Sabtu, 3 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Cubaan takutkan orang Melayu

Posted: 02 Nov 2012 06:02 PM PDT

Setiausaha Pengelolanya, Lau Weng San berkata, perkara itu dikesan apabila pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung pengedaran risalah itu di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, kira-kira tiga minggu lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga risalah itu didakwa cuba memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Buku Jingga.

Weng San berkata, beliau percaya tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan musuh PR tetapi tidak menamakan mana-mana pihak.

"Saya percaya tujuan risalah ini diedarkan adalah untuk menakutnakutkan pengundi Melayu di kawasan tersebut dengan menyatakan DAP parti rasis dan sebagainya.

"Kerja macam ini hanya akan dilakukan oleh musuh PR kerana kita dapati ia tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak pada risalah tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, di sini semalam.

Menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak tertipu dengan risalah diedarkan itu dan dapat menilai dengan bijak dasar yang PR laksanakan.

Katanya, sebarang isu yang ditimbulkan di dalam risalah tersebut telah dijawab oleh PR sebelum ini.

"Isu-isu dibangkitkan di dalam risalah itu tidak benar kerana kita dah jawab sebelum ini dan sekiranya ada pihak tak berpuas hati lebih baiklah berdebat atau mengadakan perbincangan mengenainya.

"Tindakan seperti ini melambangkan budaya politik tidak beretika dan tidak matang umpama membaling batu sembunyi tangan," katanya.

Dalam pada itu, Weng San berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan selanjutnya yang perlu diambil berhubung pengedaran risalah itu.

Saifuddin: PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan

Posted: 02 Nov 2012 06:00 PM PDT

"Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.

"Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini," ujar beliau. 

Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU nanti.

Beliau bagaimanapun berkata, kedudukan calon yang bertanding di mana-mana kerusi tertakluk sepenuhnya kepada keputusan parti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata berkemungkinan besar bertanding di kerusi Parlimen Marang pada PRU13 selepas hasrat beliau untuk tidak bertanding ditolak Pas.

Beliau memberi alasan bahawa pencalonan beliau di Parlimen kelak memudahkannya untuk bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.

"Seboleh-bolehnya satu (kerusi) sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang kepada partilah (untuk menentukan sama ada Parlimen atau Dun) tetapi saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat," katanya awal Februari lalu.

 

Benarkan Al-Arqam Hidup Semula

Posted: 01 Nov 2012 05:32 PM PDT

Apatah lagi bila Pengarah Jabatan Penerangan Khas Negeri Selangor, Ustaz Badrolamin antara mereka yang turut ditahan penguatkuasa JAIS dalam serbuan tersebut.

Badrolamin yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut, dikhabarkan turut menganggotai jawatankuasa pengelola majlis itu.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga Exco Agama) bagaimanapun memaklumkan kepada penulis, Menteri Besar tidak dimaklumkan oleh pihak JAIS mengenai serbuan tersebut dan oleh yang demikian, enggan bertanggungjawab ke atas tindakan jabatan itu.

Ini bukan kali pertama JAIS mencetuskan kontroversi.  Sebelum ini pun JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama kerana mendakwa berlaku majlis memurtadkan umat Islam – dakwaan yang masih tidak terbukti sehingga kini.

Peliknya, pihak gereja tidak pula mengambil tindakan undang-undang ke atas JAIS walaupun gereja adalah kawasan yang berada di luar bidang kuasa JAIS.

Kali ini Al-Arqam pula yang menjadi mangsanya.

Penulis difahamkan, kerajaan negeri Selangor memang menyokong kewujudan semula kumpulan Al-Arqam ini (dibuktikan dengan penyertaan Badrolamin dalam majlis tersebut).

Ia bukan sangat berkenaan dengan ajaran pertubuhan tersebut yang didakwa bertentangan dengan nilai-nilai moral yang biasa seperti bertukar-tukar isteri, arahan terus dari tuhan dan sebagainya, itu Al-Arqam yang dulu.

Al-Arqam yang sekarang khabarnya lebih memberi tumpuan kepada memperkasakan ekonomi jemaah mereka sehingga ke tahap antarabangsa.  Ramai di kalangan ahli kumpulan tersebut merupakan bekas graduan universiti dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Selain itu, pengikut kumpulan diketahui sanggup mengorbankan harta benda masing-masing demi menyokong perjuangan pertubuhan yang diasaskan Ashaari Muhammad itu.

Malah, penulis mendengar, Al-Arqam dahulu diharamkan pentadbiran Tun Mahathir Mohammad, kerana Mahathir bimbang populariti Ashaari mampu menggugat popularitinya, bukan sangat berkaitan dengan ajarannya!!

Lagipun, dengan kepakaran ekonomi yang ada di kalangan pengikut Al-Arqam ini, Selangor umumnya dan Rawang khasnya akan menerima manfaat dari kegiatan ekonomi yang dijalankan pihak terbabit.

Maka itu tidak hairan kenapa Rawang yang dulu kurang membangun, kini berubah wajah, berikutan kerancakan kegiatan ekonomi yang antaranya diusahakan oleh kumpulan Al-Arqam ini.

Semua ini adalah justifikasi kenapa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyokong kebangkitan semula Al-Arqam.

Tapi datang JAIS (yang dikuasai penyokong Barisan Nasional), merosakkan semua usaha oleh kerajaan negeri yang hanya bertujuan untuk memakmurkan Selangor dari segi ekonomi, menggunakan kepakaran anggota pertubuhan Al-Arqam ini.

 

Pemimpin PKR antara ditahan dalam serbuan cubaan hidupkan Al-Arqam

Posted: 01 Nov 2012 03:40 PM PDT

Dr Badrulamin Bahron yang ditahan dalam serbuan berkenaan dipercayai merupakan tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini, serbuan yang dilakukan pasukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan 'Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib' turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Jurucakap Jais berkata,"konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam."

Cubaan The Malaysian Insider mendapatkan respon daripada Badrulamin berhubung penahanan beliau masih lagi gagal setakat ini.

Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada tahun 1994 kerana dikatakan menyimpang daripada ajaran Islam.

Selepas kematian Ashaari, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert empat hari  pada 2010 yang menggambarkan Abuya hanya "ghaib" dan akan kembali dalam masa terdekat.

 

Aziz Bari sahkan tanding PRU, yakin rampas kerusi Sabak Bernam

Posted: 31 Oct 2012 04:31 PM PDT

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam  memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

 

Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar

Posted: 30 Oct 2012 04:12 PM PDT

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved