Selasa, 4 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan

Posted: 03 Jun 2013 06:47 PM PDT

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh (gambar) berkata wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.
  
Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya dalam satu kenyataan.
   
Polis turut meminta individu bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil membantu siasatan.
   
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berasingan berkata wanita berkenaan ditahan hasil kerjasama suruhanjaya itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.
 
"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata suruhanjaya itu yang turut meminta rakan-rakan suspek tampil membantu siasatan.
   
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa menurut Akta Hasutan 1948, kata SKMM.
   
SKMM menegaskan suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi diraja Malaysia.
   
Beberapa laporan polis dibuat selepas komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena hari keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. 

 

Khalid dakwa Malaysiakini sensasi artikel pelantikan Exco S’gor

Posted: 03 Jun 2013 06:02 PM PDT

Khalid menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan mengenai kelewatan pelantikan anggota Exco kerajaan negeri oleh sebab untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Dalam artikel saya (pada 20 Mei lepas), saya tidak tuduh Istana atas kelewatan dan saya tidak salahkan mana-mana pihak," katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata tulisannya itu hanya menjelaskan mekanisme pelantikan Exco kerana ada yang mendakwa Pakatan Rakyat bergaduh dalam menentukan siapa anggota exco kerajaan negeri.

"Kami tidak tergesa-gesa (dalam pelantikan Exco) kerana Pakatan Rakyat sudah menang selesa pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Ini Malaysiakini sengaja nak sensasikan menyebabkan pihak Istana mengeluarkan kenyataan bahawa saya telah menyalahkan Istana," katanya.

Sehubungan itu, Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berharap Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani membaca artikel asalnya dalam blog beliau bagi mendapatkan kebenaran mengenai kenyataannya itu.

Dalam blognya 'Khalid Samad', beliau menyatakan bahawa pihaknya difahamkan Sultan Selangor ingin melihat anggota Exco terdiri daripada enam Melayu dan empat bukan Melayu berbanding pada 2008 anggota Exco terdiri daripada lima Melayu dan lima bukan Melayu.

Pada Khamis lepas, Mohamad Munir dalam kenyataan media menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Selangor ialah  kerana Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat perkenan Istana selepas kembali daripada rawatan di luar negara.

Justeru itu, kata Mohamad, tohmahan kononnya kelewatan pelantikan Exco ialah bagi memenuhi kehendak Sultan Selangor adalah tidak benar, dan beliau mengingatkan semua pihak agar tidak mengheret pihak Istana dalam hal ehwal politik bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap Sultan Selangor.

 

Melayu mungkin cari ‘jaguh’ baru jika Umno tidak bersihkan parti, kata Dr M

Posted: 03 Jun 2013 04:39 PM PDT

Dalam tulisan diblog bertajuk, "Umno dahulu dan sekarang", bekas presiden Umno itu mengatakan kemenangan tipis gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak boleh dikreditkan kepada peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana orang Melayu takut kehilangan hak dan kedudukan istimewa mereka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa persekutuan dengan rakan kongsi parti majoriti Cina, DAP.

"Seburuk-buruknya Umno, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.

"Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain," tulis Dr Mahathir di www.chedet.cc.

Dr Mahathir yang berumur 87 tahun itu dilihat masih berpengaruh dalam parti tulang belakang BN, memberi amaran kepada pimpinan, Umno ditubuhkan pada 1946 dengan asas untuk mempertahankan kaum Melayu, Islam sebagai agama dan negara dari penjajahan asing.

Ini adalah sebab-sebab utama menyebabkan orang-orang Melayu dari negeri-negeri berasingan dan Raja-Raja yang berbeza berjuang bersama-sama, katanya dan menggesa mereka untuk kembali ke asas Umno.

Beliau mengatakan pemimpin-pemimpin Umno dahulu telah berjuang dengan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan diri sendiri menyebabkan mereka dihormati oleh orang-orang Melayu, ramai yang menyertai parti dan memainkan peranan aktif tidak kira tahap pendidikan dan taraf sosial.

Tetapi, Dr Mahathir berkata, parti itu sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah "meluat dengan Umno" yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka.

Beliau juga menuduh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan menyekat kemasukan orang Melayu lebih berbakat daripada mereka ke dalam parti itu kerana takut kedudukan mereka akan diambil, menyebabkan kumpulan pemimpin-pemimpin yang berkelayakan semakin mengecil  di peringkat parti, serta dalam pemilihan calon-calon pilihan raya.

Langkah itu, katanya, akhirnya akan membawa kepada kepimpinan lemah dalam kerajaan.

READ MORE HERE

 

Apa lagi kaum India dalam PKR mahu?

Posted: 03 Jun 2013 02:25 PM PDT

Pada 31 Mei 2013, saya sedang minum bersama-sama seorang rakan di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam dan berpeluang mendengar (baca: mendengar tanpa masuk campur) perbualan sekumpulan ahli PKR.

Untuk berlaku adil dan objektif serta tidak menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa, saya paparkan intipati perbualan mereka berdasarkan catatan yang saya buat semasa sesi minum teh itu.

Kumpulan berkenaan ternyata tidak berpuas hati kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam "tercicir" daripada senarai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang diumumkan sehari sebelum itu.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini memang ada kempen besar-besaran oleh sekumpulan "orang dalam" yang tidak mahu Ketua Cabang PKR Kota Raja dan Ahli Biro Politik PKR itu memegang jawatan Exco bagi penggal kedua.

Menurut laporan media (15 Mei), kempen itu diterajui Dr S. Streram (Petaling Jaya Selatan), P. Maniam (Hulu Selangor), S. Murali (Puchong), Anthony Dass (Kota Raja), P. Krishnasamy (Klang), Dr Neduchelian (Kapar), M. Jayabalan (Lembah Pantai), S. Balan (Subang) dan P. Thiagarajan (OMS).

Sekumpulan penyokong tegar Xavier yang saya temui di restoran itu pula ternyata mempersoalkan mengapa Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa K. Rasiah yang juga Ahli Parlimen Subang berdiam diri apabila Xavier tidak dilantik sebagai Exco.

Mereka turut mempersoalkan mengapa tidak ada Exco kaum India dari PKR. Saya begitu teringin untuk masuk campur dan bertanya berapa ramaikah sebenarnya ADUN kaum India daripada PKR di Selangor. Bagaimanapun saya memilih untuk berdiam diri sahaja dan terus mengikuti perbualan mereka yang amat rancak dan bertenaga.

"Punca utama semua ini berlaku adalah kerana perpecahan dalam kalangan kaum India dalam PKR. Ada kumpulan yang terang-terangan tidak mahu Xavier jadi Exco. Hujah pihak tertentu bahawa pemilihan Exco dibuat berdasarkan formula 6:4 yang dikemukakan oleh Sultan Selangor hanyalah alasan untuk menutup hakikat sebenar," kata seorang peserta dalam perbincangan itu.

Perbualan mereka terus melompat sebentar kepada isu pelantikan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka berhujah bahawa seorang "pengkhianat bangsa dan negara" dilantik oleh Perdana Menteri dan pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Bayangkan kalau PR telah menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan Anwar Ibrahim bakal jadi Perdana Menteri. Kalau Agong tidak mahu perkenan, apa yang akan berlaku? Tapi sekarang, dalam isu Xavier, dengan mudah sahaja orang beri alasan bahawa ia ada kaitan dengan Sultan Selangor," kata seorang pemuda.

Kumpulan yang rancak berbual sambil makan dan minum di restoran itu berulang kali menyebut nama Surendran dan Sivarasa. Memang kedengaran amat sinis apabila mereka berhujah bahawa kedua-dua peguam itu tiba-tiba sibuk setiap kali ada pemuda kaum India mati di dalam lokap tetapi hanya membisu dalam isu Xavier tidak dilantik menjadi Exco.

READ MORE HERE

 

SKMM tahan suspek hina Agong di Facebook

Posted: 03 Jun 2013 02:16 PM PDT

SKMM dalam satu kenyataan ringkas awal hari ini berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM telah berjaya menahan suspek yang merupakan seorang wanita bagi siasatan lanjut.

"Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata Timbalan Pengarah, Komunikasi Strategik SKMM Rahayu Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.

Agensi berkenaan turut berkata wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika disabitkan kesalahan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut menggesa rakan-rakan suspek tampil bagi membantu penyiasatan mereka.

"SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia."

Pemuda Umno juga melalui ketuanya, Khairy Jamaluddin semalam menggesa SKMM bertindak tegas terhadap individu yang menghina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook.

Khairy berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu diambil kerana ia melampaui batas.

"Pemuda Umno memandang serius beberapa 'posting' yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah 'posting' dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab," katanya

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved