Khamis, 31 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sekarang Anwar kata Pakatan akan laksana GST bila perintah, namun bersyarat

Posted: 30 Oct 2013 05:18 PM PDT

Anwar bagaimanapun menegaskan, perkara itu hanya akan berlaku dengan syarat kerajaan menghentikan gejala rasuah, kebocoran dan juga monopoli yang kini dilihat berleluasa dan tidak sesuai untuk melaksanakan GST.

"Kita kata ketelusan. PR akan hentikan rasuah, kebocoran dan monopoli. Hentikan ini dulu. Kemudian usahakan taraf hidup rakyat," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur.

"Dua faktor ini perlu diberi tumpuan," katanya dan menambah pembangkang juga tidak akan melaksanakan GST sekarang kerana ia tidak munasabah.

"Bila kita dalam defisit kita akan fikiran perolehan. Ia akan ambil masa yang lama untuk mengatasi defisit," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Tempoh 17 bulan menjelang pelaksanaan GST pada April 2015 juga tidak cukup untuk melaksanakan cukai berkenaan kata Anwar selagi masalah berkenaan gagal diatasi.

"Dengan situasi ekonomi sekarang apa yang boleh kita buat? Beri kita capai kedudukan yang selesa, kalau tidak capai bajet surplus pun beri kita selesa dahulu," kata Anwar.

READ MORE HERE

 

Pelaksanaan GST: Anwar pernah sebut pada 1993

Posted: 30 Oct 2013 05:14 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya dua perkara itu tidak diatasi, GST tidak akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen, hari ini, Anwar menegaskan perkara ini bukan pertama kali disebut beliau, sebaliknya pernah menyebut mengenainya pada 1993.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila terdapat laporan yang cuba memusing kenyataannya seolah-olah baru sekarang beliau menyokong GST.

"Bukan sahaja ketika perbahasan bajet baru ini saya sebut tentang pelaksanaan GST yang lebih telus dan efisyen, malah ketika menjadi menteri kewangan dahulu. Tapi, perlu hapuskan dulu ketirisan, rasuah dan monopoli, serta meningkatkan taraf pendapatan rakyat dahulu," tegas beliau.

Jelas beliau, pada 1993, beliau memang menyokong ketika Tun Daim Zainuddin mengumumkan untuk melaksanakan sistem GST.

Bagaimanapun tegas Anwar, selepas beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan, dalam keadaan kerajaan mempunyai lebihan perbelanjaan ketika itu, pelaksanaan GST tidak dilakukan.

"Kenyataan saya mengenai GST tidak pernah berubah kerana ia memang satu sistem yang baik, cuma pelaksanaannya nanti dengan keadaan negara yang perlu ditumpukan terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan pengurangan subsidi tidak akan mengurangkan beban rakyat, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat tertentu.

"Saya tidak hairan kalau ada MP BN yang bercakap bagi pihak Tan Sri Syed Mokhtar, kerana itu sudah menjadi amalan. Tapi pada kali terakhir subsidi gula dipotong iaitu Mei 2011, keuntungan yang direkodkan melonjak naik sehingga 15 peratus, yang sebelumnya sekitar sembilan peratus. Jadi, jika mahu dikatakan pemindahan subsidi itu mengurangkan beban rakyat, ia tidak benar," tegas Anwar.

 

Masih adakah kesetiaan pada Umno jika tidak berkuasa?

Posted: 29 Oct 2013 08:53 PM PDT

Saya sayangkan parti ini, allahyarham ayahanda saya, Tan Sri Mohamed Rahmat menubuhkan semula Umno pada 1988 dengan keringat dan air mata dan tahun ini, genap 25 tahun, Umno dihidupkan semula selepas diharamkan.

Tahun ini juga pada 19 Oktober lalu, 146,500 perwakilan Umno membuat keputusan untuk memilih barisan kepimpinan parti melalui sistem baru pemilihan dikenali sebagai 'electoral college' dalam usaha membuktikan bahawa proses transformasi parti yang diusahakan Presiden parti, YAB Datuk Seri Najib Razak benar-benar berlaku.

Pemillihan sudah diadakan serta keputusan sudah diketahui dan walaupun, saya tidak terpilih dalam barisan 25 Ahli Majlis Teringgi (MT) yang bertanding, saya tetap bersyukur dengan jumlah undi yang diterima.

Saya juga tidak mahu mengulas mengenai perjalanan pemilihan baru ini, yang sebenarnya, masih memerlukan penambahbaikan ketara bagi memastikan ia tidak diketawakan pada masa akan datang.

Sebenarnya, usaha berani Datuk Seri Najib perlu dipuji dan sama ada ia berjaya diterjemahkan ke semua peringkat ahli Umno pada pemilihan kali ini, memerlukan 'post mortem' yang mendalam.

Namun, adakah barisan kepimpinan baru Umno ini, benar-benar bersedia untuk membawa dan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 14, yang selewat-lewatnya perlu diadakan pada 2018, dua tahun sebelum 2020, wawasan yang diperkenalkan Presiden parti keempat, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sudah banyak analisis dan pemerhatian dilakukan terhadap barisan kepimpinan baru parti terbesar orang Melayu ini, jadi tidak perlulah saya mengupas lagi dengan panjang lebar.

Apa yang ingin saya katakan sebenarnya, diperkatakan ahli akar umbi parti atau masyarakat yang masih sayangkan Umno adalah 146,500 perwakilan yang memilih masih berfikiran seperti dahulu, tiada yang berubah.

Mereka masih memilih barisan kepimpinan yang memegang jawatan dalam kerajaan atau mempunyai tempat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), tiada perubahan dalam 'status quo' parti.

Inikah dimahukan ahli akar umbi parti yang berjuang demi agama, bangsa dan negara dengan menjadi tulang belakang parti setiap Umno memasuki medan perang PRU.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan pada 20 Oktober lalu, iaitu hari Ahad, seorang ahli akar umbi datang berjumpa saya dan dalam perbualan kami, beliau menyatakan kehairanan dengan pengekalan status quo dalam barisan kepimpinan parti.

Saya bertanya apakah maksud beliau itu?

Ahli Umno itu menyatakan "Adakah 146,500 perwakilan Umno sedar bahawa barisan kepimpinan yang baru dipilih itu, adalah barisan yang sama membawa Umno menghadapi PRU 13, dan mereka ini, mengakibatkan parti mendapat keputusan pilihan raya lebih buruk berbanding tahun 2008."

Sebenarnya, apabila diteliti pandangan beliau itu, ia tidaklah berapa tepat memandangkan parti Umno daripada segi statistik kerusi yang dimenangi dalam PRU 13, adalah lebih baik  daripada PRU 12, selepas berjaya mendapat 88 kerusi berbanding 77 kerusi..

Namun sebagai parti yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN), Umno tetap perlu memikul tanggungjawab kerana prestasi yang buruk berbanding 2008, selain kalah dalam undi popular. 


READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved