Sabtu, 22 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


The Chinaman's REAL dilemma

Posted: 21 Jun 2013 03:03 PM PDT

Be that as it has been from a former judge who has lost his moral direction, we know that there'll be further 'incoming' for the Chinese - 'incoming' being an American military word for enemy artillery barrage which for the Chinese Malaysians would be UMNO sources and their politicized anti-Chinese rants.

Let me tell you what has been and is the real Chinaman's dilemma. But to do so, I need to step back a few decades in time, at least briefly.

Because Chinese like Jews all over the world have had pogroms against them from time to time, they (the Chinese, not the Jews) prefer to lie low amidst the political landscape of wherever they sought domicile.

This political evasiveness or if you prefer, political abstention manifested in the notorious all-day-all-night long mahjung games on Malaysian election days wakakaka, is quite the opposite of what Indians do.

My Unc who studied in UK for many years told me at one time, around the 70's, there was strong anti Indian feelings among Britons just as there was recently in Melbourne, Australia, but relatively nothing much against the Chinese, both in Britain during the 70's and Melbourne, Australia at the time of the anti-Indian outbreaks.

Maybe it's because Indians have been and are very politically conscious and active (could this be linked to the domination of Indians in the field of law?) that they brought themselves to public prominence which gained for them the full attention and force of local bigotry?

Incidentally, pogrom is a word of Yiddish-Russian origin, testifying to the regular and frequent persecution of the Jews in Europe (particularly in Russia, Poland, Germany, etc) that such a word worked itself into the English vocabulary.

Similarly, the overseas Chinese, also a race frequently bashed around by the majority ethnic groups in various countries, have such a tragic word to describe the regular anti-Chinese pogroms. That word is p'ai-hua meaning 'The Driven Out'.

Oh, now that we have mentioned p'ai hua, someone who was once in UMNO, wakakaka, was very vocal in telling his Heartland crowd that the Chinese should balik Tiong Sun (China).

Okay ... back on track, Chinese Malaysians had been lying (politically) low for decades because of two factors: firstly, as mentioned they didn't want to bring the attention of the mainly Malay local authorities to themselves, and secondly, I believe there could be an atavistic belief among at least the older Chinese Malaysians that Malaya-Malaysia was/is not their land, a subconscious impression enforced through regular drilling into their barb-wire haired head by UMNO that they were/are pendatangs (despite sacrifices of Chinese soldiers and policemen), so why would/should they bother to participate in local politics. Aha, the allure of mahjung becomes more pronounced, wakakaka.

Politically, they quietly worked out a voting strategy of sending federal opposition parties like the Socialist Front and (from 1969 onwards) DAP and its late 60's to early 70's allies (PPP, Gerakan) to federal parliament to 'make mucho noise' for Chinese interests while voting Perikatan-BN into the state Assemblies to ensure continued federal-founded developments for their state.

The strategy had been employed for years except in the 1969 general elections but ceased since 2008.

Prior to 2008, when push comes to shove, they preferred a BN-UMNO government, hence 1999 and 2004 saw Chinese tsunamis for (not against) BN-UMNO.

I have to say that someone saved by these Chinamen in 1999 has been terribly ungrateful, while having the brazen thick-skinned face to condemn the Chinese today. It's the same volte-face treachery practised against the Malay rulers, who were slapped in their royal face in 1991 but Godzilla-ishly ampu today by the same group of treacherous traitors.

Anyway, I believe two principal reasons convince the Chinese Malaysians today to cease the strategy of 'making noise in the East while behaving with decorum in the West'.

READ MORE HERE

 

Putera Mahkota Baru Dunia Niaga

Posted: 21 Jun 2013 02:31 PM PDT

Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess
 
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Daripada Pemandu Kepada Tuan

Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran.
 
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan "Little India" di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D'cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.

Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai "memangku" aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D'Cruz.

Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D'cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.

Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.

(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).
 
 
 

#black505 Sambut Baik Kerjasama Polis, Sediakan Bantuan Perubatan Yang Mencukupi

Posted: 21 Jun 2013 10:21 AM PDT

Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam. Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya).

Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu, seperti yang dilaporkan oleh laman FreeMalaysiaToday sebentar tadi.

Pada masa yang sama, sekretariat penganjur telah duduk berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.

Saya mengambil pandangan bahawa sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat. Oleh yang demikian, keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu.

Langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:

Read more at: http://rafiziramli.com/2013/06/black505-sambut-baik-kerjasama-polis-sediakan-bantuan-perubatan-yang-mencukupi/ 

Hak ahli PAS, setakat mana diraikan

Posted: 21 Jun 2013 10:13 AM PDT

Saya merujuk kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang menolak pandangan saya bahawa Husam Musa adalah pemimpin yang sesuai menerajui parti PAS sebagai Presiden pada masa depan. Beliau mengambil pendekatan bahawa PAS perlu dipimpin oleh seorang ulama kerana hanya kepimpinan ulama sahajalah yang boleh menjaga kepentingan parti yang berteraskan perjuangan Islam.

Saya bersetuju bahawa seseorang pemimpin PAS itu mestilah seorang ulama. Saya juga berpendapat semua ahli PAS itu adalah `ulama' dalam konteks erti ulama yang lebih luas.

Mereka ini semua mahukan politik negara ditadbir dengan berteraskan prinsip agama suci kita, Islam. Semua ahli PAS memperjuangkan Islam. Sebab itu mereka masuk PAS. Bila seseorang itu layak menjadi ahli dalam parti tersebut maka dia sudah diterima sebagai seorang `ulama'. Sekali gus semua ahli PAS layak menawarkan diri sebagai pemimpin parti tersebut.

Hak ahli untuk memilih dan dipilih, mengundi dan diundi, ada dalam Perlembagaan PAS itu sendiri. Bukankah kesamarataan hak ahli merupakan syarat utama yang perlu kita akur sebelum sesebuah parti politik itu diluluskan pendaftarannya  oleh Pendaftar Pertubuhan?

Ini yang berlaku sekarang. PAS adalah sebuah parti yang mempunyai berbagai lapisan pemimpin. Majlis Syura Ulamanya dipimpin oleh seorang Mursyidul Am, dan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa Harian Pusat dipengerusikan oleh Presiden.

Bolehlah dikatakan semua pemimpin dan pucuk pimpinan ini seperti Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan mahukan pentadbiran negara yang berasaskan Islam. Begitu juga dengan Husam Musa. Kalaulah mereka ini semua dianggap bukan ulama, masakan mereka boleh jadi pemimpin parti.

Husam Musa telah pun dipilih sebagai Naib Presiden, sepertilah juga Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Barangkali pakaian dan janggut mereka sahaja yang tidak sama dengan golongan ulama lain dan mungkin kelulusan akademik atau profesional mereka lain daripada Harun Taib dan Nik Amar Nik Abdullah. Tetapi mereka  tidak kurang kesesuaiannya sebagai pemimpin.

Alangkan anehnya parti PAS ini sekiranya seseorang itu, seperti kawan lama saya Mat Sabu, hanya layak memegang jawatan Timbalan Presiden (dan tidak digelar `ulama') tetapi tidak layak memegang jawatan Presiden.

Kalaulah ini caranya parti memilih pemimpin maka ia bukan sebuah parti yang boleh maju kerana hak setiap ahli PAS itu seolah-olah ada`hadnya', iaitu ke tahap mana dia dilayakkan atau dibolehkan memimpin. Had atau jawatan paling tinggi itu pula ditentukan oleh kumpulan lain dalam parti, bukan oleh ahli-ahli secara keseluruhannya.

Read more at: http://zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=392&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved