Ahad, 9 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Bas PKR diserang lagi, AMK lapor polis

Posted: 08 Sep 2012 03:09 PM PDT

Laporan polis itu akan dibuat ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka jam 3 petang ini.

Dalam insiden kira-kira 3.30 petang semalam, bas yang digunakan pemimpin PKR untuk siri kedua Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah di Kampung Kelubi di sini.

Kejadian didakwa dilakukan kira-kira 30 samseng yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin PKR.

Memetik laporan Malaysiakini, Shamsul berkata, beliau tidak menolak kemungkinan serangan tersebut didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.

Ianya adalah kejadian kedua selepas bas sama diserang sekumpulan samseng ketika berada di Kelantan minggu lalu.

Dalam serangan itu, bas tersebut yang diletakkan di Pasar Khadijah juga disimbah cat merah dan cermin hadapannya retak dibaling batu.

 

Pengawal Anwar acu pistol di khalayak orang ramai, ditahan polis

Posted: 08 Sep 2012 02:46 PM PDT

Pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu, dikenali sebagai Dino, dipercayai mengacu pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang jelajah ketua pembangkang itu ke sebuah majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim.

Orang ramai yang marah dalam kejadian itu, kemudian menyerbunya dan keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu ibu pejabat polis daerah (IPD).

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh Pemuda Umno dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Jasin Zaidi Attan dan timbalan pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin Zulkifli Kalil.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye, ketika dihubungi, mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.

"Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

"Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan.

"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju," katanya dipetik dari laporan Sinar Harian.

Chuah berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu sehingga petang semalam.

Seorang pemimpin belia 4B Jasin berkata, beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi.

"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba, pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (dalam keadaan mencabar orang ramai dengan pistolnya).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya lagi.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved