Khamis, 10 Oktober 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar: BANTAH atau tidak?

Posted: 09 Oct 2013 01:00 AM PDT

Mewujudkan kelebihan bagi Kuala Lumpur dalam mendapatkan ruang dan akses yang lebih luas dalam pasaran perniagaan dengan rakan dagangan terutamanya Amerika Syarikat, Jepun dan negara ASEAN lain adalah antara sebab utama mengapa pihak kerajaan mempertimbangkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini. Selain daripada itu, cadangan menurunkan tarif diantara negara-negara yang terlibat, TPPA melalui inisiatif perdagangan bebas dilihat mampu membantu mengembangkan lagi eksport negara ke aras pasaran global.

Walaupun masih belum ada kata muktamad mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), siri jelajah anti TPPA yang dipimpin oleh Chegu Bard (SAMM) berserta beberapa NGO lain terus berlangsung. Forum Semasa Siri Jelajah TPPA pada 4 Oktober lepas di Pusat Komuniti DAP Bakri dan Bentayan yang dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Chua Wee Beng, Hatta Ramli, Khaled Samad dan Sivarasa juga Pengerusi BANTAH, Haji Azlan Awang berakhir dengan pembakaran patung Obama serta bendera Amerika yang dilihat usaha mengumpul momentum bagi menghentam niat Najib Razak berkenaan isu terbabit.

Destinasi akhir siri jelajah ini akan bernokhtah dengan demonstrasi yang dijadualkan pada 10 Oktober ini di KLCC dengan gimik bahawa Tun Mahathir akan turut serta.

Namun disebabkan keputusan Barrack Obama untuk menanguhkan kedatangan beliau ke Malaysia, demonstrasi anti TPPA kini akan punya 'penonton' baru iaitu John Kerry, wakil AS yang menggantikan Obama dalam Persidangan Keusahawanan Antarabangsa 2013 ke-4 (GES 2013) yang berlangsung 11 dan 12 Oktober ini.

Seperti sedia maklum, John Kerry adalah antara 'kawan rapat' Anwar di Amerika, keduanya terlibat sebagai penceramah dan peserta dalam forum US-Muslim World di Doha, Qatar. John Kerry menyatakan bantahan terhadap kes liwat Anwar sekembalinya dari Doha. Oleh yang demikian, saat berpuluh-puluh NGO membantah tindakan kerajaan menandatangani perjanjian TPPA, adakah pemimpin tertinggi PKR, Anwar Ibrahim benar-benar akan turun padang berdiri bersama-sama SAMM, BANTAH, MTEM dan yang lainnya di KLCC nanti?

Adakah Anwar akan sekeras-kerasnya menolak TPPA sedangkan kawan baiknya sendiri, Chairil Tanjung adalah individu yang bertanggungjawab mengetuai perbincangan antara Amerika dan Indonesia dalam isu TPPA ini? Adakah Anwar akan bersama-sama melaungkan bantahan atau mungkin juga membakar efigi Obama dan bendera Amerika di hadapan perwakilan Amerika, John Kerry? Adakah Anwar akan berani jujur di hadapan John Kerry – menentang apa yang diperkatakan sebagai tidak adil kepada rakyat dan negara?


Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved