Sabtu, 22 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pergeseran Wahbi-Syiah dalam PAS

Posted: 21 Jun 2013 01:55 PM PDT

Pergeseran yang sedang berlaku dewasa ini bolehlah disifatkan seperti bibit-bibit perpecahan kerana kalau tidak dibendung segera maka ianya berpotensi untuk mencetuskan api permusuhan.

Zainal Abidin Nor, FMT

Silap hari bulan, pergeseran di antara ahli-ahli PAS yang menyokong fahaman Wahbi dan ahli-ahli PAS yang pro-Syiah, boleh mencetuskan konflik dalam PAS, na'uzubillah min zalik.

Mungkin para pembaca akan bertanya kenapa penulis tidak menggunakan tajuk "Pergeseran Sunni-Syiah dalam PAS". Penulis sengaja memilih tajuk ini kerana perkataan Wahbi lebih tepat digunakan kerana Wahbi menganggap para pengikut Syiah sebagai "musuh" sedangkan umat Islam secara keseluruhan atau lebih tepat umat Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak bersikap sedemikian.

Pergeseran yang sedang berlaku dewasa ini bolehlah disifatkan seperti bibit-bibit permusuhan yang muncul di peringkat awal kerana kalau tidak dibendung segera maka ianya berpotensi untuk mencetuskan api permusuhan.

Pucuk pimpinan PAS perlu melihat perkara ini dari sudut yang neutral, tidak memihak dan berfungsi sebagai timbangtara (arbitrator) atau penasihat dalam menangani isu ini, sebaik-baiknya sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke 59 di Kuala Lumpur pada November depan. 

Kita khuatir jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan memainkan isu ini untuk melaga-lagakan dua kumpulan 'kecil' ini dalam PAS bagi kepentingan politik mereka dalam parti.

Timbulnya perbalahan di antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (waktu itu belum ada golongan Wahbi) dengan Syiah atau dikenali sebagai pengikut Ahlul Bait (pendokong dan pencinta keluarga Rasulullah SAW) sebenarnya dapat dikesan sejak zaman baginda masih hidup lagi.

Namun perpecahan umat Islam menjadi lebih ketara selepas baginda wafat dan berlakunya pemilihan pengganti Rasulullah SAW di Saqifah Bani Saidah, Madinah di mana umat Islam pada ketika itu terdiri daripada golongan Ansar (Aus dan Kazraj) berkumpul dan kemudian disertai oleh golongan Muhajirin.

Satu golongan dari umat Islam berpendapat jawatan khalifah perlu dilantik oleh umat Islam sendiri manakala sebahagian kecil yang lain menganggap jawatan khalifah telah ditetapkan dan dipilih oleh Allah.

Maka terbentuklah dua golongan umat Islam; yang satu memilih Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah yang pertama dan satu golongan lagi para pengikut Saidina Ali bin Abi Talib yang menganggap beliau adalah pengganti Rasullah SAW yang ditunjuk oleh baginda sendiri.

Golongan yang menyokong Abu Bakar disebut sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan golongan yang lebih kecil bilangannya disebut Syiah. Namun begitu, perkataan Ahli Sunnah atau Sunni itu diwartakan semasa pemerintahan Muawiyah bin Abi Suffian.

Fahaman Wahbi ini muncul kemudian yang diasaskan Muhammad bin Abdul Wahab yang membawa reformasi dalam Islam di Arab Saudi pada abad ke 19 dan berkembang dengan pesat di negara yang kaya minyak itu.

Beliau menggali ilmunya daripada Ibnu Taimiyyah (meninggal tahun 728 Hijrah) dan Ibnu Qayyum Al Jauzi (meninggal tahun 751H) hingga kepada Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal tahun 241H), salah satu pendiri mazhab yang empat. Para pengikut Wahbi juga disebut sebagai golongan Salafi.

Bermusuhan

Berbalik kepada pergeseran di antara dua golongan, Wahbi dan Syiah dalam PAS, perselisihan mereka ini sebenarnya memang wujud dan kita khuatir ianya berkembang hingga boleh menyebabkan ahli-ahli PAS bermusuhan sesama sendiri.

Kewujudan puak Syiah dalam PAS yang lebih kecil bilangannya berbanding Wahbi, telah menimbulkan kerisauan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli akar umbi tetapi termasuk juga beberapa pemimpin PAS.

Seorang ustaz yang bertugas sebagai pensyarah di universiti tempatan yang berasal dari Kedah memberitahu, pengikut Syiah dalam PAS di Kedah semakin bertambah dan suasana ini amat membimbangkan.

Menurut sumber, beberapa pemimpin PAS di Kedah cuba menyekat perkembangan ajaran Syiah dari merebak dengan lebih luas dan pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghalang dan menyekat perkembangannya.

Masalah yang mendepani PAS ketika ini, jika kita menganggapnya sebagai satu masalah, ialah beberapa pemimpin PAS juga tertarik dengan fahaman Syiah yang dianggap lebih tepat dan pragmatik untuk dianuti.

Kalau pengikut Ahli Sunnah menganggap mazhab yang mereka anuti adalah mazhab Islam yang sebenar maka orang-orang Syiah juga menganggap mazhab mereka adalah mengikut Islam yang sebenar.

Kalau Ahli Sunnah mempunyai bukti dan dalil yang kukuh berhubung pegangan aqidah mereka maka pengikut Syiah juga mempunyai bukti dan dalil yang kukuh untuk mempertahankan aqidah mereka.

Usaha untuk menyekat pengaruh Syiah dari terus berkembang adalah satu usaha yang sia-sia kerana Syiah juga merupakan sekte dalam masyarakat Islam walaupun tidak dikira termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimana untuk menyekat perkembaangan Syiah kerana terdapat lebih 200 juta umat Islam yang berfahaman Syiah di peringkat global walaupun mereka masih merupakan golongan minoriti berbanding Ahli Sunnah di kebanyakan negara Islam.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved