Sabtu, 14 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pak Samad kesal sikap ‘sasterawan bisu’

Posted: 13 Sep 2013 04:12 PM PDT

Pesatuan penulis memilih untuk tidak bersuara dalam isu melibatkan Sasterawan Negara.

Antara persoalan yang timbul adalah apakah semangat perjuangan dalam kalangan sasterawan dan wartawan sudah hilang. Atau ada faktor lain yang menyebabkan mereka hanya berani "berjuang dengan mata" – iaitu melihat sahaja apa-apa yang berlaku tanpa berani bertindak.

Uthaya Sankar SB, FMT

Kalau kita lihat sebelum negara diberikan kemerdekaan oleh British, golongan penulis, sasterawan dan wartawan berjuang dengan mata pena bagi menuntut keadilan dan sekali gus menentang kezaliman.

Malangnya, apabila diperhatikan perkembangan pada masa kini, golongan penulis dan sasterawan seolah-olah memilih untuk berdiam diri walaupun ketidak adilan dan kezaliman berlaku di depan mata.

Lebih menghairankan apabila mangsa kezaliman itu adalah rakan seperjuangan iaitu golongan penulis sendiri.

Sayangnya, mangsa (sasterawan) tidak menerima sokongan daripada rakan-rakan penulis dan persatuan-persatuan yang kononnya mewakili golongan penulis.

Demikian antara topik yang dibincangkan dalam sesi "Dialog Sastera Bersama Pak Samad" di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pada 11 September 2013.

Dalam hal ini, Datuk A Samad Said (Pak Samad) menyatakan dengan sinis, "Mereka bukan tidak berjuang. Mereka berjuang dengan mata mereka sahaja."

Antara persoalan yang timbul adalah apakah semangat perjuangan dalam kalangan sasterawan dan wartawan sudah hilang. Atau ada faktor lain yang menyebabkan mereka hanya berani "berjuang dengan mata" – iaitu melihat sahaja apa-apa yang berlaku tanpa berani bertindak.

"Saya fikir ada sebilangan yang mahu bersuara tetapi ada ketakutan," kata Pak Samad semasa dialog eksklusif yang turut dihadiri oleh dua Jawatankuasa Khas Kavyan, Shahrul Nizam Abd Hamid dan Rayner Sylvester Yeo.

Pak Samad mengakui bahawa beliau berasa amat aneh kerana dalam suasana seorang sasterawan – juga Sasterawan Negara (SN) – sedang didesak, ditohmah dan dipersalahkan tetapi persatuan-persatuan penulis memilih untuk berdiam diri.

"Seolah-olah keseluruhan isu ini hanya melibatkan seorang individu sahaja. Mereka mesti ingat bahawa golongan penulis dan persatuan penulis sepatutnya berani untuk bersuara; bukan berdiam dalam isu penting seperti ini.

Persatuan penulis yang penakut, hilang taring

"Kalau tidak menyokong saya tetapi menyokong kerajaan pun tidak jadi hal. Sekurang-kurangnya menyatakan pendirian dengan berani; bukan berdiam diri," kata Pak Samad dalam pertemuan yang turut dihadiri anaknya, Helmy Samad, yang menguruskan Wira Bukit Sdn Bhd.

Sekiranya dilihat dalam kontroversi melibatkan SN Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) pada awal 2011, banyak persatuan penulis yang tampil bersuara dan menyatakan pendirian.

Malah, agak menarik apabila persatuan penulis menegaskan bahawa sebarang tuduhan atau kritikan ke atas Pak Lah adalah sama seperti menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Anugerah Sastera Negara (ASN) yang membawa gelaran SN diberikan oleh baginda.

Sekitar dua setengah tahun kemudian, apabila seorang lagi SN – yang juga "Sasterawan Rakyat" – dihina, diperlekeh dan diperlakukan secara yang amat tidak wajar oleh golongan politikus dan puak ultra kiasu, persatuan-persatuan penulis memilih untuk membisu.

"Mungkin juga kelompok itu sebenarnya ada sikap dan pendirian tetapi mereka tidak mahu bersuara. Hal ini memberikan gambaran seolah-olah golongan penulis di negara ini mula takut; sudah hilang taring.

"Atau pun golongan penulis memang menjadi penyokong tegar dan total terhadap kerajaan dalam apa-apa tindakan yang dibuat oleh kerajaan," Pak Samad mengulas.

Sasterawan itu yang lahir di Singapura pada 8 Februari 1932 (mengikut maklumat dalam MyKad) menyatakan bahawa beliau tidak berasa terluka hati jika persatuan penulis memilih untuk menyokong penguasa secara seratus peratus.

"Asalkan mereka berani bercakap dan bersuara menyatakan pendirian," katanya sambil menambah bahawa peristiwa ditahan polis baru-baru ini tidak sedikit pun mematahkan semangat juangnya.

Ditanya mengenai kelompok penulis muda pula, Pak Samad berkata, mereka "bercakap" dan "bersuara lantang" menerusi internet dan ruang siber.

"Malah, apabila saya ditahan polis pada tengah malam (3 September 2013), mereka datang dalam jumlah hampir 200 orang, membawa lilin, berkumpul di luar balai polis, bersedia untuk menyatakan sikap," sasterawan berjiwa rakyat itu menceritakan.

Pujuk Pak Samad tinggalkan Kavyan

Pada penelitian Pak Samad yang juga Penasihat Agung Kavyan, oleh kerana kelompok penulis muda itu tidak mempunyai organisasi yang kukuh, maka suara mereka mungkin tidak lantang kedengaran; khususnya kepada kerajaan dan politikus.

Umum mengetahui bahawa puak rasis, pentaksub, fanatik dan etnosentrik yang diterajui Ibrahim Ali dan sekutunya mendesak gelaran SN yang dianugerahkan kepada Pak Samad oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1985 ditarik balik.

SN Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) tampil menyatakan sikap tidak bersetuju dengan cadangan Perkasa yang tidak rasional itu.

Bagaimana pula dengan para SN lain? Khususnya mereka yang pernah mengeluarkan kenyataan bersama dalam kontroversi melibatkan Pak Lah dan novel Interlok: Edisi Murid pada 2011?

"Pertanyaan itu memang ditanya kepada saya oleh rakan-rakan dan wartawan. Saya nyatakan bahawa bagi saya, saya tidak mengiktiraf Perkasa dan seumpamanya. Saya anggap Perkasa dan satu lagi gagasan penulis yang bergabung dengannya sebagai runner (macai atau juak-juak) sahaja kepada pihak tertentu," kata Pak Samad.

Pengarang novel Salina itu mengakui bahawa beliau memahami jika rakan-rakan penulis dan sasterawan tertentu hanya menghubungi beliau secara peribadi untuk menyatakan sokongan.

Hal ini kerana mereka perlu memikirkan soal pekerjaan mereka; khususnya jika bekerja secara langsung dengan kerajaan atau mereka mendapat manfaat tertentu secara tidak langsung daripada pemerintah.

"Apa yang saya tidak faham adalah berkenaan persatuan-persatuan penulis yang merupakan NGO," kata Pak Samad dengan nada kesal.

Semasa berucap pada acara "Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian" (1 September 2013) di Galeri Shah Alam, Pak Samad mendedahkan bahawa ada wakil persatuan tertentu yang menghubungi beliau berkali-kali dan "memujuk" supaya tidak menjadi Penasihat Agung Kavyan.

Malangnya, persatuan berkenaan tidak pula menghubungi Pak Samad untuk menyatakan sokongan pada saat sasterawan ini berdepan dengan pelbagai kritikan, cemuhan dan tohmahan daripada politikus dan pencacai.

READ MORE HERE

 

RCI kad pengenalan: bukan Mahathir seorang yang bertanggungjawab

Posted: 13 Sep 2013 02:15 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeTesI8xcFjvxy7YMqr7UwDd-zXNwVceGTwV7eL3WQtzJw-ca-lWOU9s40l-ps9h4WpF3KrcJhgKAPsKJQrzjEUhh3r5j-prkELFQXYcJKSbsWTitIWz-uGuONgTekvsTLKESfQfIIaJ0/s1600/Aspan+Alias.jpg 
 
Anwar tidak berani mengambil tindakan, walaupun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri semasa itu. Anwar mengambil tindakan mengampu Dr Mahathir sehinggakan beliau berkata, "seandainya awan dilangit boleh dipintalnya akan ku tulis nama mu Mahathir!, sedangkan beliau (Anwar) tahu apa yang berlaku dalam isu pemberian kad pengenalan ini."
 
Aspan Alias 
 
Semakin hari Mahathir semakin terserlah sebagai pelaku segala kesalahan terhadap negara. Tidak salah lagi jika dikatakan oleh setengah pihak Mahathir adalah penjenayah kepada negara yang terulung. Tetapi ia bukan dilakukan oleh Mahathir seorang sahaja. Mereka yang memberikan sokongan kepada Dr mahathir sekian lama juga adalah pihak yang sama jenayahnya kepada negara.

Mahathir merupakan saksi yang ke 209 dalam RCI tentang pendatang haram yang diberikan kad pengenalan oleh kerajaan pimpinannya di Sabah dan Sarawak. Seperti biasa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.

Mahathir memberi 'testimony' kepada RCI yang di tubuhkan oleh Kerajaan yang beliau tidak pernah mendengar cerita Projek IC ini sehingga baru-baru ini dan ia tentunya dilakukan oleh pegawai rendahan yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya Mahathir terkenal dan termasyor dengan kebolehan bercakap bohong dan mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.

Itulah yang menyebabkan beliau boleh memerintah lama dan ini dianggap oleh banyak pihak sebagai kebolehan luar biasa seorang pemimpin.Sebenarnya jika seseorang itu tidak mengambil pertimbangan untuk mengendung moral, semua perkara boleh dilakukan. Mahathir tidak mengambil isu moral semeskali dan itulah yang membuatkan beliau boleh memimpin kerajaan sebegitu lama tetapi tidak mempunyai 'legitimacy' yang secukupnya untuk memimpin.

Hakikatnya semasa Mahathir berkuasa tidak ada siapa yang boleh mengganggu kehendak dan kemahuannya. Semua yang ada di dalam kerajaan, baik dari pihak pelaksana mahupun dari pihak penggubal dasar di setiap peringkat, tahu yang pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu adalah satu isu yang nyata.

Tetapi semasa itu semua ahli politik BN khususnya UMNO, berbangga dapat memenangi pilihanraya melalui pemberian kad pengenalan itu dan ia merupakan 'open secret' kepada semua rakyat Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia ini. Mahathir tetap 'accountable' terhadap pemberian kad pengenalan itu.

Ini merupakan satu tindakan 'treason' atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada pihak yang menafikannya. Hukuman terhadap penderhakaan kepada negara ini semua orang tahu dan tidak payah disebut dan di ulangi lagi. Ramai orang tidak berani menyebut apa hukuman terhadap kesalahan ini kerana ia terkena kepada Dr Mahathir.

Tetapi kalau ia terkena kepada Mat Sabu seluruh jentera kerajaan dan badan kehakiman dan perundangan akan mengambil tindakan pantas untuk mengenakan Mat Sabu, jika boleh di masukkan kedalam panjara. Tetapi itu adalah 'accountability' Dr Mahathir? Bagaimana pula dengan 'responsibility' bagi Ahli-Ahli Jemaah Kabinet' pula? Kenapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap ketua eksekutif mereka yang bernama Dr Mahathir itu?

Kenapa Kabinet serta parti yang memerintah tidak pula mahu menyandarkan kesalahan keada semua pemimpin kerajaan dan parti pemerintah semasa pemberian kad pengenalan itu? Sebenarnya dalam isu ini bukan Mahathir sahaja yang bersalah dan mengambil 'accountability' itu. Semua pemimpin kerajaan perlu mengambil 'responsibility' terhadap kejadian ini.

Tetapi pemimpin kerajaan semasa itu bukannya hendak mengambil tanggungjawab tetapi menumpukan tenaga mereka untuk memberikan ampunan terhadap Dr Mahathir. Kesemuanya mahu mendapat tempat dalam kerajaan yang penuh dengan 'nikmat' rasuah dan penyalah gunaan kuasa itu. Kata Mahathir yang Anwar tahu perkara isu pemberian kad pengenalan itu adalah benar. Bukan Anwar sahaja yang tahu. Semua Menteri kabinet tahu dan semua Menteri Kabinet Sabah pun tahu.

Anwar tidak berani mengambil tindakan, walaupun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri semasa itu. Anwar mengambil tindakan mengampu Dr Mahathir sehinggakan beliau berkata, "seandainya awan dilangit boleh dipintalnya akan ku tulis nama mu Mahathir!, sedangkan beliau (Anwar) tahu apa yang berlaku dalam isu pemberian kad pengenalan ini." Bagi Anwar apa saja yang dilakukan oleh Mahathir itu benar semata-mata kerana ingin mempastikan beliau mengambil alih kepimpinan negara.

Saya berkeyakinan jika tidak ada berlaku pemecatan Anwar oleh Dr Mahathir itu isu pemberian kad pengenalan ini akan tetap berluas-luasa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir dahulu. Hanya setelah berbalah sahaja Anwar mahu sedikit sebanyak bercerita tentang kelemahan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhnya Mahathir dan Anwar bersama-sama melakukan kesalahan ini atau setidak-tidaknya Anwar membiarkan sahaja kedurjanaan itu berlaku.

Bagi saya kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan Anwar juga terlibat dengan mendiamkan dirinya itu adalah benar. Kalau Mahathir mengatakan yang semua yang memerintah semasa itu tahu, juga benar. Hanya semasa itu apa yang dikatakan oleh Mahathir itu adalah 'law' dan tidak boleh disoal-soal lagi.

Pendeknya semua diantara mereka yang ada dalam kabinet semasa Mahathir itu adalah bersalah. Ada usaha dari dalam pimpinan UMNO untuk menolak kepimpinan Mahathir semasa itu, tetapi tidak berjaya kerana penipuan dan pelanggaran terhadap Badan Kehakiman dan Badan Undang-Undang Negara oleh Dr Mahathir.
 

Great reductions in job inequality

Posted: 13 Sep 2013 11:44 AM PDT

Among younger generations of Malaysians, there is a higher proportion of Malays who have received the Malaysian Certificate of Education (MCE/SPM) than Chinese and Indians. In this column, I examine the trend in ethnic inequality in occupational attainment. 

Charles Hirschman, NST 

In a prior column, I reported that the historic divide in educational attainment between Malays and non-Malays in Peninsular Malaysia was reversed in the 1980s and 1990s.

Among younger generations of Malaysians, there is a higher proportion of Malays who have received the Malaysian Certificate of Education (MCE/SPM) than Chinese and Indians. In this column, I examine the trend in ethnic inequality in occupational attainment.

The second aim of the New Economic Policy (NEP) was to "eliminate the identification of race with economic function."

Although much of popular and policy attention has been focused on income and wealth, occupational roles most clearly capture the idea of economic function.

Occupations are the day-to-day activities and routines that define participation in the economy. Moreover, occupational knowledge and skills, along with education, represent "human capital" that allows individuals to earn an income and other job related rewards.

Income and wealth that are not earned can be easily lost through poor judgment while human capital will always be a resource for employment and productivity in a competitive capitalist economy.

In this brief note, I summarise some of the key findings of a larger study of occupational change and ethnic inequality in Peninsular Malaysia from 1970 to 2000.

In response to census questions, individuals report the nature of their employment, for example, primary school teacher, fisherman, lorry driver, insurance salesman and similar detailed job titles.

These descriptions are coded into a very detailed occupational classification and published in census reports by the Malaysian Department of Statistics.

Drawing up the International Socioeconomic Index of Occupations, each occupational category is assigned a two-digit numeric score.

The highest rated occupation was judges at 90 and the lowest rated occupation was farmers at 16. The index of Occupational Status does not describe the exact standing of every person in an occupation in Malaysia, but it is a metric based on the "average education and income" of all persons in different occupations across many countries.

This study is limited to Peninsular Malaysia to focus on the historic economic divide between Malays, Chinese and Indians.

Younger workers, aged 25-34, have generally entered the workforce in the last decade and, therefore, are the group whose occupational standing is most likely to be affected by recent conditions and policies.

In 1970, young Malay men and women were employed in occupations that were, on average, about 5 and 9 points behind their Chinese peers. Indian men were about halfway between Chinese and Malay men, while Indian women were even further behind Chinese women than were Malay women.

Even further behind were "Other Bumiputera", which includes the Orang Asli and a very small population of Indonesian origin (only in 1970 and 1980).

These ethnic and gender differences in occupational status are primarily due to agricultural employment. Malays, and especially Malay women, were much more likely to be employed in the rice and rubber smallholding sector, while Indian women were largely working in the rubber estate sector.

The generations of Malaysians that came of age in the 1970s, 1980s and 1990s, were much less likely to follow their families into the agricultural sector.

With greatly expanded educational opportunities and rapid growth in manufacturing and the public sector employment, younger workers found new jobs in almost every occupation except agriculture. This was particularly true for women.

The average occupational status of young employed Malay women jumped by 20 points from 1970 to 1990. The gap between Malay and Chinese men narrowed, and the ethnic gap between Malay and Chinese women all but disappeared.

The one group that remained behind was Other Bumiputera. Orang Asli men and women are at a high risk of becoming an economic underclass in the rapidly modernising Malaysian economy. Malay men are now on par with Indian men, and Indian women are behind all groups except the Orang Asli.

There remains a small, but significant, advantage of Chinese men relative to Malay men of about 3 points on the occupational status scale.

More detailed study has shown that ethnic parity (between Chinese and Malay men) was evident in the late 1990s in all white collar occupations that have educational requirements, such as professional, associate professional (including technicians), and clerical positions.

Chinese men are, however, slightly more likely than Malay men to be employed in managerial and craftsmen occupations. The occupations are disproportionately in small firms that hire through kinship networks.

Malaysia has made enormous economic strides in the last four decades.

A favourable international climate, an insatiable demand for manufactured goods from Western countries, and huge government investments in education and infrastructure (largely fueled by oil revenues) have created a full employment economy and remarkable reductions in the Malay-Chinese gaps in occupational inequality.

These patterns are most evident for young women. However, some goals of the NEP have not been realised. The Orang Asli community, tragically, is as far behind today was it was in 1970.

The NEP assumed, perhaps too optimistically, that ethnic equality would lead to greater integration and mutual understanding.

The future challenge for Malaysians of all ethnic communities is to create a more integrated and compassionate society where ethnic diversity can be celebrated as a national resource and not as a point of division.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved