Ahad, 16 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


UAI sifatkan petisyen BN di Kelantan lawak

Posted: 15 Jun 2013 05:07 PM PDT

Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan 'kelakar'.

"Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar juga dipetik berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

"Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu.

"(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved