Ahad, 15 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pas nafi ada usaha singkir Mat Sabu

Posted: 14 Sep 2013 02:09 PM PDT

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanggapan itu hanya sekadar pandangan, dan bertegas tiada usaha berkenaan berlaku.

"Tidak ada gerakan seperti dimaksudkan. Perkara seperti ini bukan baru dalam parti, sebelum ini pun ada pertandingan antara ulama dan bukan ulama untuk jawatan tertinggi," katanya pada sidang media, selepas perasmian penutup Multaqa Ulama Semalaysia, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, semalam.

Mengulas ketetapan Dewan Ulama Pas Pusat yang mengeluarkan resolusi, antaranya mahu jawatan presiden dan timbalan diisi golongan ulama, termasuk jawatan naib presiden juga wajar dipertimbang untuk golongan itu, Abdul Hadi berkata, perwakilan yang akan menentukannya kelak.

"Dewan Ulamak adalah satu badan dalam Pas, namun keputusan kelak terserah kepada perwakilan dari seluruh negara," katanya.

Ditanya sama ada beliau menyokong saranan agar kedua-dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, Abdul Hadi tetap menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan.

"Saya serah pada ahli untuk buat pertimbangan. Saya sendiri tidak tahu sama ada dicalonkan kelak, jika ya, saya akan tunaikan amanah. Kita terikat pada perlembagaan dan jawatan ini terbuka untuk dipertandingkan," katanya.         

Mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang mahu tahaaluf siyaasi (muafakat politik) bersama PKR dan DAP dikaji semula, Abdul Hadi menyifatkan ia bukan perkara luar biasa.

"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat, kita akan terus bersama dalam PR dan tiada kemungkinan untuk keluar daripada pakatan itu," katanya.

Menurutnya,  Pas akan tetap bersama PKR dan DAP membentuk pakatan yang dipersetujui bersama.

PKR terbuka dengan kajian politik Pas

Posted: 14 Sep 2013 02:06 PM PDT

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kajian itu adalah cadangan daripada sayap parti dan ia tidak akan menggugat kerjasama yang sedia ada dalam PR.

Menurutnya, PKR akan terus komited menjalinkan kerjasama politik seperti yang telah dipersetujui oleh tiga parti perikatan PR iaitu DAP, PKR dan Pas.

"Itu hanya keputusan daripada sayap parti, kita akan respon untuk keputusan daripada pucuk pimpinan Pas secara total sahaja bukan Pemuda dan sebagainya.

"Kita berpegang kepada apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kerjasama PR. Jadi tidak timbul untuk PKR juga untuk mengkaji semula kerjasama politik itu.

"Kita akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pas dalam PR, apabila kita telah diberi kepercayaan oleh rakyat melalui undi popular pada PRU lalu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan supaya kerjasama politik di antara perlu PKR dikaji semula.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan menyokong supaya tahaluf siasi wajar dikaji semula.

Nasrudin yang dipetik sebagai berkata, sekiranya hasil kajian itu mendapati tahaluf siasi yang berlangsung selama empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam dan mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Mengulas perkara sama, Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, parti perikatan itu akan terus berpegang kepada konsensi yang telah dipersetujui PR.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved