Khamis, 18 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Alvin Dan Vivian Akan Hadir Di Bukit Aman

Posted: 16 Jul 2013 04:41 PM PDT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pasangan itu akan hadir bersama peguam mereka.

"Mereka hanya memaklumkan kepada polis untuk serah diri di Bukit Aman, namun cubaan anggota kami untuk menghubungi mereka gagal," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan apabila memuat naik gambar sedang makan hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis.

 

Anak mati dalam tahanan

Posted: 16 Jul 2013 10:23 AM PDT

Seorang tahanan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas didakwa mati dalam tahanan di sebuah pusat pemulihan, malam kelmarin.

Bapa mangsa, Chew Bok Seng, 60, dimaklumkan mengenai kematian anaknya, Chew Shiang Giap, 26, di pusat berkenaan pada awal pagi semalam oleh pihak polis.
 
"Saya dimaklumkan melalui telefon pada jam 2.19 pagi tadi (semalam) bahawa anak saya meninggal dunia tiba-tiba akibat sakit perut.
 
"Setiba dari Perlis sekitar jam 8.30 pagi, kami dibenarkan melihat mayat anak kami di Hospital Batu Gajah (HBG) namun apa yang menghairankan terdapat kesan hitam di bahagian bahu dan tengkuk, telinga termasuk peha mangsa dan ia amat meragukan.
 
"Tak mungkin jika sakit perut boleh meninggalkan kesan seperti itu pada anggota badan anak saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.
 
Bok Seng menambah, anaknya sebelum ini ditahan reman 60 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar kerana kesalahan dadah sebelum di bawa ke pusat pemulihan berkenaan.
 
"Ketika ditahan di Perlis, setiap minggu saya ada melawat beliau malah sebelum dibawa ke Batu Gajah, Jumaat lepas keadaan beliau sihat seperti biasa.
 
"Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan ke atas kematian anak saya untuk mencari jawapan sebenar kematian mengejut mangsa," katanya selepas membuat laporan polis di IPD Batu Gajah.
 
Sementara itu, Adun Tronoh, Yong Choo Kiong berkata, pihaknya berharap agar satu siasatan segera dapat dijalankan demi kebaikan semua pihak.
 
"Kita mohon kerjasama polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh kematian Shiang Giap yang dikhabarkan mati dalam tahanan pusat pemulihan berkenaan.
 
"Keluarga mangsa inginkan keadilan dan jawapan kepada kematian anak mereka, jadi saya harap perkara ini diberi perhatian serius," katanya.

Katanya, pihaknya juga akan membantu keluarga Bok Seng dari segi khidmat guaman sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah. 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved