Khamis, 19 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Tribunal Rakyat PRU13 hanyalah satu publisiti - Gani Patail

Posted: 18 Sep 2013 12:11 PM PDT


Jelas beliau, tribunal seumpama itu tidak perlukan sebarang asas perundangan, tidak seperti sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Tak ada asas perundangan... ia cuma satu bentuk publisiti. Tribunal (diadakan) cuma untuk (dapatkan) maklumbalas. Kalau RCI lain, kita ada akta untuk itu ," katanya ketika dihubungiAstro Awani.

Mengulas tentang tribunal tersebut yang turut terdiri daripada panelis luar negara, Gani berkata itu sesuatu tidak bagus.

"Itu tidak bagus… kenapa mereka perlu campurtangan urusan kita?" soal beliau.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu bahawan badan itu akan menunggu jawapan rasmi bertulis daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengetahui samada SPR patut hadir ke tribunal itu ataupun tidak.

Bercakap kepadaAstro Awani, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata buat masa ini mereka tidak pasti tentang kedudukan tribunal itu dari segi perundangan.

"Kita perlu tunggu alasan yang digunakan tribunal itu dari segi perundangan. Atas asas apa mereka adakan tribunal ini?" kata Abdul Aziz.

Ditanya samada SPR akan menyertai tribunal tersebut jika dibolehkan, beliau sekali lagi berkata akan menunggu pandangan dari pihak perundangan.
 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved