Malaysia Today - Your Source of Independent News |
Umno Disaran Wujud Portfolio Sesuai Untuk Golongan Ulama Posted: 04 Dec 2013 08:41 PM PST
Mencadangkan perkara itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata kewujudan portfolio tertentu akan membantu ulama memahami dengan jelas peranan mereka dalam usaha bersama Umno memartabat agama, bangsa dan negara. |
Najib tayang video dedah Anwar bohong isu pengundi Bangladesh Posted: 04 Dec 2013 11:48 AM PST Video yang ditayangkan ketika Najjib sedang memberikan ucapan dasar di hadapan perwakilan Umno dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dilihat memetik kenyataan Anwar yang pernah disiarkan media pro pembangkang seperti Suara Keadilan, TV Selangor, dan KiniTV. "Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berbohong dan berkalam dusta!" kata Najib sejurus tamat tayangan video berkenaan. Perdana Menteri itu berkata, isu berkenaan sengaja ditimbulkan kerana pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tidak henti-henti mencanangkan kepada pengundi bahawa Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi parti pemerintah. "Perkara ini tampaknya kita tidak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," kata Najib.
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan