Sabtu, 15 Jun 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Anwar jumpa SBY hari ini

Posted: 14 Jun 2013 04:32 PM PDT

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut.

Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

"Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Sementara itu, bulan lalu Bernama melaporkan kenyataan bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin yang menjadi saksi pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

Beliau mendakwa Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya PR memenangi PRU13.

Hamid berkata, "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran PR".
   
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.
   
"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah.

"Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
    
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.
 
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen BN untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

 

Mat Sabu bermain api

Posted: 14 Jun 2013 04:24 PM PDT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut.

"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.

"Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.

Wan Junaidi menegaskan, pihaknya kesal dengan tindakan mempermain-mainkan sentimen perkauman untuk memburukkan kerajaan dan profesionalisme polis.

"Dalam hal ini, tindakan telah diambil supaya kematian-kematian dalam tahanan polis itu disiasat dan saya juga telah bertemu dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara ini.

"Selain itu, saya sendiri telah memberitahu Perdana Menteri yang kita kena kukuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," katanya.

Berdasarkan perangkaan, jumlah kematian tahanan polis yang dicatatkan adalah 64 orang Melayu, 30 orang Cina dan 28 orang India.


Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved