Ahad, 15 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Penipuan Fakta Isu Harga Minyak Oleh Anwar Ibrahim dan Red Bean Army

Posted: 14 Sep 2013 09:39 AM PDT

http://www.thechoice.my/images/355/Shen-Yee-Aun.jpg 

Pakatan Rakyat sering kali mengatakan rasuah itu perlu ditentang dan tidak pernah sesekali mereka menampilkan satu kaedah dan formula untuk merawat penyakit rasuah. Mereka dengan mudah sekali menyatakan demi menghapuskan rasuah maka kerajaan Barisan Nasional perlu dijatuhkan dan rakyat perlu mengundi Pakatan Rakyat.

Shen Yee Aun

Kerja dan operasi Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Red Bean Army cukup mudah. Bagi mereka, setiap perkara, dasar dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan walaupun adalah langkah yang terbaik untuk rakyat dan negara juga akan dimanipulasi kebenarannya demi membakar semangat kebencian dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Terdapat banyak mitos berkaitan dengan isu harga minyak yang sudah lama melanda di negara kita dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional pula kurang pemimpin yang berani untuk menegakkan kebenaran dalam berdepan dan berdebat dengan pemimpin daripada pihak Pakatan Rakyat. Keadaan ini akan terus menyebabkan rakyat Malaysia terus terjajah minda mereka daripada persepsi yang palsu.

 

Harga Minyak di Malaysia Mahal

Mengikut kajian 'Highest and Cheapest Oil Prices by Country' oleh media Bloomberg bahawa negara Malaysia adalah negara terlapan termurah di dunia. Apatah lagi sekirannya kita membandingkan harga minyak dengan negara di Asia Tenggara di mana harga minyak Malaysia adalah yang paling rendah selepas Brunei. Harga minyak seliter di negara Indonesia adalah pada kadar RM 3.15, Filipina RM 3.99, Thailand RM 4.16, Vietnam RM 5.21 dan Singapore RM 5.47.

Fakta ini jelas menunjukkan kebenaran tentang kemurahan harga minyak Malaysia bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga di seluruh dunia. Media antarabangsa ini langsung tidak memiliki sebarang kepentingan politik dan perkaitan dengan negara Malaysia sekirannya mana – mana pihak pembangkang hendak mencipta persepsi bahawa sumber laporan media tempatan tidak boleh dipercayai.

 

Perlu dibandingkan dengan negara pengeluar Minyak

Rakyat Malaysia perlu mengetahui hakikat bahawa walaupun negara Malaysia memiliki sumber minyak kita yang tersendiri tetapi negara Malaysia masih belum lagi disahkan sebagai negara pengeluar minyak oleh OPEC. Hal ini disebabkan demi mencapai status kelayakan sebagai negara pengeluar minyak maka sesebuah negara perlu mengeluarkan minima 1 juta tong minyak setiap hari dan Malaysia hanya mengeluarkan 693,700 tong minyak sehari dan berada pada kedudukan pengeluar ke-26 di dunia dan angka ini akan berkurangan setahun demi setahun memandakang minyak merupakan sesuatu sumber yang terhad.

Negara Malaysia juga lebih banyak mengimport minyak daripada mengekspot dan lebih daripada 90% minyak telah digunakan secara domestik disebabkan penggunaan minyak yang tinggi oleh rakyat Malaysia. Fakta ini hanya menunjukkan walaupun negara Malaysia merupakan negara pengeluar minyak ke 26 di dunia tetapi harga minyak Malaysia adalah kelapan paling murah di dunia. Mengapa pula 18 buah negara lain yang lebih banyak pengeluaran minyak mereka tetapi harga minyak mereka pula jauh lebih mahal daripada Malaysia?

Sekirannya kita hendak membuat perbandingan yang lebih adil maka kita perlu mencari tanda aras yang lebih tepat untuk membuat sebarang perbandingan. Perbandingan yang adil adalah perbandingan dengan negara – negara pengeluar minyak dimana kuantiti mereka adalah berada pada paras  543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari. Analisis daripada data ini hanya menunjukkan negara Malaysia adalah keempat harga minyak di dunia dengan perbandingan kuantiti pengeluaran minyak yang hampir sama dengan negara kita.  


Rasuah dan Pembaziran

Transparency International-Malaysia (TI-M) pada tahun 2012 telah menunjukkan rasuah di Malaysia telah bertambah baik 6 tangga daripada kedudukan 60 kepada 54. Fakta dan kajian sedemikian terus disembunyikan kebenarannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap rakyat Malaysia. Lebih parah lagi, Pakatan Rakyat terus mencipta satu persepsi bahawa rasuah di Malaysia semakin hari semakin parah sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

I-M Corruption Barometer (CB) juga menjelaskan melalui kajian mereka lebih daripada 60% rakyat Malaysia merasakan kerajaan Malaysia pada tahun 2011 lebih efektif dalam menangani isu rasuah. Rakyat Malaysia juga perlu diingatkan bahawa istilah politik wang mula menjadi popular apabila seseorang individu dalam UMNO pada zaman dahulu menentang Ghafar Baba untuk jawantan Timbalan Presiden UMNO dan istilah kronisme juga mula merebak dengan strategi politik pemimpin tersebut dalam menubuhkan Team Wawasanya sendiri dalam UMNO.  

Pakatan Rakyat sering kali mengatakan rasuah itu perlu ditentang dan tidak pernah sesekali mereka menampilkan satu kaedah dan formula untuk merawat penyakit rasuah. Mereka dengan mudah sekali menyatakan demi menghapuskan rasuah maka kerajaan Barisan Nasional perlu dijatuhkan dan rakyat perlu mengundi Pakatan Rakyat. Apakah pengundian itu adalah sesuatu ubat dan mekanisme?

Sekirannya Pakatan Rakyat adalah penggantian Barisan Nasional yang baik maka mereka perlu tampil memberitahu kepada rakat bahawa sekirannya mereka diundi maka apakah mekanisme yang akan mereka gunakan untuk menghapuskan rasuah? Sekirannya benar mereka mampu menampilkan formulanya pun tidak menandakan rasuah itu boleh dihapuskan dengan serta merta.

Pakatan Rakyat tidak seharusnya berlakon seola–olah mereka adalah ahli magis dan bomoh di mana apabila berkuasa sahaja rasuah dapat dihapuskan dengan serta merta. Sekirannya rasuah itu adalah sesuatu penyakit yang perlu dirawat secara berperingkat seperti penyakit barah maka kerajaan Barisan Nasional kini dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah menunjukkan peningkatan dan pembaharuan yang efektif melalui data kajian Persepsi Rasuah Dunia yang meningkat sebanyak tangga walaupun pada ketika itu adalah ketiga pemerintahnnya. Oleh itu, sekirannya penghapusan rasuah itu mengambil masa maka keadah ini bukanlah satu cadangan dan mekanisme yang baik untuk menampung harga minyak di dunia yang semakin meningkat.

Dalam isu pembaziran yang dicetuskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dalam menangani isu kenaikan harga minyak hanya menunjukkan peningkatan harga minyak negara adalah selari dengan prinsip pembaziran. Hal ini disebabkan sekirannya harga minyak di Malaysia terlalu murah dan jauh lebih murah berbanding dengan negara–negara jiran yang berdekatan maka pengelapan minyak pada harga yang disubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia akan digunakan untuk jualan kepada negara jiran. Anwar Ibrahim perlu konsisten dengan prinsip pembaziran yang diperjuangkan oleh beliau.

 

Pada awalnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Pulau Pinang mengatakan formula mereka untuk mengukuhkan kewangan negeri mereka adalah melalui formula mengelakkan rasuah dan pembaziran dan oleh sebab itu pada awalnya kedua–dua negeri tersebut mendapat status kewangan negeri tambahan (surplus) pada pertengahan 2008.

Fakta yang disembunyikan oleh DAP Lim Guan Eng adalah pada tahun tersebut 90% daripada hutang negeri Pulau Pinang iaitu hutang air mereka telah diserap kepada Kerajaan Persekutuan. Sekirannya formula mereka adalah tepat maka mengapa selepas tahun 2009 kedua–dua negeri Pulau Pinang dan Selangor mengalami deficit. Belanjawan apabila mencatatkan defisit RM120 juta (8.65%) pada tahun2009, dan terus bertambah RM194 juta (14.9%) pada tahun 2010, RM210 juta (13.9%) pada tahun 2011, dan RM197.2 juta (10.44%) pada tahun 2012. Manakala bagi enam bulan pertama (Januari-Jun) 2013, defisit yang dicatatkan mencecah sehingga 46.7%. Di Pulau Pinang pula Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM210 juta pada 2012 dan defisit RM 262.04 juta pada tahun 2013.

Data ini sendiri dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di dewan negeri mereka dan bukannya oleh mana–mana media tempatan yang didakwa dikuasai oleh Barisan Nasional. Tambahan pula, hutang negeri Kedah di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun hanyalah pada RM 1 billion tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 5 tahun (20008 – 2013) dan hutang tersebut telah meningkat kepada RM 3 billion.

 

Najib vs Anwar

 

Sebelum 1990 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)

16/07/2010 - RM 1.85 (Kenaikan RM0.05)

04/12/2010 - RM 1.90 (Kenaikan RM0.05)

03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Data ini jelas menunjukkan lebih daripada 50 tahun negara kita hanya meningkat harga minyak sebanyak RM 1.21 iaitu daripada RM 0.89 kepada RM 2.10. Keadaan ini hanya menandakan pada setiap tahun kerajaan hanya meningkatkan RM 0.0242 secara purata pada setiap tahun. Ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri beliau telah menurun harga minyak sebanyak RM 0.90 pada tahun 2009 dan meningkat RM 0.30 sepanjang kepimpinan beliau. Keadaan ini hanya menunjukkan Perdana Menteri kita selaku ketua Barisan Nasional telah menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.60 walaupun dengan peningkatan RM 0.20 .

 

Anwar Ibrahim pula ketika beliau menjadi Menteri Kewangan negara Malaysia tidak pernah mengurangkan harga minyak walaupun sekali. Sebelum 2008, harga minyak Malaysia adalah pada harga RM 1.92 dan Anwar Ibrahim pada ketika itu sebelum pilihan raya ke 12 berjanji sekirannya Pakatan Rakyat menang maka mereka akan menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.50 pada RM 1.42.

Janji Anwar Ibrahim adalah tidak realistik kerana  beliau menuduh negara Malaysia hampir muflis dengan wang yang negara kita berhutang. Bukankah subsidi tambahan ratusan billion hanya demi minyak ini akan terus lagi menggugat kestabilan status kewangan negara Malaysia? Pada masa yang sama, harga minyak di Brunei kini adalah pada harga RM 1.62 dan mana mungkin negara Malaysia sebuah negara ekonomi ke 60 dunia harga minyak mereka adalah jauh lebih murah daripada negara Brunei yang ke 6 di dunia mengikut kajian yang dilakukan oleh IMF?

Menteri Kewangan seperti beliaulah yang sangat pakar dalam ekonomi dan kewangan sehingga negara Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang tenat pada tahun 1998. Keadaan ini masih belum lagi mengambil kira belanjawan pelbagai lagi janji–janji memukau Pakatan Rakyat untuk memberi pendidikan percuma, menghapuskan toll dan pelbagai lagi janji yang menggoda.

Kita perlu tahu harga minyak pada 12 tahun yang lepas hanyalah USD 12 setong minyak dan kini telah mencecah USD 115 setong. Adakah RM 1.42 masih lagi realistik untuk dilaksanakan dan apakah masa depan generasi hadapan dan negara Malaysia sekirannya sumber negara terus dibazirkan oleh Anwar Ibrahim melalui dasar populisnya yang manis dan memukau?

 

Golongan Susah dan Miskin Memerlukan Subsidi Minyak

Kita jangan lupa Anwar Ibrahim yang bercita–cita hendak menjadi Perdana Menteri pada hari ini pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketika beliau menjadi Menteri pada tahun awal 1980, subsidi untuk nelayan yang miskin selama 40 tahun oleh kerajaan Barisan Nasional telah ditamatkan oleh beliau. Menurut Anwar Ibrahim pada ketika itu subsidi hanyalah satu bentuk formula ekonomi untuk membantu mereka yang kaya dan bukannya miskin. Hal ini disebabkan realitinya subsidi lebih menguntungkan golongan kaya berbanding dengan mereka yang miskin.

Sekirannya Anwar Ibrahim boleh menghapuskan subsidi kepada golongan nelayan yang miskin dan sengsara maka mereka pula beliau pada hari ini hendak mempersoalkan Perdana Menteri Najib yang sebenarnya sudah pun menurunkan harga Minyak kita sebanyak RM 0.90 sen dan hanya meningkat sebanyak RM 0.30? Perkiraaan ini masih menunjukkan sebenarnya Datuk Seri Najib telah menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.60. Perjuangan Anwar Ibrahim tidak pernah konsisten dan akan mempolitikkan segala isu demi menggambarkan persepsi kelemahan kerajaan Barisan Nasional walaupun sering kali isu yang diperjuangkan olehnya tidak selari dengan prinsip dan perjuangannya.

Oleh itu, tindakah BRIM adalah satu tindakan subsidi secara tidak langsung terhadap rakyat Malaysia yang berpendatan kurang daripada RM 3000. Subsidi sedemikian terus kepada golongan yang disasarkan. Terdapat juga suara bahawa BRIM akan memufliskan negara tetapi mengikut pakar ekonomi Pakata Rakyat Rafizi Ramli bahawa sekirannya Pakatan Rakyat memerintah maka BRIM bukan sahaja akan diteruskan tetapi juga ditambah. Bukankah perjuangan politik mereka saling bercanggah antara satu sama lain?

Golongan yang benar–benar susah langsung tidak akan memerlukan sebarang subsidi minyak kerana mereka langsung tidak akan mampu membeli sesebuah motorsikal dan apatah lagi sesebuh kereta. Menurut Rafizi Ramli, harga kereta di Malaysia adalah antara termahal di dunia tetapi sekirannya benar dakwanan beliau mengapa pula hampir setiap rakyat Malaysia tidak kira yang miskin, sederhana ataupun kaya majoritinya mampu untuk memiliki sekurang–kurangya sesebuah kereta?

Dalam isu kategori kereta yang berbeza menunjukkan subsisdi minyak hanya akan menguntungkan pengguna kereta yang memerlukaan penggunaan minyak yang tinggi. Golongan rendah pula sebenarnya kewangan mereka tidak banyak terjejas apabila perbelanjaan  mereka sudah ditampung dan diringankan melalui BRIM sebanyak RM 500 dan akan lagi ditingkatkan. Sistem sedemikian adalah sistem pengagihan kekayaan negara yang adil. Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya.

Rakyat Malaysia diingatkan untuk membuka minda mereka terhadap realiti dan kebenaran semasa dan tidak lagi terus dijajah dan dipukau dengan ilusi Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, DAP dan Red Bean Army dengan harapan palsu yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved