Khamis, 4 Julai 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Bank Muamalat Upah Aktivis Hak Asasi Manusia Hentam NUBE?

Posted: 03 Jul 2013 12:52 PM PDT

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQaAxCRfFjwz5OJ8K7rStxVCrDF9NmtmvID5ibTjYNSqDIGPAq5fQ 

Dalam dunia hari ini, kerana wang, segala-galanya boleh berubah sekelip mata. 

Abdul Jamil Jalaludeen 

"Rakyat Palestin adalah pengganas, bukannya pejuang!"

Tidak mustahil wujudnya pendirian seperti ini terhadap rakyat Palestin oleh orang-orang yang sentiasa tidak bersetuju dengan kaedah segolongan rakyat yang berjuang mempertahankan hak dan menentang penindasan terhadap golongan bawahan. Bagi orang-orang ini, golongan pejuang sering dilihat sebagai pengganas dan pemberontak sehingga mereka sendiri terlupa bahawa merekalah yang menciptakan fenomena ini.

Memang benarlah bahawa golongan kapitalis telah berjaya mengaburi mata dunia sehinggakan sebahagian golongan profesional dan berpendidikan tinggi pun telah buta untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Mereka diajar untuk menetapkan keputusan sebelum melakukan kajian; bukannya kajian yang menentukan keputusan. Mereka diminta hanya melihat dengan mata; bukan disertakan akal, hati dan pancaindera yang lima. Mereka dilatih untuk berperang tanpa perlu mengenali siapa musuh yang ingin diserang. Tanpa disedari, akhirnya mereka terjerat sendiri.

Dalam dunia hari ini, kerana wang, segala-galanya boleh berubah sekelip mata. Seolah-olah dunia sudah terbalik apabila aktivis hak asasi manusia sendiri mengambil pendirian untuk menghentam sebuah pertubuhan yang membela hak-hak pekerja dan asasi manusia. Mereka terperangkap dalam 'game' yang dimainkan golongan kapitalis. Hanya mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan sahaja akan terselamat dari perangkap ini.

Maka tidak hairanlah apabila Shaharul Anwar Shafie, seorang aktivis hak asasi manusia, pengasas sebuah media alternatif di internet dan perunding konsultan dalam bidang pengurusan strategik dan pembangunan sumber manusia mula mendedahkan wajah sebenar beliau sekaligus memaparkan kepincangan kredibilitinya kepada umum.

Kecelaruan pemikiran dan pendirian beliau boleh dibaca seterusnya dianalisa melalui sebuah entri di laman web KL-Today.com dan Malaysian Insider pada 1 Julai 2013 bertajuk "Rasis: Kali ini J. Solomon (NUBE) sedikit melampau - Shaharul Shafie".

Bukan sahaja ada sesuatu yang tidak difahami dan tidak dikaji secara mendalam oleh Shaharul malah beliau mungkin diberikan maklumat yang salah, tidak tepat atau kabur demi menutup kepincangan pihak yang memintanya menghentam NUBE. Antaranya;

1.        NUBE adalah sebuah kesatuan sekerja yang mewakili HANYA golongan pekerja perkeranian dan bukan perkeranian di bank-bank perdagangan. NUBE hanya berbicara dalam skopnya sahaja. Jadi, statistik yang telah diberikan NUBE berhubung jumlah pekerja kaum India di BMMB bagi Wilayah Utara hanya berdasarkan kategori pekerja perkeranian, bukannya termasuk pegawai dan pengurusan. Justeru itu, fakta NUBE kekal tepat dan relevan. 

 

Shaharul hanya melihat dengan sebelah mata apabila menuduh NUBE bersikap rasis berhubung isu ini sedangkan sikap rasis itu sebenarnya telah dimulakan oleh BMMB sendiri.

2.        Kenyataan Shaharul yang mendakwa bahawa pekerja yang dipecat itu tidak menghadiri Kursus AML/CFT dan Shariah sejak tahun 2011 adalah SALAH. Kandungan Surat Pemecatan daripada bank sendiri bertarikh 7 Jun 2013 mengesahkan bahawa mangsa ada menghadiri kursus yang sama pada 19 November 2011. 

 

3.        Tahukah Shaharul bahawa Kursus AML/CFT dan Shariah hanya perlu dihadiri pekerja sekali dalam setahun? Nama mangsa sebagai peserta telah dimasukkan dalam kursus sama yang dibuat kemudiannya pada 22 Jun 2013. Bagaimana pula beliau boleh dipecat lebih awal iaitu pada 7 Jun 2013 tanpa memberikan peluang ke-2 untuk hadir bagi tahun 2013 dalam sesi kursus seterusnya?

4.        Tahukah Shaharul bahawa pemecatan dibuat dengan melanggar prosedur rundingan penyelesaian pertikaian yang diperuntukkan dalam Perjanjian Kolektif, tidak diberikan surat amaran dan tidak menjalani prosedur siasatan dalaman? 

 

Terdapat juga beberapa persoalan yang ingin ditimbulkan dan keraguan yang wujud berhubung entri berat sebelah tersebut. Antaranya;

1.        Shaharul menafikan dirinya mewakili Bank Muamalat (BMMB) tetapi keseluruhan entrinya mencerminkan suara seorang majikan. Lagipun, terdapat maklumat sulit yang didedahkannya berhubung pekerja yang dipecat di BMMB. Bagaimana dokumen sulit pekerja boleh jatuh ke tangan awam? Adakah BMMB mengupah beliau dengan dibekalkan dokumen sulit untuk melakukan 'counter-attack' terhadap NUBE?

2.        Shaharul mendakwa Bro J Solomon gagal mendapatkan fakta sebenar berhubung pekerja yang dipecat. Adakah Shaharul sendiri ada menghubungi NUBE atau menemui Setiausaha Agung NUBE untuk mendapatkan atau mengesahkan fakta sebenar? Adakah entri beliau boleh dianggap adil, bertanggungjawab dan tidak memihak sedangkan Shaharul yang akan menamatkan pengajian dalam bidang PhD pun tidak melakukan siasatan dan kajian secara menyeluruh? 

 

3.        Shaharul menuduh NUBE lebih banyak 'berperang' dengan pihak dalam industri perbankan. Siapa yang terlebih dahulu membuat 'serangan' apabila pihak majikan sengaja melanggar peruntukan Perjanjian Kolektif (C.A.), mengelak untuk berunding, memecat secara salah, menganaktirikan pekerja-pekerja perkeranian dan bukan perkeranian dan menyokong kewujudan 'contractor for labour'? Jadi, siapa sebenarnya yang menunjukkan sikap 'permusuhan'? Wajarkah sebuah kesatuan sekerja yang bertindak mempertahankan hak-hak pekerja ahli-ahlinya dituduh sebagai 'menyerang'? 

 

4.        Shaharul menyarankan agar rundingan dibuat bersama pihak pengurusan bank. Tahukah Shaharul bahawa istilah 'rundingan bersama kesatuan sekerja' sudah tidak wujud lagi dalam kamus pihak bank? Jika tidak, mengapa pekerja BMMB boleh sewenang-wenangnya dipecat? Mengapa pula rundingan untuk C.A. yang baru menemui jalan buntu sehingga kini? Rundingan yang sebenar berlaku sebelum pemecatan, bukannya dibuat selepas itu. Pihak NUBE pula mengetahui pemecatan dibuat hanya apabila pekerja tersebut menerima Surat Pemecatan.

5.        Shaharul cuba mengaitkan NUBE dengan pembangkang? Apabila ada kata-kata dan tindakan berbaur pembangkang, dikatakannya pro-pembangkang. Apabila sebaliknya pula, dikaitkannya sebagai penyokong kerajaan. Sampai bila Shaharul harus mewarisi pemikiran sebegini? Di mana pula ruang bagi mereka yang memperjuangkan "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah"? Mereka ini pula dikatakan pro apa? Di mana pula ruang bagi mereka yang ingin menegur dan menuntut hak setelah segala saluran teguran dan rundingan ditutup rapat dan dikunci?

Adakah Shaharul sendiri terlupa bahawa Shaharul turut memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pendidikan percuma, kebebasan media dan hak bersuara yang dijuarai pembangkang? Beranikah Shaharul menafikan kesemua penglibatan ini?

Pada September 2011, Shaharul pernah menuntut Pejabat Peguam Negara menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berhubung peristiwa bersejarah Bukit Kepong. Siapa sebenarnya yang lebih jelas dilihat menyokong pembangkang? 

 

6.        Bagaimana Shaharul boleh dilantik sebagai Ketua Bahagian Asia Tenggara merangkap Wakil Malaysia bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia dan kebebasan media, Armed for the Quill (AFTQ)? Sedangkan pendiriannya jelas menyokong kes pemecatan seorang pekerja yang dilakukan secara tidak adil dan tidak menuruti 'Standard Operating Procedure (SOP)'.

Shaharul sendiri pada 23 Oktober 2011 pernah menyatakan bahawa amat penting bagi kerajaan Malaysia untuk membersihkan imej amalan demokrasi di negara ini yang dilihat sebagai membelakangkan hak asasi manusia. Adakah apabila seorang majikan mengenepikan hak asasi manusia dalam layanannya terhadap pekerja, maka Shaharul pula terus membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut?

7.        Bagaimana Shaharul sebagai seorang pengasas kepada sebuah media alternatif di internet boleh melanggar Etika Kewartawanan Malaysia yang terkandung dalam prinsip-prinsip utamanya? Antaranya Prinsip Ke-6 menyebut, "Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun;" Jika prinsip ini boleh dilanggar, maka kejujuran, keikhlasan dan sikap objektif yang ada pada wartawan seperti ini seharusnya boleh diragui.

8.        Shaharul terus membuat rumusan keseluruhan berhubung kaedah dan sebab NUBE bertindak sedangkan beliau hanya mengikuti perkembangan NUBE kira-kira sedekad (hanya 10 tahun) kebelakangan ini. Adakah dalam tempoh ini, beliau turut mengikuti perkembangan bank-bank, polisi-polisi yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan dasar-dasar negara berkaitan ekonomi dan pembangunan modal insan bukan sahaja dalam tempoh itu malah sejak tahun 1990-an lagi. Bukankah kesemuanya itu juga mempunyai kaitan dan memberi kesan terhadap NUBE? Jadi, adil ke rumusan yang dibuat beliau?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran Shaharul di tengah-tengah masyarakat yang sering ditindas, dieksploitasi dan diperhambakan amat berbahaya kepada pembangunan budaya dan pemikiran masyarakat. Dengan ijazah yang ada, penglibatannya di pentas dunia, sikap 'split personality' yang dimilikinya dan penyamaran yang dilakukannya; beliau mampu meyakinkan seterusnya menyesatkan pemikiran masyarakat hanya dengan mengajar mereka berfikir sebagaimana seorang kapitalis berfikir.

BMMB mengupah seorang professional, strategis dan berpendidikan tinggi untuk melakukan psy war dan 'counter-attack' terhadap NUBE. Sedangkan NUBE kekal dengan hanya mengunakan ahlinya yang berkelulusan rendah dan bekerja sebagai kerani sahaja untuk menjawab kembali.




Abdul Jamil Jalaludeen

Deputy President
N U B E

BOPIM to go to court if child conversion Bill is passed

Posted: 03 Jul 2013 12:43 PM PDT

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTFjc3827KwbORc_DyvER99fW5C7U5n1rmzNlNPct1j3cU4wAXE 
 
"And what is distasteful is the statement by the Deputy Prime Minister that this amendment is to be made in line with current guidelines. This is just an excuse and if there are such guidelines then they are illegal too"
 
Daniel John Jambun 
 
The Borneo Plight in Malaysia Foundation (BOPIM) has decided to take the same stance as Gerakan that if the proposed amendment to Section 107(b) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) is passed, it will go to court to sue the Federal Government.
 
The amendments, hinging on the use of the word 'parent' instead of 'parents', makes it legal for a father or a mother, or guardian, who converts to Islam, to convert to Islam his or her children below the age of 18.
 
The President of the UK-based foundation, Daniel John Jambun, said in statement here that this decision is based purely on the pursuit and preservation of justice for non-Muslims in Malaysia which is guaranteed by the Federal Constitution.
 
Jambun said that this Bill is in direct contravention of the Constitution, and for Sabahans, it is another violation of a promise made before Malaysia Day in the 20 Points which states in Point No. 1 that "... there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo."
 
"And what is distasteful is the statement by the Deputy Prime Minister that this amendment is to be made in line with current guidelines. This is just an excuse and if there are such guidelines then they are illegal too," Jambun said. "The other nonsensical defence is by Perak Mufti Harussani Zakaria who said that the Bill was only formalizing a standard practice which was agreed upon 'since Merdeka Day'. This is actually an admittance by the Mufti that there has been such an illegal and unconstitutional practice since 1957."
 
Jambun accuses the Mufti of twisting facts when he said that non-Muslims complaining about the Bill "only want to incite hatred towards Muslims."
 
"On the other hand I would say that, this Bill is purposely made in bad faith, to deny more human rights of non-Muslims in Malaysia, and in doing so, it incites great disappointment and frustration among non-Muslims," Jambun said. "And when we try to protect our rights we are accused of inciting hatred. This is pure hypocrisy expressed in reverse psychology! But we are not stupid!
 
"I salute Dompok for his strong stance in objecting to Bill saying that it runs counter to the Government's transformation plans, especially the 1Malaysia concept of acceptance, inclusiveness and moderation. And I hand over BOPIM's applauses to  the Roman Catholic Bishop Paul Tan Chee Ing for describing the Bill as a 'flagrant violation of the equality of persons' provisions of the federal constitution'."
 
The latest to voice opposition to the Bill came yesterday from Minister in the Prime Minister's Department Paul Low who demanded that the provision under Clause 107B be struck off because "it is fundamentally unjust as it denies the rights of one parent on the welfare of his or her children, and the children are also denied the protection of their right to receive guidance from both parents as to their well-being."   
 
"I also agree that there may be a hidden diabolical intent in the whole move," Jambun said. "Let's be aware that under the Guardianship of Infants Act which applies to non-Muslims, both parents are equal guardians of their children and have equal parental rights. However, under Syariah laws in Malaysia, fathers are the guardians of minor children – not the mothers.
 
"This proposed law then is one which will rob children of their human right to choose their religion when they reach 18 years of age," Jambun added. "And it seems that this is intended as another diabolic agenda to suppress non-Muslims."
 
Jambun was also highly critical of the other Christian KDM leaders in the Federal Cabinet who are keeping mum on the issue.
 
"These leaders were voted into office by their constituents to protect their rights and to speak on their behalf. But why are they playing dumb?" Jambun demanded. "Why is Dompok the only KDM BN leader speaking for the non-Muslim KDMs? Have the other KDM leaders decided to go into another dumb and dumber act, fearing for the security of their favours in BN?
 
"This has been the attitude and cowardly character of most leaders from Sabah since 1963, and this is the real reason we are in this situation where we continue to be bullied by Peninsular leaders who take us for granted. They still believe we are too scared to speak up for our rights," Jambun said. "And these leaders are proving that this assumption is right."

Membership Terminated

Posted: 03 Jul 2013 12:40 PM PDT

Reason: Making wild and baseless accusations against the Party, and unfounded claims about illegal voters at the Party Congress 2012.

Tan Kok Wai 

The DAP hereby informs that the membership of the following persons have been terminated with effect from 2 July 2013:

1. David Dass a/l Aseerpatham
2. Richard a/l Francis Soosay
3. Karthiyaini a/p Selvaraj

The actions of the three have tarnished the Party's reputation and constitute a severe breach of discipline.

However, pursuant to Clause VII paragraph 3 of the Party's Constitution, all six have fourteen (14) days from the date of their termination letters, to appeal in writing against the decision to the Party CEC.


Tan Kok Wai
Chairman
DAP Disciplinary Committee

 

Gordon Brown's sister-in-law deported from Malaysia

Posted: 03 Jul 2013 12:27 PM PDT

O9xjeaJG1M4 

The Bruno Manser Fund has been informed that Clare Rewcastle Brown, the editor of Sarawak Report and Radio Free Sarawak has been deported from Kuching, Sarawak, today, on orders from Sarawak Chief Minister Taib Mahmud's office.

Clare Rewcastle, who has been awarded the International Press Institute's Free Media Pioneer Award 2013, was on the way to Kuching to defend herself in a libel case brought against her by a crony of the Taib government.

Clare Rewcastle told the Bruno Manser Fund that she arrived at Kuching airport at 11:45 a.m.local time on Wednesday on an Air Asia flight from Singapore. She was awaited by her lawyers at the gate who accompanied her to immigration. Despite earlier assurances given by the Malaysian officials that she would be allowed to enter the country, Clare Rewcastle was told by immigration officials that she was on the so-called NTL ("not-to-land") list. The former BBC journalist was immediately brought to a confinement room at the Kuching airport and escorted to the next flight to Singapore.

She was told that she was banned from entering Sarawak under section 65 (1) (A) of the Immigration Act 1959/63 without any further reason being given. However, several officials mentioned that she had been banned under instructions form the Chief Minister's office. Clare Rewcastle, who is married to a brother of former British Prime Minister Gordon Brown, is currently on the way back from Singapore to London.

According to Clare Rewcastle, a well-known Malaysian politician from Taib Mahmud's party had filed a court action in Kuching against her as the responsible editor of Sarawak Report, with the aim of obtaining an out-of-jurisdiction-order for an alleged libel offence. "It has been drawn to my attention that there is a general convention within the English court system to enforce a judgement by a Commonwealth Court. I believe they are seeking to abuse the system by achieving a kangaroo court judgement in Sarawak and seeking to enforce that in the UK."

The Bruno Manser Fund protests against this latest barring of a human rights activist upon entering Malaysia. Earlier this year, Australian Senator Nick Xenophon had been deported from the Malaysian capital, Kuala Lumpur, in a similar way. In 2011, Malaysian authorities deported French human rights lawyer William Bourdon who had been taken on by a local NGO in a high-profile corruption case. Under Chief Minister Taib Mahmud, Sarawak has become a prohibited zone for a number of Malaysian human rights activists, including Ambiga Sreenevasan, the co-chair of the Bersih movement for free and fair elections.

The Bruno Manser Fund calls on the British government to formally protest against the unacceptable banishment of Clare Rewcastle Brown from Malaysia and calls on British Prime Minister David Cameron to bring up the issue tomorrow in his meeting with Malaysian Prime Minister Najib Razak.

A video statement by Clare Rewcastle on today's incident can be accessed under:
http://www.youtube.com/watch?v=O9xjeaJG1M4&feature=youtu.be

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved