Khamis, 4 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


M’sia bakal capai negara maju seawal 2018

Posted: 03 Jul 2013 10:39 PM PDT

Perdana Menteri berkata Malaysia berada di landasan betul untuk merealisasikan sasaran ini memandangkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi mula menghasilkan kejayaan yang ketara.

"Peningkatan ranking di seluruh dunia menunjukkan Malaysia semakin memperbaiki kedudukannya. Bank Dunia meletakkan ranking kita di tempat ke-12 dalam laporan 'Doing Business Report 2013′ dan tinjauan baru-baru ini menunjukkan Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seawal 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis 'Sepetang Bersama Perdana Menteri' yang disertai rakyat Malaysia di London, di Intercontinental Hotel di sini Rabu malam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan Duta Tourism Malaysia Datuk Jimmy Choo.

Najib berkata sasaran itu mustahil dicapai tanpa kerja keras semua rakyat Malaysia, baik di tanah air mahupun di luar negara.

"Diaspora (perantau) Malaysia adalah aset kita yang turut sama menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.

Najib turut menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya yang tinggal di luar negara supaya membantu Malaysia melenyapkan laporan tidak benar tentang negara ini supaya lebih ramai orang akan berminat untuk melabur atau mengunjungi Malaysia.

"Kata-kata yang baik daripada anda mengenai Malaysia sememangnya sangat dialu-alukan. Saya pasti anda pernah mengalami, dalam beberapa keadaan, apabila sahabat dan rakan setugas anda melontar komen negatif tentang Malaysia. Menjadi tugas anda, sebagai rakyat Malaysia, untuk membersihkan semula nama Malaysia." 


Read more here: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/04/msia-bakal-capai-negara-maju-seawal-2018/#sthash.HQbuhnZN.pLmjV0Fa.dpuf

 

Mesir dan kejatuhan Morsi

Posted: 03 Jul 2013 08:30 PM PDT

Morsi Diguling

Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan. Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa' Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.

Demokrasi Melampau

Adakah istilah 'demokrasi melampau?' Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir. Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau. Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden   yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi. Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.

Ikhwan Gagal?

Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan Liberal Sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong grassroot yang kuat. Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan Liberal Sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain. Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.

Masa depan Partisipasi Islamist

Istilah Islamist menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya. Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama , namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya. Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan Dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahgaian sebagai kebangkitan Islamic Fascism.  Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.

READ MORE HERE

 

Perbelanjaan Selangor mengalami defisit

Posted: 03 Jul 2013 07:54 PM PDT

Sulaiman berkata, Selangor berbelanja lebih daripada peruntukan belanjawan apabila mencatatkan defisit RM120 juta (8.65%) pada tahun
2009, dan terus bertambah RM194 juta (14.9%) pada tahun 2010, RM210 juta (13.9%) pada tahun 2011, dan RM197.2 juta (10.44%) pada tahun 2012.

Manakala bagi enam bulan pertama (Januari-Jun) 2013, defisit yang dicatatkan mencecah sehingga 46.7%.

"Berdasarkan prestasi Bajet 2009 sehingga 2011 kerajaan negeri gagal mempertahankan bajet berimbang sedangkan setiap tahun kita bangkitkan perkara ini.

"Terbukti kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri tidak teliti dalam perancangan dan penyediaan bajet negeri dan gagal kawal perbelanjaan sehingga alami defisit setiap tahun," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved