Sabtu, 28 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Malaysia kuat jika Melayu, Cina bersatu

Posted: 27 Sep 2013 10:56 AM PDT

Kekayaan negara mampu disebarkan secara adil

Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kuat jika orang Melayu dan Cina memupuk hubungan yang akrab.

"Jika 67 peratus orang Melayu dan 27 peratus orang Cina bekerjasama, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kukuh," katanya dalam wawancara Program Hubungan Luar, dihoskan oleh pengacara CNN, Fareed Zakaria yang dipancarkan serentak di sini dan Washington, semalam. 

Perdana Menteri berkata, walaupun kaum Cina dipujuk supaya menyokong pembangkang atas alasan tertentu, tetapi di luar tempoh pilihan raya, mereka perlu bersatu atas matlamat untuk membina negara. 

Najib berkata, kaum Cina tidak seharusnya terlalu memikirkan soal kaum mereka saja tetapi perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.
Justeru, beliau yakin, jika kedua-dua kaum itu bekerjasama, ia mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang tulen.

Dalam perbincangan bertajuk Kesederhanaan: Pemodenan Baharu yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang itu, Najib menjawab berhubung tindakan kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera yang menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain.


Elak ketidakstabilan 
Najib menjelaskan, jika 67 peratus daripada penduduk asal ketinggalan di belakang, ia akan menyebabkan ketidakstabilan.

"Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini kerana di segi politik ia adakah tidak baik. Apa yang dikehendaki ialah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang adil, saksama dan inklusif. Itu yang hendak dicapai untuk membolehkan kekayaan disebarkan secara adil.

"Kita mahukan masyarakat yang inklusif dan mendapat pembahagian kekayaan yang saksama," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, hari ini kaum Cina memiliki kekayaan yang lebih besar daripada Bumiputera dan berikutan itu mereka masih perlu dibantu mengikut merit.

Beliau juga berkata berkata tanpa tindakan afirmatif, ia akan menyebabkan perpecahan rakyat bertambah buruk pada masa akan datang. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved