Selasa, 7 Mei 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


BN tidak tumbang walaupun majoriti Cina sokong pembangkang

Posted: 06 May 2013 10:13 PM PDT

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan  masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas.

"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan…malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan BN masih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.

Menurutnya, apa yang digambarkan pembangkang terutama DAP merupakan satu penipuan besar terhadap kaum Cina sehingga masyarakat itu yakin undi mereka dapat mengubah kerajaan sedia ada.

"(Ini) seperti janji pada 16 Sept (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita," katanya.

Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13  ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.

"Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang…bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas," tegasnya.

 

Sistem first-past-the-post perlu dikaji semula

Posted: 06 May 2013 10:10 PM PDT

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dengan memperolehi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, namun undi popular menunjukkan sebaliknya.

Mengikut data jumlah undian Pilihan Raya Umum (PRU13), seramai 5.62 juta (49.96%) pemilih berdaftar mengundi Pakatan Rakyat, sementara BN hanya mendapat 5.24 juta (46.53%) undi.

Manakala mengikut jumlah keseluruhan 505 kerusi DUN, Pakatan menerima jumlah undi 4.88 juta undi berbanding BN yang hanya mendapat 4.51 juta undi.

"Tetapi oleh kerana sistem FPTP maka Pakatan tak dapat jumlah kerusi majorti untuk bentuk kerajaan.

"Sistem ini kena dikaji semula supaya pembentukan sesuatu kerajaan dibuat berdasarkan jumlah sokongan rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

FPTP, sistem yang digunakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959 mengiktiraf calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja).

"Inilah masalahnya orang yang dapat 46% dapat bentuk kerajaan tapi parti yang dapat 50% tak dapat…walaupun ada pengundi hantu tapi kita masih dapat undi 50%.

"Perlu ada sistem baru yang lebih adil untuk rakyat buat keputusan," katanya.

Azmin yang juga ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) berkata, pihaknya pernah membuat beberapa cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai semula mekanisme yang tak relevan termasuk FPTP.

"Tetapi SPR gagal melihat cadangan yang dikemukakan PSC untuk menambah baik sistem pilihan raya kita.

"Berdasarkan sistem pilihan raya negara maju di Eropah termasuk Jerman dan UK pembentukan kerajaan melalui undi popular sudah lama diamalkan," katanya.

 

Apa lagi orang Cina mahu?

Posted: 06 May 2013 12:20 PM PDT

Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.

Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka 'menguburkan' UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.

Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.

Justeru tidak hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent walk.

Program itu bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks-kompleks membeli-belah.

Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.

Persoalannya apa lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, 'apa lagi orang Cina mahu'! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Mungkin kekecewaan mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana pakatan pembangkang gagal memerintah.

Mereka membuat percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Melalui cara itu, mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.

Berikutan kesediaan PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik, justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak BN.

Segala kebaikan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia langsung tidak dihargai.

Malahan kesudian Perdana Menteri melayani dan mempertimbangkan serta bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cauvinis Cina, Dong Zhong turut dilupakan begitu sahaja.

Begitu juga dengan pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN.

Tetapi ternyata, mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang mereka hajati.

Apa yang mereka pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Kelompok seumpama ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya.

Dan apa yang pasti seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ''... mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat rasis.''


 
Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved