Isnin, 21 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mubarak: 70 kerusi 'kritikal' penentu majoriti 2/3 BN

Posted: 20 Jan 2013 04:47 PM PST

Tujuh puluh kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun yang lalu.

Kerusi-kerusi itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke Putrajaya.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini.

Sehubungan itu, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.

"Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.

"Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.

"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,"  kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menyifatkan pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.

Meskipun begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70 kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan pembangkang.

"Sasaran yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang benar-benar mantap,
70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan Nasional.

"Jadi cara yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di  70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini," ujar beliau.  

Akhir November lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan BN akan memperoleh 120 kerusi jika diadakan November lalu, sementara 24 kerusi  dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini pernah meramalkan BN hanya selamat di 96 kerusi manakala PR pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kedua-dua perikatan itu.

Jangkaan itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Namun Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj.

 

PAS anggap permintaan Karpal isu kecil

Posted: 20 Jan 2013 02:21 PM PST

"Tidak ada isu sebenarnya, ini kes kecil sahaja," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengulas permintaan tokoh DAP itu yang mahu Abdul Hadi mengubah keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menasihatkan Karpal supaya tidak bimbang dengan PAS kerana parti Islam itu tidak mencampuri urusan agama lain

Beliau juga menegaskan, PAS tetap dengan keputusan Majlis Syura tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

`Hadi tidak boleh ubah'

"Keputusan itu tetap, malah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi tidak boleh mengubahnya.

"Dan kami tidak akan tunduk kepada desakan tokoh DAP itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Nama Allah tidak boleh diterjemah, sama juga dengan nama Karpal Singh tidak boleh diterjemah dengan nama-nama ian.

"Tetapi kami (PAS) tIdak boleh sekat mereka nak guna nama Allah," tambah Tuan Ibrahim.

READ MORE HERE

 

'Fenomena Listen': Sharifah Zohra Mohon Maaf

Posted: 20 Jan 2013 12:10 PM PST

Or watch at: http://www.youtube.com/watch?v=rb5_avuagPk 

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi 'fenomena listen' yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

"Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

"Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu Syarifah Zohra turut melahirkan kekesalahan di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan hingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.

"Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan 'tsunami fenomena listen' menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Syarifah Zohra menjadi topik hangat apabila klip video sepanjang 24 minit yang memaparkan insiden pertikaman lidah antara beliau dan pelajar undang-undang UUM, KS Bawani ketika Forum Suara Mahasiswa pada Disember lalu mendapat kritikan banyak pihak.

Menerusi kenyataan tiga muka surat itu, Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.

"Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.

"Saya juga memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap saya tanpa usul periksa dan mendapatkan fakta yang tepat," katanya.

Mengulas lanjut Sharifah Zohra berkata beliau turut menerima ugutan daripada banyak pihak pihak termasuk parti politik.

"Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak saya.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti politik," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved