Khamis, 13 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sekolah Vernakular

Posted: 12 Jun 2013 04:20 PM PDT

http://www.mmail.com.my/sites/default/files/imagecache/medium/Soi%20Lek.jpg 
Di mata pengundi Cina, MCA sudah tidak laku lagi dan hanya wujud pada nama, sekaligus hilang 'locus standii' untuk berbicara tentang isu-isu bersangkutan kaum itu, apatah lagi mahu mempertahankan isu sekolah vernakular.
 
Gabungan NGO Melayu-Islam 
 
Gabungan NGO Melayu-Islam ingin mempersoalkan apakah hak Ketua Pemuda MCA untuk mengkritik pendirian kami yang mendesak supaya semua sekolah-sekolah vernakular kerajaan ditutup?
 
Walaupun Datuk Dr Wee Ka Siong menggembeleng 1,000 pertubuhan Cina untuk membuat laporan polis terhadap isu yang dibangkitkan dua hari lepas, namun kami sesekali tidak gentar dan berganjak daripada keputusan yang kami ambil sebulat.

Malah tindakan beliau mengguatkan lagi semangat serta iltizam kami untuk meneruskan perjuangan bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu di dalam satu aliran sekolah kebangsaan serta selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat Penyatuan Nasional atau National Reconciliation pasca Pilihan Raya Umum ke-13.

Kami yakin dan percaya sepenuhnya bahawa perjuangan dengan niat murni untuk menamatkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular kerajaan adalah berlandaskan kepada kehendak dan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Tindakan Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap kami adalah satu usaha terdesak demi menyelamatkan imej dan masa depan politik parti itu.

MCA sudah mati kerana telah ditalkinkan oleh semua pengundi Cina pada PRU13 lalu.
 
Daripada 37 kerusi parlimen yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional, MCA hanya mampu menyumbang empat buah kerusi.

Kalau tidak kerana undi ehsan orang Melayu, sudah tentu empat wakil MCA di Dewan Rakyat termasuk kerusi Air Hitam yang diwakili oleh Dr Wee tidak merasa untuk bergelar Yang Berhormat.
 
Di mata pengundi Cina, MCA sudah tidak laku lagi dan hanya wujud pada nama, sekaligus hilang 'locus standii' untuk berbicara tentang isu-isu bersangkutan kaum itu, apatah lagi mahu mempertahankan isu sekolah vernakular.

Mengapa apabila orang Melayu menyuarakan pendirian tegas supaya sekolah vernakular kerajaan ditutup berlandaskan Perlembagaan tiba-tiba sahaja MCA berpura-pura melenting untuk menjadi jaguh tetapi senyap menikus ketika gerakan pendidikan Dong Zhong yang amat rasis menggugut kerajaan setiap kali mereka mendesak itu dan ini berhubung sekolah vernakular.

Peruntukan beratus-ratus juta ringgit yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada sekolah vernakular selama ini hanyalah atas dasar EHSAN sahaja dan bukannya diwajibkan di bawah Perlembagaan.

Kami tegaskan sekali lagi kewujudan sekolah vernakular adalah BERTENTANGAN  dengan Perlembagaan Malaysia dan oleh sebab itu ia mestikan dihapuskan demi perpaduan dan kestabilan politik negara.

Sehubungan itu Gabungan NGO Melayu-Islam mencabar Dr Wee dan juga Biro Pendidikan Pemuda MCA untuk berdebat bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka berlandaskan kekuatan hujah Perlembagaan Persekutuan.

Butiran mengenai penganjuran debat itu akan kami umumkan melalui media minggu depan dan surat jemputan akan dihantar kepada mereka yang berkenaan.


Hidup Melayu!
Hidup Perlembagaan Persekutuan!
Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved