Sabtu, 7 Disember 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


DAP Kedah tolak sesi dialog bersama Zairil

Posted: 06 Dec 2013 06:48 PM PST

Bendahari DAP Kedah, Law Theng Hooi berkata, penolakan dibuat kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf lantikan jawatankuasa interim.

Sehubungan itu, semua cawangan sepakat menolak dialog itu dan tidak akan patuh kepada mana-mana arahan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) kerana belum diiktiraf ROS.

"Memang kita bertegas dari dulu lagi bahawa tidak akan mengiktiraf jawatankuasa interim DAP Kedah kerana ROS belum mengiktiraf pelantikannya.

"CEC tidak mempunyai hak dan kuasa untuk melantik Zairil sebagai Pengerusi Interim kerana kita masih mempunyai pengerusi yang sah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Difahamkan, dialog akan berlangsung di Alor Setar pada 9 Disember dan Sungai Petani 10 Disember.

Beliau yang juga Ketua Cawangan DAP Taman Kristal, Mergong berkata, ahli tetap yang ingin hadir dialog itu tidak akan dihalang.

"Kami (DAP Kedah) tidak akan halang kalau ada ahli yang nak hadir dialog bersama Zairil. Tetapi semua cawangan DAP negeri ini sepakat tidak hadir," katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, DAP pusat seharusnya memberi penjelasan kepada jawatankuasa interim mengenai situasi yang sedang berlaku dalam DAP Kedah agar tidak menjadi lebih keruh.

Theng Hooi turut menyarankan jawatankuasa interim yang dilantik CEC dapat memberi laluan kepada jawatankuasa yang sah, berdasarkan pengiktirafan yang diberikan oleh ROS, 4 Disember lalu.

Pada masa sama, beliau menggesa dialog berkenaan tidak diteruskan demi keharmonian parti.

"ROS mengeluarkan surat pengiktirafan bahawa Lee Guan Aik adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah dan CEC tidak mempunyai hak untuk melantik jawatankuasa interim bagi menggantikan Guan Aik berikutan lantikan CEC juga belum diiktiraf.

"Sekarang ini terpulang kepada DAP pusat dan ROS untuk menentukan sama ada dialog itu mendapat kebenaran. Kita ada undang-undang dan perlu patuh kepadanya. Kalau tidak dibenarkan ROS, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil kepada mereka yang terbabit," katanya.

Sebelum ini, Zairil berkata, akan mengadakan dialog bersama semua cawangan DAP Kedah bagi menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku.

Menurutnya, ia tetap diteruskan meskipun ROS mengiktiraf Guan Aik sebagai Pengerusi DAP Kedah yang sah.

Zairil dilantik oleh CEC DAP bagi menggantikan Guan Aik, selepas DAP pusat menghantar satu surat kepada Guan Aik pada 10 Mei lalu.

 

Kenapa Umno masih memimpin kita?

Posted: 06 Dec 2013 10:29 AM PST

Ramai kehairanan kenapa Umno dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan Umno tidak mahu berubah kerana mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.

Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap pembangkang sebagai bebal itu.

Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada "mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga". Isu yang membuatkan pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti pembangkang itu 100%.

Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.

Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya "viable" untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata.

Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang silap lagi.

Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan datang.

DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat "saturation" dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved