Khamis, 28 November 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Portal dedah Anwar berbohong isu pekerja Bangladesh di Dewan Rakyat

Posted: 27 Nov 2013 11:32 AM PST

Ia berhubung isu pekerja Bangladesh, pada 19 November lalu, dan didedahkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC.MY.

Dalam satu laporan eksekusif Khamis, BNBBC.MY melaporkan  Anwar yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.

Insiden berlaku ketika  Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh.

Anwar yang bangun mencelah antara lain berkata, "…saya faham hubungan baik Malaysia-Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500,000 pekerja Bangladesh dan mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia. Itu satu soal lain, mungkin akan didaftar oleh SPR kemudian……"

Hamzah ketika meneruskan penggulungan menjelaskan " Yang Berhormat Permatang Pauh kata hendak bawa 500,000 orang Bangladesh untuk ke Malaysia dan akhirnya akan diregisterkan sebagai pengundi. Itu seperti pembohongan yang dibuat dan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi…"

Beliau bermaksud Anwar berbohong dengan menuduh 500,000 rakyat Bangladesh akan didaftar sebagai pengudi.

Anwar kemudiannya bangun menafikan secara berterusan sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beliau dengan Hamzah.

"Saya tidak check hansard, ada atau tidak saya akan akan daftar..saya kata jangan didaftarkan. Boleh bohong macam inikah?,"

"…Saya kata jangan, bukan saya kata didaftarkan. Semua ada dengar. Saya minta orang UMNO kalau berani, cakap yang benar…,"

"..Saya tidak kata 500,000 didaftarkan sebagai SPR, oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar," tegas Anwar.

READ MORE HERE

 

SD Mat Zain: Sengaja ditutup?

Posted: 27 Nov 2013 10:56 AM PST

Mereka berkata akuan bersumpah (SD) oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) membawa merit kepada siasatan tetapi sikap berdiam diri Putrajaya menunjukkan ada unsur untuk menutup perkara itu.

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran, mendakwa ini adalah senario biasa apabila membabitkan rasuah dan salah laku oleh mereka di dalam kerajaan.

"Daripada peringkat tertinggi di Putrajaya hingga ke bawah, sudah jelas mereka mahu menutup tuduhan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa polis tidak akan menyiasat tuduhan dalam SD Mat Zain berikutan tiada laporan polis dibuat.

Mat Zain berkata, dua hari lalu, beliau menyerahkan salinan SD kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan Putrajaya, menuduh salah laku Gani berhubung kes pemilikan Pulau Batu Puteh.

Menerusi SD setebal 31 halaman itu, Mat Zain mendakwa, jutaan ringgit bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hong Kong berhubung kes Pulau batu Puteh, di mana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpihak kepada Singapura.

Mat Zain mendakwa, Abdul Gani dengan sengaja menyebabkan kes itu kalah sehingga membawa kepada keputusan ICJ berpihak kepada Singapura.

Beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat sebab sebenar Malaysia kehilangan pulau itu kepada Singapura dengan menyatakan ia adalah perkara membabitkan kedaulatan negara.

Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat tuduhan itu jika laporan polis dibuat mengenainya dan pengisytiharan SD tidak membawa kepada laporan polis, maka tidak ada kertas siasatan yang dibuka.

Surendran yang menyelar kenyataan itu berkata, mengikut Akta Polis, tidak ada dinyatakan keperluan laporan polis untuk menjalankan siasatan.

"Bagaimana jika kes bunuh atau rompakan bersenjata? Adakah mereka tidak akan siasat kes seperti itu sehingga ada laporan dibuat?

"Sepatutnya, jika polis tahu atau dengar mengenai apa-apa salah laku, mereka bertanggungjawab untuk menyiasat walaupun tidak ada laporan," katanya yang juga seorang peguam.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata "sangat pelik" apabila Putrajaya tidak mengambil tuduhan Mat Zain secara serius.

"Ia adalah jelas satu tuduhan yang serius. Ia membabitkan pengkhianatan dan rasuah yang mengancam kedaulatan negara.

"Dan siasatan tidak dilakukan hanya kerana tidak ada laporan polis dibuat," katanya.

Menggambarkan alasan Ahmad Zahid untuk tidak menyiasat tuduhan Mat Zain sebagai tidak kukuh langsung, Khalid berkata, kes itu perlu dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ia kelihatan seperti kedaulatan negara kita dijual. Ini bukan perkara kecil," kata ahli politik PAS itu.

READ MORE HERE

 

Pemuda UMNO terima muzakarah PAS, tanpa prasyarat

Posted: 27 Nov 2013 10:28 AM PST

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menarik perhatian bahawa usaha ke arah muzakarah itu telah diusulkan beberapa kali, termasuk oleh Umno sendiri, namun tergendala disebabkan prasyarat yang dikenakan.

Katanya, agenda muzakarah itu perlu lebih luas dengan tidak hanya tertumpu kepada umat Islam, lapor Bernama.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam Ahad lepas, menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan Umno namun terbatas kepada hal ehwal Islam.

Sementara itu, Pemuda Umno akan terus membawa isu berkaitan generasi muda dan menjadi suara golongan itu di Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Disember ini selain memfokus kepada isu berkaitan perumahan, ekonomi dan kos sara hidup.

Khairy berkata isu asas termasuk agama dan bangsa akan turut dibangkit.

"Pada masa yang sama, kita akan sentiasa pastikan pendekatan kita nanti konsisten dengan semangat Barisan Nasional(BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama barisan Exco Pemuda Umno susulan pemilihan sayap parti itu Oktober lepas.

Perhimpunan agung Umno dijadual berlangsung 2 hingga 7 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved