Sabtu, 14 September 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR

Posted: 13 Sep 2013 05:13 PM PDT

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

 

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang

Posted: 13 Sep 2013 04:29 PM PDT

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di belakang Taman IKS Bukit Minyak, dekat sini ketika ditemui berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka memandangkan harapan yang disandarkan kepada Umno dan BN bagaikan menanti buah yang tidak gugur.

Rata-rata penduduk dengan 52 keluarga itu merupakan ahli dan penyokong tegar Umno sejak beberapa generasi.

Pengerusi Badan Bertindak Kampung Tok Subuh, Hamidah Che Embi (gambar) menjelaskan, ugutan  pihak pemaju menyebabkan 20 keluarga terpaksa berpindah dengan pampasan antara RM7,000 hingga RM40,000.

Imbuhan sebanyak itu tambahnya, tidak memadai untuk mendapatkan rumah ganti tempat berteduh.

"Mana boleh diberikan pampasan sekadar itu sedangkan penduduk rata-ratanya susah. Lagipun mereka adalah peneroka awal sejak 1980-an ketika kawasan ini adalah hutan dan lembah," tegasnya.

Beliau berharap kerajaan negeri mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk bukan menolak usaha pembangunan yang dirancang namun mengharapkan pampasan seperti rumah dan tanah di kawasan berdekatan.

Seorang peneroka awal, Shahrom Salimi, 60, terkejut mendapat surat arahan daripada peguam pemaju supaya merobohkan rumah yang telah didiami sejak 30 tahun lalu.

"Dulu waktu datang meneroka kawasan ini hutan rimba. Pokoknya besar antaranya pokok Saga dan Halban yang amat besar dan tinggi.  Tetapi atas usaha keras ramai peneroka yang datang dari serata tempat akhirnya menjadi sebuah kampung, " ujarnya.

Mohd Yusuf Dollah, 76, pula berkata, setelah pencen dari bekerja di Kilang Bijih di Butterworth sekitar tahun 1995 beliau terus meneroka dan tinggal di sebuah bangsal usang.

Beliau masih ingat sambungnya, bagaimana terpaksa berhadapan dengan kesukaran menebang pokok  besar termasuk terserempak dengan binatang buas.

"Waktu itu amat menakutkan jika tak kuat semangat atau keras hati dah lama lari sebab kena tebang pokok besar-besar serta berhadapan dengan binatang buas.  Ular sawa tu biasalah bagi kami," ceritanya.

Ekoran kejadian arahan keluar itu, ramai pihak tampil memberikan bantuan termasuk mengatur pertemuan dan perbincangan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Machang Bubuk,  Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Menteri, Dato' Abdul Rashid Hasnun, Pemangku Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad dan badan bukan kerajaan (NGO) Rumah Ganti Rumah (RUGAS), Zolkifly Md Lazim.

 

 

PM: Lima langkah perkasa ekonomi Bumiputera

Posted: 13 Sep 2013 02:30 PM PDT

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi Mara, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2. Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, Umno sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif Umno, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

5. Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7. Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.

8. Semasa Perhimpunan Agong Umno Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

13. Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15. Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.

16. Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

17. Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.

Read more at : http://www.sinarharian.com.my/pm-lima-langkah-perkasa-ekonomi-bumiputera-1.202024

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved