Khamis, 13 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Cari dia hingga ke lubang cacing

Posted: 12 Jun 2013 04:29 PM PDT

Sehari dua ini dia mencetuskan kemarahan, menyebabkan ramai individu dan beberapa NGO Melayu membuat laporan polis terhadapnya. Orang seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan lepas bebas. Berani dan kurang ajar sekali dia menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa yang dituduh mengenai junjungan besar itu dalam Facebook amat menggores perasaan orang Islam. Secara peribadi, saya tidak tergamak untuk terus membaca cacian yang dimuatkan dalam dinding maya itu.

Penghinaannya terlalu berat, jelas sekali pemilik laman sosial itu berniat jahat.

Saya tidak fikir dia gila. Kalau dia tidak siuman atau sasau, pasti dia tidak boleh berkomunikasi menerusi kecanggihan maya. Sebaliknya dia sengaja memperlekeh dan memperbodohkan orang Islam, khasnya Melayu. Dia hendak menunjukkan keberanian.

Baru beberapa hari dulu kita dihangatkan dengan isu penghinaan terhadap Agong yang dibuat dalam laman sosial oleh seorang yang memakai nama Melissa Goi. Polis cepat mengesan, Goi ditangkap dan dilepaskan dengan ikat jamin. Orang menunggu apa tindakan selanjutnya ke atas wanita Cina itu.

Ketika isu menghina DYMM belum selesai, ada pula individu berani melakukan kesalahan yang lebih besar, iaitu menghina Rasulullah. Bukan gila dan bukan tidak faham sensitif agama, dia sebenarnya sengaja hendak mengusik perasaan orang Islam. Dia sengaja mencabar kita. Saya tidak fikir kita masih boleh bersabar.

Sekiranya si penghina raja boleh cepat dikesan dan ditangkap, tentu sekali pihak berkuasa dengan segala kecanggihan yang ada dapat mencari dan menangkap Calvin. Setakat rencana ini ditulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi.

Seperti yang ditegaskan menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: "Saya ingin mengingatkan setiap pengguna internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang...Facebook, Twitter dan blog boleh mencetus provokasi di negara ini."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan menghina Nabi menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baharu. "Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara," katanya.

Semua sudah mengakui bahaya, dan menegaskan penghinaan seperti itu boleh memberi kesan buruk terhadap negara. Kalau sudah tahu bahayanya, bertindaklah mengikut kewajaran dan undang-undang yang ada.

Menurut polis pula individu berkenaan dikatakan kini berada di luar negara. Pihak berkuasa menunggu ke pulangannya untuk tindakan selanjutnya. Bagi orang Islam yang rata-rata sedang marah, pihak berkuasa hendaklah tegas dalam mengheret si kurang ajar itu ke muka pengadilan.

Tidak kira di mana dia lari dan menyorok – baik di hutan atau di gua dalam negeri, di luar negara, hatta di planet lain – pasti ada keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Islam dan Nabi dihina menerusi laman sosial. Sejak sekian lama pihak musuh menyerang dan meranapkan kesucian agama dan Rasulullah menerusi rangkaian maya. Ini dilakukan – secara berlapis atau terang-terangan – bukan sahaja oleh orang luar, malah orang kita sendiri.

Kes Calvin tidak boleh dimaafkan. Inilah masanya untuk pihak berkuasa menunjukkan ketegasan dalam membendung penghasut agama. Sebenarnya kita sudah terlalu berlembut selama ini. Kita sahaja yang setiap masa mengambil hati orang lain, sedangkan orang lain tidak sedikit pun menghiraukan perasaan kita.

Kesabaran kita ada batasnya, malah kini sudah sampai kemuncaknya. Jangan melambatkan tindakan ke atas penghina Nabi. Jangan berkompromi juga kepada mana-mana individu yang menghina raja, termasuk Goi yang kini bebas atas jaminan.

Umat Islam, khasnya Melayu, mahu individu-individu biadab itu segera dihukum. Sekiranya kita terlalu banyak bertolak ansur, orang akan terus menghina dan memijak kepala kita. Kita berkuasa, kita boleh bertindak.

 

Pengusaha Bas Ekspres Desak Tambang Naik, Enggan Jual Tiket Raya Lebih Awal

Posted: 12 Jun 2013 04:15 PM PDT

Langkah itu sekiranya dipersetujui akan menyaksikan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Baru berharga kira-kira RM40 berbanding kebiasaannya RM31.10 (Transnasional).

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata syarikat bas ekspres telah bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada akhir bulan lalu berhubung kenaikan tambang bas.

Antara alasan yang dikemukakan ialah kos menyeluruh telah meningkat sebanyak 36% sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini memberi kesukaran kepada syarikat bas ekspres untuk beroperasi.

Ashfar berkata, walaupun SPAD telah mendengar rungutan mereka, keputusan mengenai kenaikan tambang bas masih belum diputuskan.

Menurutnya, jika pengusaha bas menjual tiket untuk tempoh dua bulan lebih awal, ia akan memberi kerugian besar sekiranya kadar kenaikan tambang dipersetujui.

"Jika kami menjual tiket sekarang, kami akan kerugian 30% sebaik saja kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas," katanya.

Ketika ditanya mengenai tahap keyakinan beliau sekiranya tambang bas dinaikkan, Ashfar berkata pegawai SPAD memahami kedudukan pengusaha bas ekspres dan bersikap realistik.

Syarikat bas ekspes, katanya, akan terus memberi tekanan sekiranya tambang bas tidak dinaikkan.

"Kami akan mengalami kerugian dan orang ramai tidak akan mempunyai insentif untuk menyediakan perkhidmatan tambahan," katanya.

Sebagai pendekatan sementara, Ashfar mencadangkan kepada SPAD untuk meningkatkan tambang bas sebanyak 30% pada musim perayaan.

Sebuah syarikat pengusaha bas ekspres yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pendekatan syarikat tersebut untuk tidak menjual tiket dua bulan lebih awal bergantung kepada keputusan SPAD berhubung kenaikan tambang.

"Ia akan menjadi lebih mahal untuk mengendalikan bas pada Hari Raya – kami menghantar penumpang ke kampung halaman tetapi kami mungkin ketiadaan penumpang dalam perjalanan semula ke destinasi asal. Kesesakan lalu lintas turut meningkat.

"Segalanya naik. Bas kami dan juga alat ganti.

"Gaji minimum bermaksud kami harus membayar lebih untuk kerja lebih masa, tetapi tiada siapa melihat kadar tambang bas," katanya.

Tian Chua, Nurul Izzah pula punca BN fail petisyen

Posted: 12 Jun 2013 12:57 PM PDT

Pasukan petugas khas undang-undang, yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Tian Chua yang pernah didenda kerana mengasari anggota polis telah dibenarkan bertanding oleh SPR pada pilihan raya lalu.

Menerusi petisyen tersebut, calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Katanya, Dominic turut menamakan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.

Selain itu, ujar Hafarizam, BN turut memfailkan petisyen terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di atas kenyataannya mengganggu pengundi supaya tidak mengundi calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di dalam sebuah laman portal berita.

"Kenyataan beliau itu antara petisyen yang difailkan BN kelmarin," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Hafarizam berkata, tiada tambahan lain buat masa ini untuk BN bagi mengemukakan petisyen baru memandangkan tarikh akhir memfailkan petisyen tamat semalam.

Katanya, beliau yakin petisyen difailkan BN mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar dipertimbangkan.

"Setelah mempertimbangkan dan menyaring 50 petisyen pada awalnya serta adanya bukti-bukti kukuh, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada kami," katanya. 

Wan Azizah kekal Khalid bagi kekang Azmin

Posted: 12 Jun 2013 12:25 PM PDT

Isu pemilihan Menteri Besar Selangor dan perlantikan tiga Exco 'Wanita' dari PKR memperlihatkan berlakunya pertembungan dua kem dalam PKR menjelang pemilihan pucuk pimpinan pusat PKR yang di jadualkan pada tahun depan.

Menurut sumber parti, desas desus mengatakan  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang telah menerajui parti sejak 13 tahun yang lalu kemungkinan besar akan dicabar oleh Azmin Ali, Timbalan Tresiden untuk jawatan Presiden.

Berdasarkan 'urutan peristiwa' (sequent of event) percaturan pemilihan MB dan Exco dari  PKR di Selangor, apa yang jelas ialah Wan Azizah telah memulakan langkah awalnya  dalam apa yang dipanggil penghapusan pesaing (rival cleansing).

"Mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor bagi penggal kedua ianya bertujuan mengekang  pengaruh Azmin  di Selangor," kata sumber parti.

"Khalid merupakan 'proksi' Wan Azizah bagi menghalang Azmin  menggunakan jawatan prestij  Menteri  Besar itu bagi mengugat kedudukan beliau," tambah beliau.

Ketiga-tiga Exco Wanita PKR dilihat semuanya 'orang-orang Wan Azizah'.

Ramai tertanya-tanya Haniza Talha (Adun Taman Medan yang juga bekas Timbalan Speaker penggal lepas) tidak dilantik sebagai Exco sedangkan beliau lebih senior dalam kerajaan negeri penggal yang lalu tambahan pula beliau adalah ketua Wanita PKR Negeri Selangor.

Muka baru

Sebaliknya muka baru, Adun Sementa  Dr. Daroyah Alwi , (bekas ahli majlis MBSA ) yang dilihat begitu 'mentah dan hijau' telah dilantik sebagai Exco Selangor.

"Jawapannya mudah….Haniza adalah 'orang' Azmin," kata sumber itu.

Tambah beliau, perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) sebagai Pegawai Perhubungan Politik di bawah pentadbiran MB  Selangor antara lain bertujuan 'memantau' pergerakan Azmin dan 'orang-orangnya' dan juga bertujuan untuk meraih sokongan bagi menyokong Wan Azizah dari 22 ketua cabang di seluruh  negeri Selangor yang mempunyai keahlian kira-kira 100,000 orang.

Menurutnya lagi, kes pengugguran Dr. Xavier Jayakumar sebagai Exco Negeri Selangor juga memperkuatkan hujah terhadap teori 'penghapusan pesaing.

Read more at: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/13/wan-azizah-kekal-khalid-bagi-kekang-azmin/ 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved