa, sebaliknya mengikut kaedah dan tertib bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Berhubung saranan Kelantan mengikuti langkah Brunei, beliau berkata, orang ramai tidak boleh membuat persamaan kerana Kelantan hanya sebuah negeri, sebaliknya Brunei adalah sebuah negara diperintah Sultan yang mempunyai kuasa penuh.

"Kelantan adalah sebahagian Malaysia. Kita terikat dengan undang-udang dan perlembagaan. Brunei adalah negara dan sultan berkuasa mutlak. Kita di Kelantan tidak begitu. Raja ada batas, cuma kita akui tindakan Brunei bagi semangat dan iltizam kepada kita," katanya.

Nik Mohd Amar berkata, Kanun Jenayah Kelantan (II) Kelantan yang diluluskan Dun bukan sahaja diambil daripada mazhab Syafie, tetapi diadunkan daripada mazhab lain mengikut kesesuaian. 

 

Rakyat mahu Anwar beri penjelasan

Posted: 15 Nov 2013 12:08 PM PST

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kenyataan itu ternyata mengelirukan kerana sebagai seorang Islam, ALLAH tidak sama dengan tuhan yang bukan Islam dan begitu juga yang sebaliknya.

Menurutnya, beliau tidak faham tujuan ayat itu dinyatakan dan ditujukan kepada siapa kerana ia mampu mengundang pelbagai persepsi.

"Dalam sedutan rakaman yang dimuat naik oleh blogger seperti mana yang saya tonton melalui Facebook, Anwar berucap di mana orang-orang sekelilingnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

"Sebagai orang Islam, tuhan kita hanya ALLAH SWT, mengapa disamakan dengan tuhan yang lain. Jadi kami amat terkejut dan sedih dengan kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa agar tidak menimbulkan kekeliruan kerana video berkenaan boleh ditonton oleh generasi akan datang selagi ia wujud di internet.

Katanya, hal berkaitan agama tidak sepatutnya digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Ini boleh disifatkan sebagai menyekutukan ALLAH SWT kerana menyamakan dengan yang lain,

"Jadi saya harap pihak jabatan agama Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini," katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama kira-kira 15 ahli MJMM.

 

Umno sokong PAS laksana Hudud di Kelantan

Posted: 15 Nov 2013 11:50 AM PST

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan itu berkata, pengumuman tersebut adalah sesuatu yang dinantikan dan sesuai pada masanya, malah Brunei juga sudah mengambil pendekatan sama dengan melaksanakannya.

"Urusan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya, jadi kita kena bersatu  bagi mendaulatkan hukum Allah di negeri ini," kata Ahli Parlimen Ketereh itu seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Daud bagaimanapun berkata, barisan hakim khas perlu dilantik, menepati dengan tuntutan hukum Hudud sendiri dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum hukum Hudud ataupun Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 boleh dilaksanakan.

Sejurus pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih  20 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan turut berharap kerajaan pusat tidak menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum Hudud di negeri itu nanti.

"Betul, memang dulu kerajaan pusat halang (daripada melaksanakan hukum Hudud). Kita harap kali ini kerajaan pusat beri kerjasama dan perkara lalu tidak akan berulang," katanya.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved