Jumaat, 30 Ogos 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Muhyiddin bakal senasib Ghafar Baba?

Posted: 29 Aug 2013 10:51 AM PDT

Walaupun belum membuat pengumuman rasmi jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.

Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihan raya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Walaupun masih ada mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman jawatan bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang.

Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik bos mereka itu.

Selain Munyiddin tidak mempunyai cukup kekuatan dan rangkaian dalam Umno untuk menandingi Najib, sebab lain yang menyebabkan terencatnya hasrat Muhyiddin itu ialah kerana sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir yang tidak betul-betul jelas memihak kepadanya.

Jika sebelum pilihan raya lalu, Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Najib akan tergugat jika gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sebaliknya selepas pilihan raya yang menyaksikan bukan saja Najib gagal memperolehi dua pertiga, bahkan lebih teruk daripada keputusan 2008 tetapi pendirian Mahathir nyata mengejutkan. 

Beliau bukan saja menyokong kepimpinan Najib diteruskan, malah menyifatkan tiada pengganti yang sesuai untuk mencabarnya. Ini bukan saja mengecewakan Muhyiddin dan penyokongnya tetapi seolah-olah meletakkan Muhyiddin tidaklah lebih baik daripada Najib di mata Mahathir.

Berbanding layanan buruk yang diterima Mahathir pada zaman Pak Lah, Najib nyata mengambil pendekatan berbeza. Beliau kekal memuja dan menjadikan Mahathir sebagai orang paling dihormatinya. Selain menjadikan anak Mahathir iaitu Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Najib juga tidak begitu memberi respon terhadap pandangan Mahathir yang berbeza dengan dasar yang diperkenalkannya.

Najib cuba menjaga hati Mahathir dengan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada dilihat bergeser atau berbeza pendapat yang boleh dijadikan modal memperbesarkan itu perbezaan antara kedua mereka.

Sehingga ini ternampak bahawa Najib berjaya menjinakkan Mahathir daripada bermusuh atau dilihat bermusuh dengannya. Dalam masa sama, harapan Muhyiddin untuk menjadikan Mahathir sebagai rangsangan untuk beliau mencabar Najib seakan-akan sudah berakhir. 

READ MORE HERE 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved