Selasa, 11 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


“Kalau mereka boleh boikot, saya juga akan boikot” – Pandikar Amin

Posted: 10 Jun 2013 10:44 PM PDT

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Tegasnya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk memboikot ahli Parlimen pembangkang untuk upacara angkat sumpah di hari yang lain.

"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain.

"Ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah tidak akan dibenar berada dalam Parlimen atau menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat," katanya.

Katanya, perkara boikot seperti ini belum pernah berlaku sejak Merdeka.

"Kalau ada orang yang kata itu hak mereka atas nama demokrasi, kami pun boleh boikot, timbalan-timbalan saya pun boleh boikot.

"Jika ada alasan yang boleh terima, sakit atau sebagainya, tapi takkan 89 sakit secara serentak," katanya.

Ketika ditanya, apakah tindakan yang akan dikenakan kepada ahli Parlimen yang memboikot, Pandikar berkara, perkara tersebut belum diputuskan lagi.

"Ia belum boleh diputuskan kerana ia belum lagi berlaku.

"Saya berharap perkara ini (boikot) tidak akan berlaku dan persidangan akan berjalan seperti biasa," katanya.

Sebelum ini, PR dalam beberapa kenyataannya menyebut akan memboikot Dewan Rakyat berikutan tidak bersetuju dengan keputusan PRU13 yang dianggap berlaku banyak penipuan dan tiada ketelusan.

Terdahulu, Pandikar diminta mengulas saranan NGO tertentu agar wakil rakyat PR memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan sebagai tanda memulaukan sesi Parlimen kali ini.

Bagaimanapun Pas dan DAP memutuskan untuk tidak boikot majlis berkenaan dan akan hadir seperti biasa.

Pada hari ini, hanya seorang wakil dari DAP, Er Teck Hwa hadir pada Majlis Taklimat ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen manakala 88 yang lain gagal berbuat demikian.

Walaupun tiada kenyataan khusus, tindakan ini dipercayai susulan daripada hasrat pembangkang mahu memulaukan sesi Parlimen kali ini.

 

Adik Najib dikecam NGO Islam kerana menyokong CEO AirAsia X

Posted: 10 Jun 2013 07:35 PM PDT

Semalam, Nazir yang juga merupakan Eksekutif CIMB Bank Berhad memuji Azran dengan melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.

"Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa 'Seperti kacang lupakan kulit'.

"Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka," kata Dzulkarnain Taib dalam satu kenyataan media mewakili gabungan pertubuhan tersebut.

Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir (gambar) kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak tersebut tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan.

"Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan.

"Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri," katanya lagi.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Nazir yang merupakan pembiaya utama AirAsia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.

"Itulah tanda seorang pemimpin," kata Nazir semalam semasa pelancaran prospektus AirAsia X.

Adik bongsu kepada Najib itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan telah menunjukkan 70 peratus peningkatan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007.

Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.

Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya "sombong" dan Melayu yang lupa daratan.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved