Malaysia Today - Your Source of Independent News |
KPRU: Biar PETRONAS Lapor Kepada Parlimen Sebelum Laksana GST (with English and Chinese ... Posted: 04 Sep 2013 08:35 AM PDT Pada 27 Ogos 2013 lalu, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan bayaran dividen sejumlah RM27 bilion kepada kerajaan pada 2013, iaitu berkurang 3 bilion berbanding dengan RM30 bilion yang disumbangkan pada tahun lepas.[1] Ini bermakna, pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan PETRONAS yang merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan mengurangkan sumbangan dividennya. Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat "pengumuman gempar" bahawa harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam hari tersebut. Pengumuman tersebut mengejutkan rakyat Malaysia daripada kemeriahan suasana sambutan Hari Kemerdekaan. Menurut Najib, ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaannya. Ia juga merupakan salah satu insiatif menuju ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.[2] Kedua-dua pengumuman tersebut dibuat secara berasingan dan kelihatan tidak berkaitan; pengamatan badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) pula mendapati keadaan yang sebaliknya. KPRU berpendapat, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, tambahan pula dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai mata wang negara dan fiscal defisit yang masih berada dalam kedudukan yang tinggi, serta pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran, pemotongan subsidi minyak ini yang menimbulkan keresahan bercampur dengan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan, memandangkan Presiden PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PETRONAS berhasrat menetapkan nisbah pembayaran dividen pada paras 30 peratus, di mana jumlah dividen yang diisytiharkan akan berubah-ubah mengikut pendapatannya.[3]Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Maka, KPRU ingin mencadangkan, sebelum kerajaan Najib dengan tegasnya membawa GST ke Parlimen semasa pembentangan Belanjawan Negara 2014, kerajaan seharusnya pertama sekali meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 23 September ini, supaya PETRONAS bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan sekadarnya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri bagi menjamin ketelusan atau transparensi dalam tadbir urus kedua-dua kewangan PETRONAS dan kewangan negara. Langkah ini bukan sahaja penting bagi mempertahankan kepentingan PETRONAS daripada terus dicekik oleh kerajaan dan terpaksa menyerahkan keuntungannya kepada kerajaan tanpa ketelusan, malah ia dapat menjawab persoalan mengapa harga petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah pasaran antarabangsa mencatatkan penurunan. Khususnya, dengan mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Jun bahawa industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara ini. Menurut beliau, kerajaan turut menjangka PETRONAS akan menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).[4] Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU, PETRONAS merupakan pembayar cukai yang terbesar dan sumber hasil terbesar, di mana sumbangannya mencakupi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada hasil kerajaan persekutuan. Jadual KPRU: Hasil Kerajaan Persekutuan daripada Sumber Petroleum 2009-2013
Hak cipta © KPRU 2013 Nota: - 2009-2011: penerimaan sebenar 2012: anggaran disemak 2013: anggaran belanjawan Sumber: Memorandum Perbendaharaan mengenai Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Sejak perbadanannya pada tahun 1974, PETRONAS sentiasa dijadikan sebagai "kantung peribadi" kerajaan dan dananya disalurkan bagi menanggung pembiayaan projek-projek kesayangan pihak kerajaan. Sebagai syarikat minyak negara, memang dalam jangkaan PETRONAS mengisytiharkan sebahagian besar keuntungannya kepada kerajaan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, hampir 55 peratus daripada keuntungan bersih PETRONAS telah dibayar sebagai dividen kepada kerajaan, nisbah peratusan ini jauh melebihi purata 38 peratus yang dibayar oleh syarikar-syarikat minyak nasional di seluruh dunia![5] Namun, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan. Berikutan itu, KPRU berpendapat, PETRONAS harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat, biarpun rakyat Malaysia. Perbandingan syarikat minyak milik kerajaan luar negara dengan Malaysia KPRU telah membuat kajian terhadap syarikat-syarikat petroleum nasional di luar negara dan mendapati bahawa syarikat berkenaan seperti Statoil di Norway, Pemex di Mexico, Petrobras di Brazil , dan Pertamina di Indonesia adalah tertakluk di bawah kuasa kementerian berkaitan, bukannya di tangan Perdana Menteri atau Presiden. Statoil di Norway dan Pemex di Mexico masing-masingnya diwajibkan mendapat kelulusan di Parlimen dalam hal pembukaan kawasan baru untuk penerokaan atau membuka sektor tenaga untuk pelaburan swasta. Di Brazil, Petrobras bukan sahaja bertanggungjawab kepada Menteri dan Kongress Kebangsaan, ia juga diwajibkan memberi maklumat kepada Mahkamah Audit Persekutuan. Tambahan pula, bagi menjamin ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran, Petrobras menubuhkan Citizen Information Service (CIS) untuk memberi maklumbalas dan panduan kepada masyarakat awam untuk mengakses kepada maklumat. Secara perbandingan, PETRONAS di Malaysia hanya perlu melapor terus kepada Perdana Menteri dan beliau diberi kuasa sepenuh untuk meneliti akaun dan keadaan semasa kewangan PETRONAS. Peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak berpeluang memantau penggunaan kewangan PETRONAS yang diperolehi daripada kekayaan sumber asli negara ini. Di samping itu, keputusan dalam hal seperti pengendalian penggunaan petroleum hanya perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri dan bukannya dibahas dan diluluskan di Parlimen. Read more at: http://kpru2010.wordpress.com/2013/09/04/kpru-biar-petronas-lapor-kepada-parlimen-sebelum-laksana-gst/ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KPRU: Let PETRONAS report to Parliament before implementing GST
On August 27, 2012, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) declared a lower dividend of RM27 billion to government this year, compared with RM30 billion in the previous year.
This signifies that government revenues will as well decline as PETRONAS being the largest income contributor reduces its payout.
On September 2, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Finance Minister announced that the price of the widely used RON95 and diesel would be increased 20 cents per litre. Pump price rise was indeed sudden. Najib said this is one of rationalization or restructuring of subsidies implemented gradually by the government. It is also one of the leading initiatives to ease country's fiscal situation and to strengthen the financial position in midst of a challenging global economic environment.
The two announcements were made separately and seemed to be unrelated; think-tank Political Studies for Change (KPRU) nonetheless observed the correlation in between. KPRU argues that during such uncertain economic times, together with the decline of government's revenue, the depreciation of our national currency, and a slow growth in economies whilst fiscal deficit remains high, slashing oil subsidies is deemed to be one of the measures to keep government's spending low, and meanwhile replacing the declining government revenue. As the president of PETRONAS, Tan Sri Ahamsul Azhar Abbas had announced earlier that PETRONAS wanted to adopt a 30 per cent dividend payout ration rather than paying a dividend of RM30 bilion consistently regardless of its profit level, oil price hike will soon be followed by the implementation of the Goods and Services Tax (GST).
Therefore, KPRU would like to suggest the government to amend the Petroleum Development Act 1974 for the coming Parliament session which will convene on September 23rd before tabling the GST for the National Budget 2014. This is to ensure Petronas will be responsible to Parliament and not solely responsible to the Prime Minister to ensure the transparency in the governance of finance for both Petronas and the country.
This is also crucial not only to defend the interest of PETRONAS from being strangled by the government and forced to hand over its profits to the government without transparency, but this can as well help to answer the question of why fuel prices are not lowered when crude oil price within international market declines. In particular, as we taking into account the fact delivered by Datuk Seri Najib Tun Razak in the opening of the Asia Oil and Gas Seminar 2013 (AOGC) in Kuala Lumpur Convention Centre on 10 June that the oil and gas industry accounted for over 40 per cent of the country's income.
According to him, the government also expects PETRONAS will generate RM131.4 billion in Gross National Income (GNI). As shown in the table below, PETRONAS is the largest taxpayer and the largest source of revenue, which accounts for at least 30 percent of the federal government.
Table KPRU: Revenue of the Federal Government from Petroleum Resources 2009-2013
Since its establishment in 1974, PETRONAS has always been treated as a "piggy bank" of the government to provide funds for pet projects. Being a stste-owned oil companies, Petronas is expected to share a big portion of profit to the government.According to PETRONAS figues, in the fiscal year ended March 31, 2011, the annual payout to the government gobbled up almost 55 percent of its net profits, which was well above the average of 38 percent paid by any other national oil companies around the world!
Nevertheless, the information regarding how the money is being spent has never been shown in Malaysia's official accounts and the government has steadfastly refused to disclose any details about that.
然而,国油支付政府净利润的细节及政府如何运用这笔资金都没有向民众公开。因此,政改研究所认为,国油应该对国会负责及报告,并给于马来西亚人民及人民代议士交待。 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
“Chinese or Malay, what does it matter?” Posted: 04 Sep 2013 08:26 AM PDT Sometimes, luck has it that you got a really memorable conversation with a taxi driver. Knowing that I'm heading to a mosque in Braddell Road, the middle-aged driver of a blue Comfort Sonata taxi posed a question: "Sir, you know if mosques take donations? I want to give some money to Malay children." It's not often that you hear a Chinese man asking if he can donate to a mosque. Curious, I asked him if he wanted to make a general donation or specifically for disadvantaged children. "Can I specify to the mosque that the money is for the children?" I told him yes, but also gave the option of donating direct to orphanages or children's homes. "But I want to give the money only to Malay children," he insisted. After a short pause, he continued, "My grandfather told me that you must always help the Malays." The conversation got me curious and as he went on with his story, I cannot but felt a sense of hope for what we can be as a nation. It was unfortunate that despite our professed status as a "multicultural society" (some would call it "multiracial" instead), we are in fact a deeply racialised people. And this has been the result of at least 4 decades of post-independence racialisation process that struck deep into the hearts of our social policies and national institutions. "Chinese or Malay, what does it matter?" said Mr Leong Kim Meng who had been driving taxi for many years now. But he will always remember his grandfather's word: "As long as you live, you must help the Malays." His grandfather was from Hainan. Driven by poverty, he came to Singapore to work as a coolie. Mr Leong recalled how his grandfather had suffered for two years working like a slave without any pay under a Chinese towkay. It was an oppressive condition. Eventually, he brought his 12-year old son (Mr. Leong's father) to stay with him in Singapore. They settled in Pulau Tekong, in a village named Kampung Pahang, which was a settlement linked to the Malay royalty in Pahang. (A civil war broke out in Pahang from 1857-1863, causing mass relocation of the followers of Tun Mutahir to Johor and Singapore.) But it was during the Japanese Occupation that Mr. Leong's grandfather felt deeply indebted to the Malays. "The Japanese were hunting the Chinese. And my grandfather was caught and hung upside down from the tree. But as they were about to kill him, it was the Malay penghulu (village headman) who pleaded and persuaded the Japanese soldiers to release him. From that day onward, my father swore to help the Malays in return for saving his life." Read more at: http://www.theonlinecitizen.com/2013/09/chinese-or-malay-what-does-it-matter
|
You are subscribed to email updates from Malaysia Today - Your Source of Independent News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan